Assalamualaikum.
Apa khabar semua.
Harapnya sihat - sihat selalu.
I alhamdulillah sihat. Masih full puasa. Alhamdulillah.
Dah tak lama Hari Raya akan menjelma kan? Sayunya hati. Nak puasa setahun. hehe.
Alhamdulillah, tahun ini sehingga hari ini I masih diberi kekuatan untuk puasa. Alhamdulillah kesihatan agak baik. Korang?
Okay, Minggu depan dah Raya kan? Tak lama dah 7 hari je lagi kita akan berpuasa. Korang punya persiapan mana? Baju raya, kasut raya, beg raya? semua dah lengkap?
I tahun ini, bolehlah I kata semua dah siap. Bolehlah. Baju raya, ada 3 pasang. Sepasang tu dah lama siap. My bonda belikan kain awal tahun hari tu masa dia ke Nilai ikut rombongan Marhaban. Warna biru. Memang warna bondalah. Biru atau ungu tu kegemaran bonda. Semua anak perempuan dapat. So kami hantar dekat our tailor. Memang our tailor sebab makcik ni hanya ambil tempahan baju untuk my family je. Sebenarnya dia kata, dia buat lambat. Yelah kami faham je. So dah siap dah. Yang kedua I beli kainnya di kamdar. Ini kelakar. Mulanya tak mahu beli tapi hari tu masa 16 Mei ada sambutan hari pendidik di kolej. Jumpa kakak seorang tu. Kemain lawa baju dia. Risik punya risik, kain tu materialnya silk. So on the dot, after sambutan tu I ke Kamdar. Lepas dah beli baru risau, ada ke orang nak terima lagi. I risik dengan students. Ada seorang yang katanya ada tailor dekat rumah dia boleh tempah lagi. So kain tu dia bawa balik Hari Sabtu, Khamis berikutnya yang cuti Khas sempena Kemangkatan Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah tu, dah siap dah. Alhamdulillah cantik jahitannya.
Yang ketiga pula I beli. Alkisahnya nak warna kuning tahun ini. Masa kat kamdar, dah jumpa kain silk warna kuning tu tapi tak cukup pulak 4 meter. So belilah warna hijau jingga. Lepas tu disebabkan nak juga tema kuning mencarilah I merata Instagram. Dapatlah. TAPI tak kuning sangat!!! Dan besar, Hadoi, tak tahu sempat alter atau tak nanti.
Kasut Raya - yilek! Takde! Pakai je apa yang ada. Sebenarnya, I tak kesempatan ke mana - mana mall.
Beg raya - yilek! Takde! Ada usha longchamp. Now murah berganda - ganda sebab ada sales. RM240 dah boleh dapat LC Neo Small. TAPI!!! Tak mahu buat pembaziran. LC Neo Opera Red masih ada. Oh ya, I memang suka beg LC. Cumanya, memanglah tak boleh beli selalu. Mahal weh! Pembaziran je I rasa kalau I beli lagi.
TAPI tak tahulah kan, tetiba dapat peluang pergi mall dalam dua tiga hari ni, masuk Parkson terbekenan mana - mana handbag pulak kan?
Tudung Raya - Pakai apa yang ada sahaja. Jangan membazir kan!!!
Minggu ni minggu akhir bekerja. Ya Allah sibuknya macam - macam. Ni saja I nak share sini.
Isnin - 3 hours lecture + 2 hours Test.
Hari ini - 8 am I masuk Bengkel coppa. Pukul 9 tadi sampai pukul 11, ada meeting dengan wakil dari FAMA. Sekarang dari pukul 11.15 tadi, invigilate test. Tu boleh mengarang ni. Lepas zuhur ni, I kena masuk bengkel coppa tu semula.
Esok (Rabu) - Ke Kuala Lumpur. Meeting di sana. Luckily we get driver to drive us. Kalau kena drive sendiri, Allahu... Esok pergi pagi - pagi kemudian dah selesai meeting semua tu, harapnya awal sikitlah sampai Kuantan semula. Hoyeh! Tak payah masuk opis. Boleh gitu?
Khamis - Dah reserve untuk students presentation. Hopefully before noon semua dah settle. 12 groups semuanya.
Jumaat: I kena check preparation untuk exam telah tersedia. Sebab 10 June masuk - masuk kerja tu, students BBA dan MBA dibawah seliaan I akan mula exam. Dan, my short sem diploma students juga akan exam pada tarikh yang sama. Makanya, segala markah perlu disediakan. AllahuAkhbar. Mohon bertabah nak marking test yang sedang dorang jawab ni. 33 students. Nak menjerit boleh tak?
Hahaha.
Relaks.
In shaa Allah, Allah bantu nanti.
Yang penting, kita ikhlaskan hati. Betul tak?
Okaylah dear. I nak stop. Jumpa lagi di lain masa.
Semoga Allah permudahkan dan berkati segala urusan kita..
Tuesday, May 28, 2019
Friday, May 10, 2019
Kita semua perlu masa
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.
Apa khabar semua?
Semoga masih istiqomah dalam berpuasa.
Maaf jika masih tercari - cari cerita saya. Sebenarnya masih tidak betah segala.
Tidak mengapa, saya akan berkisah hari ini. Sebahagian daripadanya.
1 Mei lalu, setelah 9 hari nenek saya kembali kerahmatullah saya mendapat satu berita sedih. Saya ketika itu dalam perjalanan dari JB ke Kuantan. Tepatnya di Kluang. Kawan saya mendapat panggilan telefon dari seorang pelajar. Saya yang kebetulan duduk dikerusi belakang kereta turut ikut mendengar perbualan itu. Ianya dari Izzat, pelajar semester akhir jurusan pengurusan teknologi.
