May Allah bless us always...
Kebizian melanda lately. Dan mungkin tiada event menarik untuk diceritakan...
Cuti 3 hari sempena Hari Malaysia saya gunakan dengan pulang ke kampung halaman. Sebelum balik dah fikir macam2 aktiviti nak buat sebab dengarnya semua adik beradik balik rumah di Jerantut kali ini. Dah fikir, project red velvet mesti dilaksanakan. Dah siap beli barang - barangnya di bakemate.
I sampai kampung around 11 am on Saturday. Sampai - sampai sahaja dah dikejar dek anak kakak, my so called twins. Dorang mintak kek. Memikirkan membuat red velvet akan mengambil masa jadi I buatkan chocolate chip muffin sahaja. Itupun nyaris - nyaris I tertinggal step penting sebab budak - budak tu kemain nak kek. Sampaikan yang belum masak pun dicuit dek dorang. Alahai....
So, elok2 masak je muffin tu kemain la dorang berkejar. I rasa lega juga. Makan bersungguh - sungguh gayanya.
Petang pula I bawa dorang pusing - pusing kampung. Si abang duk tarik - tarik tangan I ajak berjalan. I thought nak jenjalan pusing - pusing kampung. Rupanya nak ajak I pergi I-city. Manalah I faham kan. Sudahnya I pusing kampung ada kot tiga kali.
Malamnya pulak, I tak sempat jugak nak memasak red velvet sebab berkejar - kejar dengan hal lain. Berkejar install printer kat laptop anak buah yang sulung tu. Dia nak print out few documents.
Pagi esoknya, seawal 6.45 dah di jalanan. Menghantar anak buah yang sulung tu naik bas di Bandar Jengka. Dia dah nak balik sekolah di Terengganu. Sampai di Jengka tepat 7.30 pagi. Sempatlah having breakfast dan belikan dia few things.
ELok dia naik bas, kitorang pun bertolak balik ke rumah. Sesampai kat rumah, we have our second breakfast dan terus siap - siap untuk ke rumah kakak I. Jadi nak buat red velvet hanya tinggal angan - angan. Harapnya anak buah I yang baru habis UPSR tu boleh buatkan RV. Yang ni memang menurun I sikit kot. Sikit je. Yang lebihnya memang bakat semulajadi. Katanya habis UPSR ni nak buat jualan cakes n muffins. Dia memang berani je try resepi yang ada. Kenkadang I belum try lagi dia dah try dulu. Dan hasilnya, wallah menjadi.
I balik hari tu buatkan choc chip muffin, dia pulak dah siap adun nak buat moist oreo muffin. Tu kata dia nak buat jadi tester. Ada kawan nak rasa. N kalau sedap, kawan tu nak beli. Humang Ai!
Rumah kakak I tu kat kampung husband dia. Ada penerokaan kawasan baru. Husband kakak I beli tanah kat situ dan rumahnya mula diduduki sejak bulan puasa lalu. Every weekend dorang akan balik duduk rumah baru ni. Rumah kakak i ni dekat la dengan rumah mak angkat I. Kebetulan sekarang buah langsat tengah masak, jadi kami pun pergilah melawat, makan - makan dan ambil buah bawa balik.
Abang I ambil buah buat jualan. Penuh bonet keretanya dengan buah langsat. Memang tahun ni kira menjadi. Ada I ambil gambar sikit.
NI yang disuruh makan. 1 raga penuh. Dipanjat dek my adik.
Gambar ini diambil ketika angah I sedang di pokok.
Hasil dari sepokok langsat. Menjadikan?
Keluarga angkat I ni memang macam keluarga sendiri. Berangkat satu family. Adik beradik I jadi anak angkat mak dan abah. Adik beradik dorang pula jadi anak angkat mak dan arwah abah I. Macam tulah sejak I tingkatan tiga. Boleh aje datang bila2 umah dorang. Dorang pun sama. Memang rapat sangat.
Nway, pagi tengahari Isnin tu, I datang nak ambil buah, abang I sedang memanjat. Banyak jugaklah bawak masuk kereta I. Alhamdulillah..
