Monday, November 21, 2011

Ibu segala emas




Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia buat semua.

Dari malam tadi, sejujurnya saya sangat excited. Dan saya percaya bukan hanya saya yang excited tetapi seluruh rakyat Malaysia. Sana - sini bercerita tentang kemenangan ini. Tahniah tahniah tahniah buat kita semua.

Sebenarnya saya bukanlah kaki bola sangat tetapi kalau ada perlawanan penting saya akan lihat juga dan memberi sokongan.

Dan rentetan perlawanan untuk sukan sea baru - baru ini banyak kisahnya. Saya sempat menonton aksi peringkat kumpulan ketika Malaysia bertemu Thailand dan Indonesia. Walaupun banyak adengan cemas, alhamdulillah skuad Harimau Muda berjaya atasi.

Dan sebenarnya saya sudah duga bahawa skuad Harimau Muda akan bertemu dengan skuad Garuda (Indonesia) pada final Sukan Sea kali ini. Siapa yang tak cemas semalam. Saya sendiri pada suatu ketika tak sanggup nak lihat perlawanan itu di TV.

Sejak Piala AFF hujung tahun lepas lagi kita sudah melihat bahawa bagaimana fanatiknya penyokong Indonesia dalam hal - hal perlawanan bola sepak terutamanya apabila skuad mereka bertemu skuad Harimau Malaya. Tak cukup di stadium, habis laman web digodam. Tak cukup dengan itu, laman sosial Malaysia dipenuhi dengan cemuhan keatas skuad Harimau Malaya. Ia seolah - olah perlawanan itu antara hidup dan mati kedua - dua negara.

Alhamdulillah, kejayaan masih milik Malaysia. Jangan alpa adik2. Teruskan usaha. To my adik, tahniah kerana bermain dengan baik di pertahanan semalam. You did it again.

Kalau orang sebut2 nama Khairul Fahmi, Baddrol, Asraruddinputra, saya tetap nak sebut nama Mohd Muslim Ahmad. hahahahaha.

Tada... tahniah, tahniah, tahniah.

No comments:

Post a Comment