Izzat: Maaf ganggu Puan. Puan kenal Amirul?
Kawan saya (Kak Farah): Amirul? Amirul Ikmal?
Izzat: Iya. Ya. Amirul Ikmal.
Kak Farah: Amirul Ikmal, Aibar kan? (*Aibar ni nama panggilannya. Ringkasan dari nama penuhnya Amirul Ikmal Bin Abdul Razak = AIBAR)
Izzat: Ya. Aibar.
Kak Farah: Ha mengapa dengan Aibar?
Izzat: Aibar dah takde.
Kak Farah: (dengan nada sedikit tinggi) Izzat cakap apa ni? Siapa yang bagitahu? Jangan main - main dalam perkara ini?
Izzat: (kedengaran suaranya seperti keliru) Ayah dia baru call. Saya tak pasti puan. Saya nak pergi tengok dulu. Saya nak pastikan.
Kak Farah: Izzat dengan siapa tu?
Izzat: Dengan Family.
Kak Farah. Oh okay. Apa - apa bagitahu.
Panggilan dimatikan kemudian.
Saya. Mencerna satu persatu maklumat yang saya terima.
Aibar. Dia dah tak ada. APAKAH????
Dan anehnya, air mata saya terus mengalir.
Kak Farah memanggil saya memaklumkan. Kami berdua tergamam. Yang keluar hanya air mata beberapa ketika. Telefon diangkat. Nombor telefon Mama Aibar saya dail. Saya kira saya perlu dengar dari ibunya sendiri.
Bila panggilan bersambung dan salam bersaut saya jeda seketika. Lalu bertanya.
Saya: Mama, betulke apa yang zura dengar?
Mama: Betul Zura. Adik dah tiada.
Saya: Mama.... (saya kehilangan kata - kata)
Mama: Mama di masjid. Adik meninggal pukul 12.50 tadi. Di Klinik Kesihatan. Zura datang?
Saya: AllahuAkhbar. Zura di Johor lagi Mama. Ada tugas di JB. Baru dalam perjalanan balik Kuantan.
Mama: Tak apa. Zura doakan adik ye. Mintak tolong Zura bagitahu pensyarah dan kawan - kawannya ye.
Saya: Boleh Mama.
(Senyap seketika. Saya kehilangan kata.)
Saya: Mama... Mama dan papa berkuat ye...
Mama: InshaAllah. Terima kasih zura.
Saya: Assalamualaikum Mama.
Mama: Waalaikumussalam.
Panggilan selesai. Saya memaklumkan kepada isi kereta. Sungguh Aibar telah tiada. Air mata saya mengalir tanpa henti - henti.
Allah...
Kami memanggilnya Aibar. Pelajar semester akhir. Semester hadapan akan menjalani latihan industri ikut perancangannya. Cuma hujung semester lalu, arwah diserang sakit. Batuk lama dan demam berpanjangan. Pernah beberapa kali saya mengajaknya ke hospital. Arwah tidak mahu membebankan saya. Katanya mahu pergi sendiri. Hinggalah saya menelefon Mamanya. Dan kemudian berjaya memujuknya ke hospital. Tetapi masa itu tidak jelas sakitnya. Cuma arwah diminta hantar sample kahak ke hospital.
4 April 2019 saya tiada di pejabat waktu itu. Ada urusan di campus lain. Saya terima message dari Kak Farah dan Kak Pamela. Meminta saya menelefon Mama Aibar. Menurut kawannya keadaannya lemah. Dan kakak berdua sudah hubungi bahagian pengurusan pelajar. Mereka juga sudah hubungi ambulan. Ambulan sudah tiba tetapi Aibar tidak mahu turun dari asrama. Saya hubungi Mama. Dan setelah itu, Mama berjaya memujuk Aibar.
5 April 2019. Dengarnya 7 Jam arwah di Bahagian Kecemasan. Sesak nafas dan bengkak kaki. Allah.. Petang itu saya melawatnya. Melihat keadaan dirinya yang nampaknya sedikit segar, arwah gembira benar melihat kami. Sempat saya berbual dan mengusiknya. Oh ya, saya memang gemar mengusik pelajar saya. Apatah lagi arwah ini pelajar dibawah jagaan saya. Saya mentornya.
Seberapa ketika, Mamanya mencuit saya. Saya ketepi sedikit.
Mama: Nampak ceria sikit dah tu. Tadi dia risau. Kalau berlama - lama di hospital ada ke yang nak jaga dan nak datang jenguk?
Saya: Alahai... Tak apa Mama. Kami dan kawan - kawan sentiasa ingat akannya.
Inilah kali terakhir saya berjumpa dengannya. Inilah kali terakhir saya lihat senyumnya. Inilah kali terakhir saya dengar suaranya. Inilah kali terakhir saya mengusiknya dan dia seperti selalu berlagak biasa dan terhibur dengan usikan kami. Allah...
20 April 2019. Dalam perjalanan balik dari Melaka ke Kuantan saya menghubunginya melalui whatsapp. Bertanya akan keadaan terkininya. Saya ke Melaka lagi atas urusan kerja. Whatsapp saya dibiarkan sepi.
