Monday, November 7, 2011

Nenda sedang gering

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.

Semalam emak mendapat khabar berita tentang emaknya a.k.a Wan saya. Wan (panggilan untuk nenek) terjatuh di bilik air. Keadaannya agak merunsingkan. Wan saya tidaklah terlalu uzur sebenarnya walaupun umurnya sudah 85 tahun. Cuma, Wan diserang penyakit lupa sahaja. Kalau berjalan, masih tegap. Keadaannya tidaklah terlalu mernsingkan.

Tetapi sejak terjatuh (jatuh sendiri), Wan menurut Mak Uda tak boleh bangun dan asyik mengaduh sakit. Naik risau pula saya.

Sebenarnya dari kecil saya tidaklah rapat dengan Wan. Wan dulu sering pilih kasih. Wan dulu macam - macam. Tetapi sejak beberapa tahun ini, saya jatuh kasihan dengan Wan sendiri. Dan, dek kerana itulah sejak Wan diserang penyakit lupa dua tahun yang lalu, saya tahu Wan sudah tidak lama akan bersama kami. Sejujurnya saya sedar, tak mengapalah kalau Wan dulu tidak memberi kasih. Biarlah saya yang menghulur kasih. Dia tetap Wan saya. Dia tetap ibu kepada emak saya.

Kadang - kadang saya sedih juga bila memikirkan sebahagian sanak - saudara yang mungkin rasa marah pada Wan belum habis - habis. Saya sedih juga bila sepupu - sepupu saya yang seakan lupa bahawa nenek kami masih ada lagi. Saya kesal, kerana ada dikalangan sanak - saudara kerana masih ada dendam pada Wan.

Dulu, mungkin rasa marah itu masih beraja dalam hati saya. Sedangkan saya sering menyatakan saya sudah tiada nenek. Dulu memang saya geram kerana Wan sering tidak mengaku saya cucu. Tetapi masa itu sudah berlalu. Saya sedar bahawa walaupun teruk sekalipun, dia tetap Wan saya.

Wan telah lupa tentang hal lalu. Biarlah rasa marah yang ada dalam diri itu dihapuskan. Marilah menghulur kasih pada Wan. Mungkin sepupu - sepupu tak pernah merasa kehilangan ahli keluarga terdekat, tetapi saya sudah merasainya bila abah kesayangan saya pergi. Maka, marilah menghulur kasih pada yang masih ada.

Entah, ini entry emosi sedikit. Bukannya apa, saya fikir, saya perlu tulis tentang ini kerana kita sudah dewasa dan ada pelajaran tinggi. Moga - moga nenda saya atau Wan segera sembuh.

Amin.

No comments:

Post a Comment