Sunday, July 3, 2011

DEMAM

Assalamualaikum...

Semoga semuanya dalam keadaan sihat walafiat.

Jumaat lepas saya dilanda demam. Dapat MC, balik rumah sekejap. Rest for a while and terus memandu ke Raub. Memang asalnya nak balik Raub hari Sabtu. Tetapi dah dapat Mc saya cekalkan juga hati dan semangat. Alhamdulillah, 3 jam kemudian, saya selamat sampai di Raub.

Di rumah kakak, saya sempat berehat buat seketika. Waktu itu saya rasa badan saya sudah segar. Jadi urusan yang sepatutnya dibuat keesokkan harinya diselesaikan juga petang Jumaat itu. Tetapi lain pula halnya malam itu setelah pulang dari satu kenduri, kepala saya berdenyut kuat. Waktu itu tekak dah mula rasa mual. Tanpa menunggu lama, saya terus makan ubat dan berehat.

Hmm, saya memang macam ni. Kalau rasa badan masih larat, saya buat juga kerja. Gagahkan juga diri. Seperti semalam. Walaupun badan sebenarnya masih lemah, saya memandu juga balik ke Kuantan dari Raub. Malam tadi, sakit dan demam datang lagi...

Agaknya, kebelakangan ini saya penat. Penat dengan pelbagai issues.

Namun, saya harus kuatkan. Ada anak bangsa yang memerlukan khidmat saya. dan saya tak akan mempersiakan mereka.

Insya Allah...

No comments:

Post a Comment