21 April 2019. Hampir pukul 6 pagi, barulah balasan darinya tiba. Menurutnya dia sudah keluar wad beberapa hari. Dia mohon maaf tidak memaklumkan hal ini kepada saya. Katanya sekarang perlu makan ubat mencairkan darah. Katanya juga disebabkan ubat itu, keadaannya jadi lemah dan mudah sahaja naik marah pada papa dan mama. Katanya, entah berapa kali dia meminta maaf menangis - nangis pada papa dan mama. Katanya lagi, seminggu dua lagi eloklah ni.
Whatsapp itu saya balas. Seperti biasa. Menasihatnya. Meminta dia banyak - banyak sabar. Perlu kuat semangat. Jangan sesekali mengalah. Dugaan datang.
Dia membalas lagi. Berterima kasih. Katanya dia akan kuat. Diminta saya jangan risau akannya. Dan ayat terakhirnya, JUMPA LAGI MISS...
AllahuAkhbar.
Saya merasa terkedu sungguh. Saya tidak sempat memohon maaf. Saya kira banyak salahnya saya sepanjang menjaga dia. Saya kira saya selalu mengusiknya berlebih - lebihan. Saya kira saya memang banyak beranggapan yang salah padanya.
Sepanjang dalam kereta menuju ke Kuantan itu, saya terkenang - kenang gelagatnya dari semester 1 hinggalah ke semester ini. Teringat - ingat moment yang pernah kali lalui bersama. Terkenang - kenang kali terakhir saya bertemu dengannya. Air mata saya gugur lagi. Bila saya cuba memejamkan mata seketika, yang saya nampak wajahnya. Allahuakhbar.
Batch Aibar ini antara yang batch student yang rapat dengan saya. Sentiasa membantu. Sentiasa menghiburkan. Sentiasa menyenangkan walaupun kadang - kadang ada juga rasa 'menyampah'. Biasalah students kan. Kali terakhir saya mengajar batch ini adalah pada semester ketiga mereka. Tetapi mereka gemar buat pejabat saya itu bilik kedua mereka. Pejabat saya sebenarnya adalah Pejabat Dekan. Bilik saya ada disitu. Bila mana mereka tidak lagi masuk kelas saya, setiap kali jumpa dimana - mana reaksi saya seakan orang terubat rindu.
Yang mana tinggal di asrama, bila mana mahu ke cafe atau pulang dari cafe, selalu sahaja masuk ke pejabat saya sebelum naik ke bilik. Duduk berlama - lama di sofa atau di pantri kecil kami. Berbual - bual. Bila ditanya ada hal apa, mereka selalu membalas mudah.
"Di bilik panas. Kat sini ada aircond."
Kehadiran mereka biasanya tidak mengundang perasaan marah. Mereka tahu batasan mereka. Kadang - kala yang hendak bertanya mungkin seorang sahaja tetapi segerombolan masuk pejabat kami itu. Sebabnya jelas. Mahu aircond.
AllahuAkhbar.
2 Mei 2019. Sejak awal pagi hasrat saya mahu melawat telah saya tetapkan. Malah, kebenaran dekan juga sudah saya dapatkan. Cumanya, fakulti saya diaudit hari itu. Tengahari baru saya dapat ke rumah dan pusaranya. Perasaan saya sebak. Tetapi saya tahan. Melihat mama yang kelihatan sungguh kuat, saya tahan air mata saya sungguh - sungguh. Perasaan saya makin sayu bila mana beberapa kali saya terlihat papa sedang menitiskan air matanya.
Tapi Mama, Mama sungguh kuat. Mama sungguh kuat.
Sebelum balik semula ke Kuantan, Mama dan Papa ajak minum - minum. Mama bercerita dengan saya saat - saat terakhirnya di rumah. Ada beberapa moment buat saya goyah perasaan.
- Mama dan Papa belikan adik katil baru. Mama nak adik selesa dan segera sembuh.
- Arwah beriya belikan mama online bateri handphone, cover handphone. Minyak wangi. Mama tak nak tetapi arwah kata tak apalah Mama. Buat kenangan nanti. (AllahuAkhbar)
- Arwah mohon Mama jangan memasak. Mahu Mama dekat dengannya.
- Sebelum keadaanya jadi critikal, arwah sempat berkata pada Papa."Papa. Adik rasa adik meninggal kejap lagi" (AllahuAkhbar. Wajarlah Papa tidak dapat menahan sedih)
- Katanya dia tidak mahu dibelikan baju raya tahun ini.
- Katanya nanti bulan puasa Mama dan Papa boleh berniaga seperti biasa. Ini kerana dia sakit, Mama dan Papa ada hasrat tidak mahu berniaga tahun ini. Mahu menjaganya. (Jadi benarlah. Dia sudah tiada. Mama dan Papa tidak perlu menjaganya lagi. AllahuAkhbar.)
Sepanjang kami minum. Papa acap kali menunjukkan gambar arwah. Gambar - gambar arwah masa kecil dan ketika bersekolah rendah dan menengah. Saya tahu Papa masih terkesan kehilangan anak lelaki satu - satunya itu.
Sungguh saya terkesan akan kehilangan ini. Kawan - kawannya apatah lagi. Izzat yang memaklumkan kami berita itu juga hingga hari ini terkenang - kenang. Katanya Malam 30 April, Aibar datang dengan Mama dan Papa ambil barang di asrama. Kalian sempat bermaaf - maafan. Yelah nanti akan pergi praktikal. Susah hendak berjumpa. Tiba - tiba siangnya, Izzat dapat berita, Aibar sudah tiada.
Ye, kita semua perlu masa. Itu yang Miss pesan pada kawan - kawan Aibar. Kita semua perlu masa. Kami takkan lupa doa buat Aibar.
