Tajuk entry macam biasa je. Sebab tak tahu nak tulis tajuk apa.. Okaylah ni updates I untuk beberapa minggu ini...
I mulakan dengan cerita I pergi makan2 luar baru - baru ni... Saja nak tunjuk dan comments beberapa tempat yang I pergi makan lately..
Serius kalau ditanya orang, tempat mana paling best makan - makan kat Kuantan ni I sendiri tak tahu nak recommend dimana. Sebab I rasa I asyik pergi kedai yang sama je. Okaylah here my list:
Kalau orang nak makan2 ala thai I suggest Sara Thai Kitchen atau New Horizon. Tapi sekarang I tak tahu sangat sebab dah lama giler I tak pergi tapi kengkawan I masih lagi agree yang these two restaurants memang terbaik.
I as I said earlier dalam entry2 sebelum ni, I adalah pelanggan tetap Monrods. Jadi I memang akan suggest orang datang ke Monrods di Jalan Besar. Sebelum kenkadang every week I akan datang makan. Even for simple menu like mee sup yang diangkat sebagai Chicken Slice Noodles. Sup yang best sangat. Terasa semua ramuan. Like this:
Ada ayam besar2 slicenya. I order meehoon. Ada telur potong separuh. Memang sedap lah..Rempah sup yang digunakan memang terangkat. Harga sangat berbaloi. RM 6.90 sahaja untuk sup semangguk yang besar ini.
Malam tu I tak terasa nak makan nasi. Jadi I try order Big Burger. Tengok kat gambar dalam menus macam berselera habis. Ni gambar:
Ia sejenis steak burger. Its white sauce tu sedap habisan. Tapi sangatla big portion. Puas I nak habiskan. Rege RM 15.90. Berbaloi. Pergi try okay. Chicken patty tu dua lapis. Combine lak dengan black paper sauce. Sedap u.
Last week jugak I pergi makan di satu gerai berhadapan dengan IIUM Medic yang dekat hospital tu. Kalau tak silap I nama kedai tu Zack Corners. I pernah try Chicken chop lama dah dulu. Memang terbaik. So baru - baru ni pergi ulang la. Memang terbaik. Masih consistent. Dan I berani jamin, setakat yang I pernah makan kat Kuantan ni, kedai ni jual Chicken Chop yang paling best. Daging ayam tu rangup. Nak tengok rupa ia? Ni ha: (sila telan ailio)
Nampak simple kan? But believe me sangat berbaloi cuba. Rege RM 11.90
Bulan lepas ofis buat makan - makan. Pot luck. Menu raya. Tetiba macam nak try masak something extra. Hahaha. Yelah biasanya I cuma bawak kek atau puding roti atau bawak ketupat segera tu aje. I kan tak pandai masak.
Tetiba aje muncul idea nak buat rendang ayam. Hahahaha, yelah raya ari tu kan I pertama kali masak rendang ayam from zero to the end. Masak dari mula. I kan biasanya watak picisan je kalau memasak utk raya kat umah. Watak picisan yang mana kupas bawang, halia, kunyit bagai. Tu aje. Oh ya satu lagi, tukang blender bahan2. Sekali raya baru ni I baru dapat watak heroin sikit. hahahaha..
So I pun whatsapp bagitahu I nak bawa rendang ayam atau masak lodeh. Dan akhirnya menu I masak lodeh. Ni pun I tak pernah masak dari mula sensorang sampai siap. Macam I kata tadi, I cuma watak picisan aje kat dapur. I practice dua kali untuk masak nie. Akhirnya menjadi lah jugak. Siap I masak sambal bilis lagi U. Alhamdulillah. Leh da kahwen (apakah?????)
Masak Lodeh aka Kuah Lontong dan Sambal bilis. Tapi I tak kacau betul2. Pecah minyak sikit. Hahahaha..
Rendang daging Kak Tini. Check out her blog kawan2.
Ni antara menu2 makan2. Ada laksa lemak, Macaroni bakar, ayam masak merah Kak Pam, nasi tomato, puding milo En Dayat, kuih2 raya, Kek Choc Indulgence dll. Meriah...
ALHAMDULILLAH...
No comments:
Post a Comment