Apa khabar kengkawan semua? Moga - moga beroleh bahagia yang diimpi. Moga - moga kasih yang Maha Esa kita perolehi hendak-Nya.
Lama tak mengupdate. Terasa tiada cerita. Terasa tiada apa yang istimewa mahu dikongsi. Jadi inilah sahaja beberapa perkara penting yang berlaku dalam hidup.
Dua minggu sudah, kami ke Bukit Tinggi. It was my 1st time. Perjalanan yang lancar dari Raub. Singgah sebentar di Plaza Tol Bentong. Kemudian mendaki bukit ke lokasi tumpuan. Sebenarnya my kakak punya event. Ofis kakak buat Hari Keluarga. Dan kakak ajak kami sementelahan ini event terakhir kakak. Sebab hari ini 2/9/13 kakak dah bertugas di tempat baru. Di Pejabat Daerah, Kuala Lipis.
Pergilah kami ke sana. Hari Sabtu saya ambil kakak ipar dan anak - anaknya di Jengka dan kami ke rumah baru kakak. Petang Sabtu baru ke Raub dan pagi Ahad barulah kami ke Bukit Tinggi.
Personally, pemanduan mendaki tidaklah terasa gayat atau cuak tetapi pemanduan menurun membuatkan saya cuak habis. Bagi saya jika dibandingkan dengan pemanduan menurun bukit dari Brinchang ke Ringlet lebih santai sedikit berbanding pemanduan menurun dari Taman Botani Jepun ke susur keluar ke Highway Pantai Timur. Mungkin jg sy belum biasa. Ke Cameron Highlands tu kan dah selalu sangat.
Pejabat kakak buat pertandingan bowling di pusat sukan Bukit Tinggi. Selepas acara kami ke Colmar untuk bergambar dan selepas itu ke Taman Jepun.
Some pictures to share on this event:
Namanya Muhammad Aiman Hafiz. Anak bongsu Angah as for now. Ni kat Jajahan Raub lagi. Sekitar Kg. Tanah Bercangkul. Ada sebuah restoran yang kami selalu singgah. Seronok budak - budak sebab ada dua akuarium besar memuatkan ikan besar - besar begini.
Him again. Ni di bahagian atas restoren. Kebetulan hari dah petang ada kabus bercampur asap. Permandangan tu cantik. Berposing la kejap kami kat sini.
Ahli Rombongan.
Di Colmar. Nak kaburkan sikit aje tapi tak boleh. Jadi pilih kaburkan pemandangan.
Di hadapan pusat sukan
Mewarna. Pegang pensel warna pun tak berapa betul. Tapi I sokong aje. Pendedahan buat my so-called twins ni kan?
Them with the lanes
Si kecik Amien Zuhaily..
Abang long Adib Naqiuddin posing cekak pinggang tak habis2. hehehe. Cantikkan permandangannya... Oh ya, restoran ni bersambung dengan rumah si pemilik. Memang besar rumah ni. Dua tingkat juga. Tapi exteriornya cantik sangat.
Keduanya, cerita saya pada Hari Merdeka. Tengahari itu saya dan housemate ke Birthday Party dan Jamuan Raya di dua buah rumah kawan sepejabat kami. Petang tu juga tempah tiket wayang Tanda Putera. Okaylah kan, menonton filem patriotik di Hari Merdeka. Cuma terkilan juga. Saya sokong saranan menyanyi lagu Negaraku sebelum filem ditayangkan. Sah - sah kita bakal menonton filem bergenre patriotik, tapi mengapa ada dikalangan penonton yang hadir tidak mahu bangun berdiri dan menyanyikan lagu Negaraku? ENtahlah, memanglah kita ni mudah lupa kan? Hmmm...
Okaylah. Malam ni I ada misi khas. Nak mencuba sesuatu. Doakan ye...
No comments:
Post a Comment