Arwah nenek baru 9 hari pergi. Rasa kehilangan itu belum reda. Masih terkenang. Dan kini Aibar pula. Hari ini sudah seminggu lebih, tetapi masih terkenang - kenang. Masih terkedu kadang - kadang.
Benarlah kita semua perlu masa...
Mohon yang membaca entry ini,
Sedekahkah bacaan Al - Fatihah buat arwah Amirul Ikmal Bin Abdul Razak.
Semoga semua amalannya diterima. Semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat.
Kita doakan Papa, Mama dan Kakak dikuatkan semangat. Kakak arwah sedang menjalani peperiksaan akhir di Jordan masa ini. Luruh perasaannya mendengar sang adik telah tiada. Apatah tidak, mereka hanya dua beradik.
Mohon doa kawan - kawan arwah dapat bertabah juga. Mohon doa kami disini juga dapat bertabah.
Aamin.
Monday, April 29, 2019
April 2019, Permintaan Bonda dan Pemergian Nenda.
Assalamualaikum
Apa khabar semuanya? Moga - moga dalam keadaan yang baik.
Maaf lama tidak menulis disini. Bukan tiada bahan tetapi kesuntukan masa.
Perlahan - lahan lah kayuh kan?
April. Bulan yang sibuk. Menyiapkan markah sebelum para pelajar manjalani peperiksaan akhir. Sibuk dengan aktiviti itu ini. Ke Melaka lagi. Cerita bercuti dikala sibuk di Melaka penghujung Mac pon belum dicoret sini, tup - tup ke Melaka lagi kerana urusan kerja.
Tidak terkejar. Tetapi jalani sahaja hidup.
Pelajar diploma UTM saya baru sahaja selesai peperiksaan akhir Ahad lepas. Dua minggu mereka bertarung exam bermula 15 April lalu. Saya seperti biasa, akan mengambil cuti barang seminggu pada minggu pertama peperiksaan akhir. Ini kerana mahu rehat sebentar. Sudah saya maklumkan kepada unit exam bahawa saya akan bercuti. Saya fikir waktunya tepat. Pelajar diploma sedang menjalani exam dan pelajar bachelor sedang cuti pertengahan semester. Maka tiada kuliah perlu diganti. Boleh bercuti dengan aman. Tetapi lain halnya. Cuti saya diganggu kerana secara tiba - tiba saya perlu mengganti kuliah semester pendek. Tetapi saya sudah ada perancangan, maka cuti tetap cuti. 8 jam kuliah perlu diganti. Tak mengapa fikir saya. Boleh ganti pada hari sabtu atau ahad nanti.
Masuk minggu kedua, saya bersemangat penuh untuk masuk kuliah. Mahu berbincang dengan students tentang perancangan kuliah ganti. Hari Isnin itu, 22 April. Isnin minggu lepas. Sedang saya berkira - kira mahu masuk kelas seperti dijanjikan, saya mendapat satu panggilan telefon dari bonda.
Suara bonda kelihatan cemas semacam buat saya berdebar tidak keruan.
"Boleh cuti barang dua hari?" tanya bonda saya.
"Mengapa?" soal saya.
"Balik ke rumah sekarang. Ambil bonda dan along. Kita ke rumah makde petang ini juga."
"Ada something dengan wan ke?" Wan, panggilan khusus untuk nenek saya.
Dalam kepala saya sempat berfikir. Sekarang sudah pukul 1 lebih. Perjalanan ke rumah bonda memakan masa hampir tiga jam. Kemudian, perjalanan ke rumah makde di Negeri Sembilan dari rumah bonda itu hampir empat jam. Malam nanti baru sampai. Tentu ada sesuatu berlaku!
"Wan, menurut makde, kelihatannya lain benar. Bonda risau. Balik sekarang ye." sambung bonda.
"Baiklah. Tunggulah saya."
Tidak sempat mencari bos saya, saya segera memandu balik. Terasa mahu singgah dirumah sebentar kerana mahu ambil barang - barang keperluan.
Namun, ketika dalam kereta, saya dapat panggilan dari angah saya. Rupanya bonda sudah menelefon angah lebih awal dari saya,
"Angah dah keluar dari kilang. Akan ambil bonda dan along.Awak terus sahaja ke rumah makde. Esok bawa balik along." begitulah kedengaran arahan seorang abang.
Saya mencongak. Angah dari kilang di area Banting, mahu balik mengambil bonda. Kemudian ke rumah makde. Tentu malam juga sampainya.
Saya tidak pernah memandu seorang diri ke rumah makde saya. Biasanya ada bonda dan ahli keluarga yang ikut serta tetapi saya gagahkan juga diri. Dari pejabat saya singgah di pasaraya. Beli sedikit bekalan buat keluarga makde, kemudian singgah ke rumah ambil beberapa pakaian. Kemudian memandulah saya. Selepas hampir dua jam pemanduan, saya singgah berhenti solat di Muadzam Shah. Juga buat menenteramkan hati seketika. Perjalanan masih berbaki hampir dua jam.
Apabila saya sampai di laman makde, makde tentulah terkejut. Tetapi menerima baik kunjungan saya. Dibawanya saya melawat wan. Allah, sedih benar rasa hati saya. Nenek saya itu cengkung. Badannya kurus benar. Tiada isi. Hanya kulit dan tulang semata. Sebak dalam hati saya usah katalah. Tetapi saya sudah terbiasa menahan diri.
Ketika saya dekat dengannya hanya sesekali dapat mendengar suaranya dan melihat matanya dibuka perlahan - lahan.
