Tetiba nak share pasal resepi. Biasanya I akan publish berkaitan resepi ni kat blog lagi satu. Klik sini
Semalam teringin sangat nak makan kek. Memula nak buat kek coklat lembut kukus. Pastu tak ingat ada ke tak bahan - bahan kat umah. Tak sure susu cair ngan susu pekat manis ada ke tak. Pastu lemon tak ada pulak. Oh lemon ni laura biasa titis kat susu. Tak kira la susu yang digunakan susu cair atau susu segar. Ni petua nak bagi moist okay. Belajar dari blog2 juga.
Pastu bukak fb ada orang tunjuk resepi kek batik. Terus berdesup cik laura nak. Oleh sebab lama giler tak buat, jadi resepi yang duk ingat di kepala pun, dah dilupai. Bukak la blog lagi satu tu. Mujur pernah share. Kalau tak kena la telefon ke rumah sebab kat umah ada simpan resepi masak2 ni setempat.
Jadi congak2, akhirnya buat keputusan nak buat bkek batik. Bahan - bahannya mudah aje. Tengok bawah:
Bahan - bahan mudah sahaja.
- Susu pekat tin besar tu - guna 3/4 tin aje. semalam rasanya pakai half dan beberapa sudu besar sahaja.
- Seketul butter (250g). Tapi biasanya Buttercup pilihanku. Buttercup ni ada kot berbulan dah dalam peti ais.
- 2 biji telur saiz besar. Letakkan secamca esen vanilla.
- Sepaket biskut marie + beberapa keping lagi. Lebih elok beli dua kampit. Sebab kalau beli brand munchy's tak cukup sepaket. Tapi dah try biskut marie perisa original munchy's paling best utk buat kek batik yang sedap. kuikuikui..
- Dalam cawan putih tu, sukat separuh cawan isikan dengan serbuk koko. Setengah cawan lagi isikan dengan serbuk milo.
Keluarkan kuali. Paling sesuai guna non - stick. Buka api perlahan..
Kemudian, Masukkan seketuk butter. Cairkan
Lepas tu perlahan - lahan masukkan adunan telur dan esen vanilla yang dah dikocak terlebih dahulu. Kena kacau dan perlahankan api. Sebab nanti telur tu nanti cepat sangat berketul2 ketul. Nanti tak cantik..Bagi sampai adunan menggelegak sikit kat tepi - tepi kuali.
Nampak tak tepi2 dah berbuih.. kacau rata dalam beberapa minit ye.
Bila dah menggelegak tadi, cepat2 masukkan serbuk koko dan serbuk milo.
Serbuk milo lebih halus. X mudah berketul berbanding serbuk koko. Bila dah sebati semuanya, masukkan pula biskut yang dah dipatah - patahkan.
Gaul bagi semua rata dan terkena campuran coklat. Sebab kuali acik Laura tak besar sangat jadi, lebih elok masukkan sikit2. Gaul sampai puas hati. Kemudian tutup api dan bolehlah masukkan dalam bekas. Tekan dengan senduk atau sudu plastik supaya mampat sebab kalau senduk besi dau susu besi ia akan melekat. Tekan rata - rata sampai puas hati
Inilah hasilnya. Tunggu dalam 15 minit. Bagi sejuk sikit. Lepastu bolehla dipotong. Macam gambar dibawah:
Perasan x ada huruf Z? Miracle kan?
Inilah kisahnya.. Memang banyak versi kek batik nie. Even my SIL punyer version pun lain. My SIL tu guna separuh ketul butter je n dia ada blend halus sepertiga biskut.
Serius mudah kan? Korang bayangkan lah acik Laura blaja buat kek batik ni dari housemate zaman blaja kat hostel. Masak dalam rice cooker je. Resepi asal guna gula secawan dan telur tiga biji. Acik Laura ubah sikit dengan guna susu pekat dan guna telur 2 biji sahaja. Ada jugak yang tak guna serbuk koko. Sepenuhnya guna milo sahaja. Ada jugak yang guna coklat masakan... Hehehehe.. mana2 lah.
Okay, selamat mencuba.... (bajet chef la sgt kan I?)
No comments:
Post a Comment