Friday, July 21, 2017

Raya Pentologi (Raya at Office Part 2)

Assalamualaikum

Sihat semua.

Entry berganda malam ni sambil tunggu authorization from the UTM.

Tadi I dh masukkan part 1. Nanti click sini ye.

Now part 2.

Kelab Pentologi aka Kelab Pelajar Diploma Pengurusan Teknologi anjurkan jamuan raya juga. Bila? A day after jamuan raya kolej iaitu pada 20 Julai bertempat di River Garden ATL juga. We managed to get permission to use the facilities at the River Garden yang baru dilancarkan hari semalamnya. Alhamdulillah.

Okay, jamuan raya kali ini kita buat bersama - sama dengan pelajar dgn kaedah potluck. So the menu is divided according to section of students.

Main dish - Nasi minyak ayam masak merah for 200 pax - the club committee
Kuah lodeh for 100 pax - Semester 5 section 1.
Kuah kacang 10 kilos - Semester 3 section 2
Nasi Impit for 300 ketul - Semester 3 section 1
Ketupat  daun palas 300 ketul - Semester 5 Section 2
Air minuman for 200 pax - Semester 1 section 1
Ice cream goyang for 200 pax - Semester 1, Section 2, Class No. 1
Buah - buahan 10 biji tembikai - Semester 1 section 2, class No. 2
Kuih raya/ biskut raya/ jajan/ kerepek - Semester 6 and above (+/- 8 students)
Pinggan/mangkuk/cawan/sudu garpu/pastic sampah - Semester 2 and 4 (only 9 students)
Rendang ayam 10 ekor - the lecturers. Huhuhu.


Okay I mengaku, I tak pernah jadi watak utama buat rendang di rumah time raya. Kalaupun I buat, I rasa sekali je kot. Itupun under the supervision of my along and bonda. Bila dah dapat menu rendang, Allah, I nervous abisan you. Beriya la ni check resepi bagai. Lepas tu pusing - pusing cari kerisik tak jumpa. Ada kot 4/5 pasaraya I pergi. Last - last I jumpa 1 pasaraya jual kelapa parut. Dah jadi kerja, membuat kerisik sendiri pulak.

But then, Alhamdulillah rendang I menjadi.

So sila enjoy the pictures.


Kasi can la. Masa ni dah habis event. Tengah berkemas. Tapi nak juga ambil gambar kat sini. Maklumlah kawasan larangan ni. Hahaha


Photobooth - deko - deko by students. acik pon nak bergambar lahhh

my kak long 



sem 5 dorang - dorang ni

one with freshie. adik2 sem 1

my best buddies. geng casa tanjung.

saje up gambo ni. sedondon ye. hahaha

Adam n I

Geng baju raya purple. ni je yang dpt ditangkap padahal ramai yg sedondon

yang melawa bagai tu student yang dipilih sebagai King and Queen. yang lelain tu ....hahaha

Amir. Sedondon kan

atas jambatan baru. bawah tu ada itik berenang - renang tau!

Semester lima. set2 ni buat boomerang happening sungguh,

si cantik + si comel

my fans. hahaha

Semester 3, section 2

Semester 3, section 1

Semester 1, Section 1

Semester 1, Section 2 Class no. 2 + Section 1 section 3

Semester 2 + Semester 4

Semester 1, Section 2, class no 1

Alhamdulillah meriah walaupun this is our first event yang kita arrange sendiri. I nak ucap banyak - banyak terima kasih kepada ajk yang terlibat. Dari mlm sebelumnya dah set up tempat. Esok pagi - paginya dah get ready with things. Juga kepada yang bantu mengemas, bantu set up food table, bantu membungkus lebihan makanan dan lain - lain. Miss laura hargai sangat tau!

Bukan mudah kan nak uruskan event. So, sama - samalah kita belajar. thanks again for your support students and fellow lecturers. You are definitely the pillars of this event.

Okay, till we meet again. Drop your comments ye. 

Nway, enjoy life, people!

Sambutan Hari Raya di Ofis Part 1

Assalamualaikum

Ni saya masukkan gambar berhari raya di pejabat. Ada dua Part. Part 1 ni sempena majlis hari raya besar - besaran anjuran kolej.

Kejadiannya pada Hari Rabu, 19 Julai yang lalu. Bertempat di River Garden behind my office. Jamuan raya anjuran kolej memang dinanti - nantikan oleh pelajar dan juga pensyarah. Jamuan raya kolej biasanya melibatkan semua pihak untuk menjayakannya. Pensyarah yang tak de kelas dikerah juga merewang like kupas bawang, kunyit semua lah. Melemang bagai, merendang bagai. 3 ekor lembu you, tu belum lagi mengukus ketupat dll. Memang heaven dengan food.

But this year, ramai sangat orang. Fuh, beratur panjang dekat satu - satu section. Hehehe. tak pelah acik laura happy aje.

So seperti biasa, geng - geng opis pon melaram lah belaka dengan baju raya masing - masing dan berphotoshoot la kami.

sila enjoy ye:

marilah dimulai dgn port wajib setiap tahun. depan pintu office. 


bila student jd photographer. hehehe

belah kanan tu my office.

acah - acah

Masih lagi depan office. Pokok pon boleh

ni je sekumpulan students sempat join sesi photography

songket rule this year. Hahaha


Nampak gayanya tiap - tiap tahun ambil gambar celah tiang ni. hahaha

us, trying to look cute


Budak baik ni. Nampak kita tegur mamanya, dia bangun dan ambilkan kerusi untuk kita. Lepas tu, suka bergambar. Hehehe.