Dan malam itu, tepatnya pukul 10 malam, Wan saya dijemput ke rahmatullah. Dan saat - saat akhirnya saya disisinya. Dua kali Wan saya minta air. Tiga kali saya berikan tetapi kali ketiga itu paling dekat dengan kali kedua. hanya berjarak few seconds. Kali ketiga itulah saya pangku wan saya dekat di dada kerana simptonnya seperti tersedak air. Jadi saya angkat dan letakkannya didada saya dan urut belakangnya perlahan - lahan. In few seconds juga keadaan semakin genting. Saya panggil makde dan pakde. Bila mereka mendekat saya menjarakkan diri sedikit. Beri ruang pada keduanya. Ketika itu saya mula gigil. Melihat Wan saya mencari nafas, oh sukar mahu saya jelaskan. Dan dalam kekalutan kami itu kedengaran bunyi kereta di laman makde, Saya berlari keluar. Buka pintu. Sepantas kilat saya arah angah, along dan bonda saya masuk. Mereka berlari masuk dan ketika itulah kali terakhir wan saya menghembuskan nafasnya.
Saya? Gigil. Dipeluk makde kemudian, gigil saya tidak hilang - hilang. Dipeluk bonda, gigil saya tidak hilang juga. Perasaan saya, takut mulanya. Kemudian terasa kosong. Tidak tahu nak bereaksi. Sedih tentulah ada, tetapi air mata saya tidak mahu keluar.
Usai solat isyak yang tertangguh itu, saya membaca Al quran. Berganti - ganti. Perasaan takut mula hilang. Muncul satu perasaan aneh. Perasaan kosong. Tidak tahu mengapa, saya jadi tidak mahu bercakap. Terkedu mungkin.
Dan hari ini, setelah seminggu, perasaan terkedu itu masih ada, Tetapi saya cuba kuatkan hati. Air mata saya tidak setitik keluar hingga hari ini. Tak mengapa, saya harap saya sentiasa kuat.
Ini kisahnya. Main topik sepanjang April. Segala perasaan gembira di Melaka tempoh hari terus hilang serinya. Padahal banyak kisah mahu saya ceritakan. Saya ke Melaka lagi 18 April lalu dan pulang ke Kuantan pada 20 April. Dan Wan saya pulang kerahmatullah pada 22 April.
Sedih, sebak semua ada. Saya kadang kala berasa cemburu kerana orang lain, senang - senang boleh lepaskan sedih itu dengan air mata. Tetapi saya, keadaannya bagai tertahan - tahan. Despite of crying, saya jadi diam segala.
Balik semula ke pejabat Khamis lepas, kawan - kawan ajak saya makan di restauran kegemaran kami, Cuba gembirakan hati. Hari Jumaat lepas ada makan - makan di pejabat. Bolehlah berjumpa dengan kawan - kawan dan cuba gembirakan hati.
Hari ini 29 April saya buat keputusan. Cuti yang saya telah mohon sebelum ini pada mulanya saya mahu batalkan tetapi saya kira saya perlu distraction. Plan ke JB esok saya teruskan. Meraikan pelajar UTM saya yang akan berkonvokesyen.
Jujurnya, saya kelihatan kuat segala tetapi sebenarnya tidak. Namun, saya doa saya kuat dan kembali bersemangat. Doa sama - sama ye.

Monday, April 15, 2019
TOF 2019
Assalamualaikum.
Apa khabar dearie?
Lama tak bersiaran kan? Maaf I agak kebizian.
Sebenarnya banyak yang I hendak ceritakan. Banyak perkara berlaku juga lately. Antaranya mengenai Istiadat Konvokesyen Universiti I, mengenai Pembentangan Laporan Latihan Industri, Laman my bonda, cerita percutian la, cerita pasal sakura dan lain - lain. Tetapi I tak sempat betul.
Sekarang I di rumah my bonda. Cuti sekejap. Lari sebenarnya dari ofis. Hahaha. No lah. I dah plan lama. Kebetulan student diploma mula final exam hari ini. Student BBA pula sedang mid term break. Jadi I pun apply cuti. Mulanya I nak cuti seminggu terus. Lagipula hujung tahun lepas I forward baki cuti ke tahun ini, 14 hari. Tambah cuti yang diperuntukkan tahun ini, jumlahnya hampir 40 hari. Jujurnya I baru berjaya cuti 3 hari. Untuk tahun ini, I kena habiskan at least 14 hari yang I forward itu. Sebab itu I hendak bercuti lama. Walaubagaimana pun, hujung minggu ini I ada outstation ke MMU, Melaka pula. Tak mengapa. Dapat balik bercuti sekejap ke kampung halaman dan menjenguk bonda sudah memadai.
Oh ya, tadi kami ke bandar. Jumpalah kenalan satu kampung. Mereka bertanya kepada bonda I ni siapa. Bonda balas yang I ni anak bongsu. Lepas tu kenalann tu balas menyatakan lainnya muka Ijan. Lama tak jumpa. I dah tersipu. Bonda balas lagi menyatakan Ijan tu kakaknya. Ini adiknya. Terpinga sekejap kenalan itu. Dan bonda sambung, yang ini jarang balik. Payah cuti. mendengar itu, aduh terkesan di sanubari tau. Punyalah susah balik, tak mesra pula dengan orang kampung. Sudahnya tai dikenali. Macam mana hendak buat ni?