Bila musim buah ni I selalulah mengidam buah mencupu dan buah taban. Korang pernah makan? Sila google buah mencupu ye. I letak gambar buah taban je.
Ni buah taban. I beli kat tepi jalan otw balik dr kampung ke rumah I. Selonggok RM 3 je. I beli 4 longgok. 2 longgok I tinggalkan kat umah. 2 longgok I bahagi 2 dengan abang I. Giler murah I rasa. I tak balik Raub. Kampung kat Raub banyak pokok nie.
Kulit macam buah stor/ ketapi. Isi macam manggis. Rasa ala2 rambai.. Ni memang fav I dari kecil.
I sms adik I. kemain jeles adik I bila I cakap I jumpa buah nie. hehehehe..
Alhamdulillah... I sebenarnya nak balik Raub. I rindu suasana kat sana. Dulu masa kecil2 selalu balik. Musim buah2 ni lagilah selalu balik. Rindu nak tunggu durian. Rindu nak petik langsat yang rendah. Rindu nak memanjat pokok2. I dulu masa badan keding selalu gak panjat pokok. Pokok manggis lah. Hahahaha. Kan senang. Pokok mencupu jugak. Sebab pokok mencupu ala2 pokok manggis.
Rindu nak mandi kat sungai. Kampung I tu ada air terjun. Sungai jernih banyak batu - batu. Air sungai jernih. Boleh nampak dasar. Boleh nampak ikan kecil - kecil. Rindu nak kopek durian, buat asam tempoyak kat bangsal kat kebun. Rindu semuanya.
I tak nafikan, sejak arwah abah dah takde kami memang jarang sangat balik kampung kat Raub. Kalau balik pun, pergi air terjun je. I teringin nak tidur kat umah lama tu. I teringin nak bangun pagi - pagi dan hirup udara segar. Dan I teringin pergi dusun atas bukit tinggi tu. Dorang panggil bukit genting. Bukit tu sangat tinggi. Macam panjat gunung. Tak boleh bawa kereta. Kena mendaki dari bawah. Bila dah sampai atas, boleh tengok bukit yang seberang sana. Boleh tengok keseluruhan kampung dan kampung - kampung sekitar. Kat atas tu ada pokok2 durian, pokok2 langsat, duku, dokong, mangga lemak, rambutan, kundang, jambu batu. Seingat I kali terakhir I naik bukit tu mungkin masa Tingkatan 3. Panoramanya sangat cantik. Yelah ala2 atas gunung. Mendaki satu hal. Menurun pun satu hal dengan buah - buahan yang banyak tu. Bukit tu agak inelastic demand curve bentuknya. Macam pure inelastic. Jadi agak bahaya. tapi sepupu2 I yang dah besar tu buat macam biasa aja.
Depan rumah abang I kat kampung tu paya. Seberang paya dah nampak pokok2 buah2an. Seingat I banyak pokok rambutan. Keatas sikit dari rumah tu ada deretan pokok manggis, pokok mencupu, langsat dan duku. Jalan terus lagi jumpalah rumah dimana I dilahirkan. Rumah tu dengarnya dah dirobohkan. Tak ada siapa yang tinggal. Belakang rumah tu ada sungai. Sungai Empau. Sungai yang jernih. I selalu mandi kat situ masa kecil2 dulu. I rindu suasana kat situ.
Tapi sekarang tak macam dulu. Dulu I boleh kata aman. Sekarang I sendiri takut nak jalan2 seorang diri. Naik kereta sensorang pun kat area tu I takut. Tapi kat situ I dilahirkan. Jadi rindu pada kampung tu tetap ada. Macam - macam kenangan kat situ.
I cuma harap, kalau I balik, terimalah kami seadanya. Kat kampung tu tinggal sepupu2 arwah abah je. Yang rapat dengan kami pula tak ramai.
Kalau ingat tentang kampung ni, I jadi sebak.
I stop dulu. I bimbang kalau I recall banyak2 nanti, I pulak buat drama air mata kat opis ni.
Jumpa lagi kawan2...
No comments:
Post a Comment