Dengan students lagi. Yang ini semester 3


Okaylah. Itu sahaja gambar yang nak share. Jangan lupa check entry berikutnya. More pictures to share.


Friday, July 14, 2017

Aidilfitri 2017

Assalamualaikum.

Ni ha nak share cerita hari raya..

Tahun ini I berhari Raya di Pahang dan Negeri Sembilan. I balik petang Jumaat. Lepas kerja. Alhamdulillah sampai few minutes after waktu berbuka. Sabtu hari memasak di rumah bonda I. Allah, dari pagi kerjanya di dapur sahaja. Dari membuat kuih loyang kegemaran emak, mencookies German Cookies dan Choc Chip Cookies, merendang, masak daging dendeng, masak kuah lodeh, merebus ketupat dll. Penat weh. Hehehe. Biasalah raya kan.

Silalah layan gambar ye.



Lepas Sembahyang Raya, jiran ajak tahlil dan makan - makan. Pergilah I dan keluarga. Ini di rumah jiran. Jiran I ni jarang duduk rumah sini. Biasanya ikut duduk rumah anak - anaknya.


Moksu Ana (anak jiran yang bongsu), Nazifa (cucu jiran yang sulung), my gorgeous bonda and yours truly.

Dari kecil dah dibiasakan oleh parents untuk anggap jiran - jiran seperti saudara mara. Contohnya jiran I yang ini, dari kecil kami panggil Mak chek dan Pakchek. Jadi bila dah besar, bahasakan pula anak - anak jiran ni dengan panggilan seperti Uda, Pak Ngah, Paklong, Moksu Ana, Mak Ndak. Jadi sebaris rumah I tu semua kami panggil begini. Panggilan untuk I adalah Moksu. So kalau anak - anak jiran datang, dorang akan automatik panggil bonda I wan (panggilan utk nenek bg negeri pahang/ Negeri Sembilan), panggil along I maklong. Begitu juga kami ajar anak - anak kami. So panggil seperti saudara.




Bila iphone moksu, dorang dah pandai hijack. Punyalah banyak dambar budak dua orang ni dalam memory.

My anak sedara yang ke sembilan. Pagi raya time kita sibuk - sibuk berkemas, datang kat I. mengdau sakit kaki bagai. Sebenarnya nak tidur. Sambil - sambil I masukkan kuih dalam bekas, I urutlah kaki dia. Sedar - sedar dah lena dia di pangkuan. Hehehe. Ni kejadian bila dia dah bangun. Clingy.


Anak sedara I yang sulung, yang ketujuh, dan yang kelapan


I, kakak I yang dipanggil Mokde dan anak - anak


Pagi hari raya kedua tu, kami bertolak balik ke Negeri Sembilan. Ni masa berhenti lunch. Tapi kesian, sebab pedas sangat makanannya. Semua tak tahan. Hahaha.


Ni Mokde I. Adik my bonda. Mata tu original eh. Bila senyum je, hilang. Hahaha. Ni I pernah cerita. Genetik keluarga. Semua sepet keluarga sebelah my bonda ni. Dari datuk sampailah ke peringkat anak saudara I. Setakat yang I pernah jumpa, 4 generasi dah ni semua sepet. Tak percaya, sila tengok gambar - gambar di bawah.


Anak saudara I + anak sepupu I. Sepet kan? 



Tapai dan wajik sirat. Rare item


Anak sedara I yang kedua. Sepet kan? Tu senyum sikit je nampak jugak matanya. Kalau sengih, hilang terus matanya.


I dan anak sepupu I. Mursyidah namanya. sepet kan?



Bonda, along dan anak - anak saudara I bergambar dengan Uwan I. Uwan ni dijaga dek mokde sekarang. Sihat lagi Uwan I ni. Umur dah hampir 100 tu.



I dan sepupu, Kak Nora. Sepet kan?














2 gambar last ni adalah diambil di kedai dobi waktu I singgah bandar Jerantut dalam perjalanan dari Raub hari Sabtu lepas raya tu. Mulanya nak beraya rumah kawan I ni di Lipis. Alang - alang one way dari Raub kan. Tapi bila I dah dekat dengan kampung dia, I call, dia pergi bandar jerantut mendobi.

So berjumpalah kami sekejap kat kedai dobi. Ni BFF I. Yang lelaki tu. Kawan dari Form1 sampai sekarang. Masa dia bujang dulu, kerap juga dia datang beraya rumah bonda I. I kenal keluarganya. Yelah sejak Form 1 kan berkawan. 

Lama sangat dah tak jumpa. Dia kerja di USIM sekarang. Dapat jumpa kejap, borak - borak, rasa berbaloi sangat. Ni BFF I tau. Banyak share zaman - zaman budak - budak, zaman remaja, zaman uni dan kehidupan zaman - zaman sekarang. Semoga persahabatan kita berpanjangan hendaknya. Aamin.


Raya was blast. Alhamdulillah. Biasalah kalau kena masak banyak - banyak. Biasalah kan kalau kena drive hadap jem nak balik kampung. Yang penting sambut raya dengan family, sanak saudara dan jiran - jiran dan sahabat handai kan.

Okaylah.

Nanti I sambung cerita beraya di opis pulak.

Jumpa lagi.

Take care.