Okay cukup. Mari bercerita tentang TOF 2019. Ini sukan antara fakulti. Sejak naik taraf menjadi universiti, penstrukturan semula dibuat. Dari 7 fakulti sebelum ini menjadi 4 sahaja. I sekarang di Faculty of Management atau singkatannya FOM.
Kami dapat tempat kedua TOF kali ini. Boleh dikatakan semua acara dapat pingat. Alhamdulillah. Ini sukan untuk pelajar tetapi I turun juga jadi penyokong. Kebanyakan student I adalah atlet fakulti. Jadi kena sokong.
So mari lihat gambar. Nanti kita cerita melalui gambar.

Lawa jersey fakulti tahun ini. our VC pon sukakan jersey ini tau. Oh ya ni dua jejaka hot. My students. Final semester Diploma in Technology Management. Yang ditengah tu namanya Izzat dan di sebelahnya adalah Syafiee.
![]() |
| Team volleyball. |
![]() |
| Tengah perform. Team volleyball bawa balik pingat Emas dan Perak. Well done dear. |
Ini kejadian semasa hari penutup. Ada aktiviti 10 ribu langkah. Kami jalan slow - slow menikmati cahaya pagi. Markah diberikan mengikut jumlah wakil fakulti yang ikut serta. Malangnya wakil FOM tidaklah ramai mana. Kalah dengan FCHAD.
Okay tiga gambar atas ini adalah sempena meraikan kemenangan team futsal lelaki menewaskan team jemputan iaitu PETAMA di aksi Final. Sengit. Sampaikan Final Volleyball terpaksa ditangguh sebab semua tengok Futsal.
PETAMA atau nama panjangnya adalah Pusat Pembangunan Ketamadunan Masyarakat Asli. Ini adalah pusat khas dibawah universiti dan dibiayai oleh pihak YP. Pelajar - pelajar nya diasuh bidang agama Islam dan ketamadunan agar nanti bila mereka telah berjaya dalam program ini, mereka akan diangkat menjadi Penggerak di kalangan masyarakat.
Apa yang I hendak katakan di sini, pelajar - pelajar dari masyarakat orang asli ini, main sukan memang handal. Badannya lebih besar. Atlet FOM untuk Futsal kemain halus badannya.
Kami menang dengan penalti. Setelah dua kali masa tambahan dilanjutkan.
Bila dah menang, keadaannya macam menang keseluruhan kejohanan TOF pula. Semua excited. Apatah lagi ini dikira mengubat kekecewaan team bola sepak yang kalah sepakan penalti juga ketika separuh akhir.
Kebetulan ramai yang beri sokongan, teruslah bergambar sakan. Aksi kami dilihat dek photographer rasmi universiti dan apalagi, pelbagai aksi lah yang muncul.
![]() |
| team bola tampar, team futsal |
Bergambar dengan Prof VC dan DVC. Masa ini yang lelaki sahaja, Sebab tak muat stage itu. I kan bukan nak katalah, tapi I rasa bangga dengan student FOM. Kebersamaan tu jelas sangat. Dan rendah diri. When the leader approach the management team (Prof VC and DVC) he seek approval from us first and then slowly ke arah Prof VC, bersalaman cium tangan. I nampak Prof VC usap kepalanya, dan dia menyatakan hasrat hendak bergambar. Bila dah dapat persetujuan, sekali panggil sahaja, yang mana ada di court waktu tu terus ke arahnya. Yang perempuan pun faham. Tak ada ke sana bagai. Kemudiannya, bila selesai sessi mengambil gambar, semuanya bersalaman cium tangan sekali lagi bersama Prof VC dan DVC. Santun dan hormat inilah buat I yang ada disitu rasa sungguh bangga. Kenapa I kata begini? Jawapannya mudah. I tak nampak sikap ini pada kebanyakkan pelajar masa kini
Kemudiannya, turun dari stage, yang perempuan - perempuan dah tunggu. Bergambar ramai - ramai pula semua. Yang lelaki join the crowd. Tiba - tiba Prof VC panggil. He wanted to join us too. Tengok tu, sanggup Prof Vc duduk bersila bersama.
Selepas itu the VC, came to us. Beliau berkata, bagus you all datang dan support students. By the way, baju ini tempah? Cantik. Ada corak batik.
Kembanglah hati kami semua. Hahaha.
Mentee I. Si kecik ni. Main Futsal sungguh lincah. Laju kemain berlarinya.
Ini kami semasa dan selepas aktiviti 10 ribu langkah. Kami kan jalan slow - slow sahaja. Jadi hampir satu jam baru sampai semula ke kawasan asrama.
Ini Amir Arsyad, ketua kontigen. Tengoklah tu badan nan sekeping. Main bola sepak dan futsal sangat lincah.
Okaylah inilah sahaja yang I hendak kongsikan. InshaAllah esok I update lagi. Jumpa lagi.
Assalamualaikum
Thursday, March 7, 2019
My little updates
Assalamualaikum semua.
Allahu lama giler kan tak update cerita.
Sorry tau yang mana tercari - cari update I. Biasalah I kesibukan. La ni masih sibuk juga sebenarnya. Tapi dah lama sangat tak update blog. I sekarang rajin update Instagram je. Sebab Instagram masuk gambar dan letak caption sikit. Mudah kan?
Okay, I kasi update panjang punya. Kisah berbulan - bulan punya cerita. Sila baca okay!
Ada satu petang tu I dan kawan - kawan cuba cafe baru berdekatan pejabat. Maghrib hari, kami pun balik. Sepanjang perjalanan I lihat langit, MasyaAllah cantik sungguh. Dan I amat berharap view itu masih ada apabila I sampai di rumah.
Nah, Allah bagi rezeki. Sesampai dirumah. Tak buka gate lagi, I terus talakan handphone ke langit. Indah sungguh view yang dapat dicerap telefon I.
Hujung tahun hari tu, I ke kampung HM. Keluarganya mengusahakan tanaman cili bara. 800 pokok keseluruhan. I ikut bantu kutip hasilnya. 3 jam setiap hujung minggu disini, betul - betul buat I rasa aman. Rasa seronok. Rasa penat memikir kerja di pejabat hilang begitu sahaja.
Sekarang, mengikut kata HM, pokok - pokok sudah tiada. Mereka dalam proses menanam semula anak benih. Nanti, I nak datang lagi.
Pertengahan Januari lalu, I ditugaskan ke Kuala Lumpur. Very urgent task. Pergilah I bersama seorang staf (Nadia) dan seorang kawan. Ke KL punyalah jauh. Hampir 4 jam. Tetapi urusan itu tak lama pun. Lebih kurang 30 minit sahaja. We all decide, kita cari makan di Temerloh dalam perjalanan balik. First time kawan I bawa makan di area Kampung Bangau. Sedap. Tak sangka ada restoran dalam kebun getah. Dan orang datang bertalu - talu. Harga semangkuk ikan patin masak tempoyak hanya RM 10. Nama kedainya Selera Bangau.
Lepas dah makan - makan. Kawan bawa round bandar Temerloh sekejap. Berhenti di tepi sungai ni. Ambil - ambil gambar. Lepas tu terus gerak balik semula ke Kuantan.
Satu hari Sabtu. Mendapat kerajinan. Lalu buat pancakes. I sengaja ambil gambar. Sebab kerajinan di pagi hari Sabtu jarang - jarang berlaku. Hahaha
Masa ni farewell buat Nadia. Our SL1M intern. Nadia bertudung maroon dalam gambar diatas ni.
Nadia yang mulanya diam segala. Kemudian sama - sama masuk air. Nadia pergi, diganti pula intern baru. Adik Umi namanya. Yang pakai baju biru dan bertudung pink.
Boleh tak I kata I rindu Nadia Sekarang? Hahaha.
Cuti CNY hari tu, I on the way balik ke kg, singgah lah UiTM Jengka. Amik anak saudara I ni. Lepas tu I kata, I nak melawat ladang. Dia bersama rakan sedang usahakan tanaman Terung mini 1000 pokok. Masa tu pokok terung kecil lagi. Now dah lawa naiknya. First time masuk ladang UiTM ni I jadi teruja. Ada pokok ciku, pokok limau bali, pokok jambu air, ada pokok mangga dan pokok2 sayuran la. Dibawa juga dek anak buah I ni lawat bed kangkung tanamannya. Masa I sibuk melawat, ada staf UiTM yg mereka panggil cikgu. Dia bagi bawa balik limau bali. Itu la bergambar bagai. Hahaha.
Sesampai di kampung, boleh tahan meriah dengan buah2 an. Durian ada juga. Rambutan usah kata lah. Masak serentak 7 pokok. Last week I balik kampung sekejap sebab outstation, bonda kata ada 2 pokok belum berusik buahnya.
Manggis menjadi sungguh. Waktu I balik last week pon masih ada buahnya. Syukur Alhamdulillah.
![]() |
| Lemon masih giat berbuah.. |
Hasil menutuh rambutan depan rumah sehari sebelum CNY. Rambutan ni jauh perginya. Ke Raub rumah kakak I. Ke Negeri Sembilan rumah makde I. Ke Melaka, rumah paklang I.
![]() |
| Langsat depan rumah. |
Rambutan Gading. Ada 3 pokok semuanya. Semua berbuah lebat. Dan ada sepokok yg bonda kata tak berusik buahnya juga species rambutan Gading ni.
Keluarga makde datang membalas kunjungan pada hari pertama CNY sehingga hari kedua CNY. So mencari ikan lah kita. Ni ikan patin dan talapia Bakar. Sedap masak lomak ikan salai weh. Guna resepi Nogori Sembilan.
Bila ramai - ramai berkumpul kita makan hidang la.
Bergambar kenangan. Berkumpullah sebahagian keluarga bermata sepet ni. Tak caya, tengok mata. Semua sepet kan? Genetik keluarga. Bonda kata her grandmother was a Chinese.
Hari kedua CNY kami ke kampung lama. Ziarah kubur Arwah Datuk. Gambar Bukit tu menunjukkan Gunung Bongkok. Dikaki Gunung Bongkok nilah dahulunya rumah Arwah datuk I.
Gambar rumah itu pula adalah tinggalan rumah Arwah datuk. Mulanya kami tak mahu masuk ke sini tetapi bertemu pula dengan orang kampung dan mereka teman kan kami berjumpa owner tanah ni sekarang. Jadi after more than 20 years, I berjaya jejak kembali ke kawasan rumah Arwah datuk I.
Sedih. Tetapi I tahan. Bonda dan makde tu apatah lagi sedihnya. Masih ada pokok - pokok buah yang ditanam bonda dan makde. Terimbau kenangan antara I dan keluarga ketika kecil.
![]() |
| My lovely bonda |
Dipekarangan rumah kampung kakak. Kakak dan abang ipar ada beli tanah berdekatan kampung abang ipar. Mereka dirikan rumah dan balik every weekend. Tu nak tunjuk beg anyam baru beli, Hahaha.
Ini hendak ke rumah tukang urut. Keluarga juga. Masa ni boleh senyum - senyum lagi. Balik urut tu, I rasa sakit, rasa tak bermaya segala. Katanya, boleh tahan teruk juga bahu I.
Nanti dua minggu lagi nak repeat. Bawa emak pula. Dan I nak urut bahu lagi. Masih sengal - sengal.
Bosan dalam kelas sambil tunggu student siapkan tutorial, mari ambil gambar.
Ini urusan kerja. Jadi PIC untuk sesi pembentangan viva research project utk MBA. Happy tengok all the students happy. Dah present, kira dah separuh badan boleh berkonvo kan?
Dorang down actually. Sedih sebenarnya dan hilang semangat. 4 hari sebelum viva dapat berita mengejutkan. Salah seorang rakan sekelas, meninggal dunia dalam tidur. Terkejut. Allah sahaja yang tahu. I sendiri terkejut. Apatah tidak, I mungkin orang yang terakhir mendapat whatsapp message dari arwah. Around 9 - 10 pm berbalas message pasal kerja. Sekali I bangun pagi, I dapat message dia dah tiada. AllahuAkhbar. Menurut isterinya arwah meninggal sekitar jam 3.30 pagi.
Jadi, kawan - kawan dah tak de semangat. I ada nasihat few of them. Teruskan present. In shaa Allah ada bahagian arwah.
Ke KL lagi. Atas urusan kerja. Ada sedikit masa terluang, jadi playing tourist la kat KL. Makan kat sini. Sedap sangat peria celup tepung itu. Hehehe.
Sekitar Stesen Monorail Imbi. Maghrib hari yang indah
Outstation lagi. melawat student praktikal. Alhamdulillah kedua - duanya menunjukkan prestasi yang baik.
Melawat pelajar ni di Jerantut. Jadi dapatlah balik sekejap menemui bonda dan along. Rupanya bonda rancak bercucuk tanam. Lihat bawah:
Kebun sawi. Menjadi sungguh. Bonda kata, bawalah balik beberapa polibag. Dan bonda pon dah mula beri pada jiran - jiran dan kawan - kawannya. Malam tadi I telefon bonda, bonda kata sawi ni sedap buat ulam. Makan begitu sahaja. Dan bonda kata, bonda sedang semai batch kedua. I was like, apakah? Tak apa bonda suka.
Ini I hangkut bawa balik Kuantan. Dua pasu. Asalnya I minta bonda tanamkan cili api. Tetapi bonda letakkan juga anak sawi. So I dapat dua jenis pokok dalam 1 pasu. Alhamdulillah. Petang ni lepas kerja, I nak tuai dah sawi dalam pasu ni. Sebab dah besar sangat.
Bonda memang gemar menanam pegaga. Since I kecil lagi. Dah biasa minum air pegaga. Dah biasa makan kerabu pegaga. Dah biasa makan ulam pegaga, gulai lemak pegaga, dll. Memang selalu bonda tanam pegaga. Ni spesis pegaga kerinting ni.
Do you see what I see? Bunga durian!!! Lebat sangat pokok ni berbunga. Disetiap dahan. Pokok ni depan rumah sahaja. Hopefully lekatlah buahnya nanti kan? Pokok - pokok lain belum berbunga. Mungkin disebabkan baru sahaja gugur buahnya tempoh hari.
Big Bad Wolf kembali ke Kuantan. I dah pergi on 1st day. Gambar atas ni adalah pembelian I. RM 74 sahaja. Belum satu pun dibaca. I kan sibuk. Hahaha.
Cuba bergambar dengan muka cute. Hahaha. Masa ni ada Hi tea dengan students.
Okay events ni pada hari yang sama. Petang ada Hi Tea bersama student perakaunan. Malamnya ada dinner kelab warga kerja. Petang temanya putih biru. Malam temanya hitam gold. Melaram bagai weh!!! Hahaha.
N, utk dua - dua events I dapat cabutan bertuah. Yeay!!!
Jika hari sebelumnya ada dua events, keesokan paginya I bertugas di Karnival Kerjaya. Memang bidan terjun. I outstation from Monday till Thrusday. Jumaat pagi masuk opis, Jumaat pagi jumpa penganjur. Selamat menjadi emcee program. Malam tu time dinner kelab warga kerja tu I sibuk practice.
The VVIP is MB of Pahang. Jadi emcee kena tahu protocol, tahu sensitivity tetamu kehormat. Kena sedia kalau tiba - tiba ada ad hoc agenda. Cubalah korang jadi emcee.
Luckily, the program went smoothly. I can control my voice projection and I can control my emotions. Tapi next time, benda bidan terjun begini, I tak mahu buat dah!
Even masa makan Prof aka our VC came and acknowledged me for smooth program and delivery, I tetap tak mahu dah buat kerja bidan terjun begini.
Jika dimasa akan datang, masih perlukan khidmat I, I harap let me know earlier and try to understand my I request such things. I can commit if the organizer can tolerate on many things. Tak begitu?
Apa jua I syukur majlis berjalan lancar. Suara yang baik yang I miliki juga hanya pinjaman Allah. I akan usaha gunakan kearah yang lebih baik. Mohon dipermudahkan.
Teringin punya pasal. Masaklah. Gulai lemak ikan dengan kacang buncis.
Hehehe. Panjangkan bebel.
Ada masa nanti, I kasi update lagi. I tak tahu bila. I rindu korang semua. Drop comments ye.
Assalamualaikum.
Take care all.
May Allah bless.
Subscribe to:
Posts (Atom)