Thursday, April 4, 2013

Mari berusaha dan bertawakkal

Assalamualaikum.

May Allah bless us always..

Kisah ini Cik Laura nak ceritakan. Tentang semalam. Tentang sesuatu.

Layan dulu gambar permulaan cerita:


Selasa lepas, terasa ada biji seperti lebihan daging kecil di bahagian leher kanan. Terasa tak selesa. Asyik garu. Minta Shiela ambilkan gambar sebab tak tahu apa yang ada di situ. jerawat kah?

Shiela bagi tahu, kenapa kulit you licin semacam nie. Lepas tu ada macam ruam - ruam kecil di bahagian yang licin semacam ni. Terkejut la cik Laura. Bila Cik Shiela ambilkan gambar tengok memang ada seperti sesuatu yang tidak elok di situ. Kenapa jadi macam ni ye? 

Tawakal sahaja dengan letak sedikit air zam - zam. 

Hari Rabu, tengah syok masukkan markah dalam sistem, terasa la nak tahu perkembangan di leher. Masuk surau, check. Sekali dah merebak ke sebelah kiri leher pula. Seperti menggelupas. Terus rasa tak selesa. Sebab sibuk, tak sempat pergi klinik.

Hari Khamis lepas lunch. Check lagi. Apa pasal dah melarat sampai bawah leher ni? Ruam apa ni? Dah gelabah. Nak pergi klinik tang tu juga. Sms Shiela, dia kata klinik selalu pergi tu sekarang tak ada doktor. Lepas pukul 5 baru ada. Okay, teruskan lah menyambung memasukkan markah dalam sistem. 

Gayanya macam banyak sangat markah nak masukkan ye? dua hari tak habis - habis? Bukan! sistem tu tak stabil. Asyik seruh login manjang. Memang tension! Otak dah pikir - pikir, salah makan ke? atau alergik on something? entah. Sebab this is the 1st time jadi begini. Atau sekarang ni panas sangat? so peluh buat ruam di badan,. Tp kat leher aje! Oh tidak!

Alkisahnya, pergilah kami ke klinik yang selalu kami pergi tu. Mari ku ceritakan kembali apa yang berlaku dalam bilik doktor itu. Selepas Cik Laura memberi salam dan sang doktor menjawab salam.

Doc: Sakit apa ye?

Cik Laura (CL): ermm  saya tak tahu kenapa tapi macam naik ruam kat seluruh leher. Nak kata alergik on something mmg rasanya tak ada. (Actually ada: aku alah pada udang dan sotong tp mmg dh lama sangat tak consume foods which contain these two things)

Doc: Sakit tak dekat leher? or gatal - gatal?

CL: Tak la sakit. gatal pun tidak. Tapi kulit ni macam licin semacam je. Lepas tu ada menggelupas. hari ni saya check dah melarat ke bawah leher.

Doc: (muka memikir) Awak ada pergi camping tak lately?

CL: Takde. 

Doc: Salah makan?

CL: rasanya takde doctor.

Doc: Saya tengok ye. 

CL: Boleh. (sambil angkat tudung. Doc tu lelaki. aku malu tapi nak baik kan?)

Doc: (sambil tekan - tekan beberapa tempat) sakit tak saya tekan?

CL: Tak sakit pun. 

Doc: Awak ada letak sesuatu ke kat sini? Try product baru ke?

CL: takde pun. 

Doc: Sabun baru ke? yang pelik2 (bunyi suara mcm nak mengusik, ye puan2)

CL: Takde doktor.

Doc: (beralih pula ke leher sebelah kanan) Mengelupas. Tapi tak sekata. (dia lebih kepada berkata sendiri)

CL: Tak tahu la doktor. Risau dah saya ni.

Doktor basuh tangan. Sambil dia duk cuci tangan. Dia tanya soalan yang Cik laura suka.

Doc: Awak sekolah? (sekolah ye puan2.) (CL dah sengih panjang)

CL: Eh tak la doktor. Saya dah kerja dah. (muka doktor terkejut ye puan2. macam tak percaya)

Doc: Kerja? Kerja mana?

CL: I****

Doc: Ohhhhhh (kembali duduk di kerusinya.)

Doc: Macam ada radang. Kulit tu tertindak balas. Jangan garu. Nanti dia luka mudah kena jangkitan.

CL: Baiklah doktor. (Sengih. Doktor pun sengih)

Doc: Betul ni tak de pakai bedak baru - baru. 

CL: Tak de doktor. 

Doc: Ke baru beli rantai emas besar - besar. lepas tu awak pakai kat leher. (cakap sambil dah sunging nak gelak tu apa pasal doktor) (CL dah ketawa kecil)

CL: Mana ada doktor. tak mampu la saya. mahal tu rantai emas besar - besar. (doktor ketawa kecil lak)

Doc: Pakai mandian baru ke?

CL: tak de doktor. Tak kan kat leher je yang kena kalau gitu/

Doc: Ye jugak.

(Hamboi, gaya dah jadi kawan dah doktor ngan CL ye)

CL: first time lak kena cam ni. Yelah, walaupun tak gatal tak sakit tapi kenapa nak buat kesan kat situ kan?

Doc: Betullah tu. Mesti awak tak selesa. 

CL: Ahah. Nak buat macam mana ni dok (kembali kepada tujuan asal datang klinik. Kang layan doktor ni borak, marah pesakit lain. Huhuhuhu. CL bajet la sangat kan?)

Doc: Okay. Kita (kita ye puan - puan) cuba ubat sapu dulu. Tengok macam mana. Saya kasi dua jenis ubat. Satu tu pakai time mandi. Satu lagi bila dah siap mandi, lap kering - kering baru sapu ubat lagi satu. Jangan selalu kena air. Kalau peluh tu lap.

CL: Okay doktor. Saya buat.

Doc: Kita (kita lagi! hehehe) tengok dalam seminggu. Kalau melarat lagi, awak datang semula ye. 

CL: Baiklah.

Doc: Jangan letak apa - apa kat situ selain ubat sapu. Rantai emas besar - besar ke? (dia sengih. Kemain doktor ni mengusik ye?)

CL: Bereh!

Doc: Okay. Nanti ambil ubat. 

CL: Okay. Thanks doktor.

Doc: Sama - sama. Assalamualaikum

CL: Waalaikumussalam.


Keluar dari bilik doktor, housemates berdua pun bertanya. Aku jawab sambil berbisik:

Ya Allah, handsomenya doktor kat dalam tu. 

Shiela dan Kak Za terkejut. Sibuk duk tanya tentang doktor eh, bukan pasal sakit di leher. Lama eh kat dalam tu tadi. Dah bertenang tu, aku pun bagi tahu la tentang doktor cakap tentang ruam di leher tu. 

BTW, doktor itu menceriakan saya! Eh silap, saya yang ceriakan doktor tu okeh!

So, hari ini mula letak ubat sapu. Doakan ye, Cik Laura sembuh. Tak tahu lagi ni. Pagi tadi masa sebelum mandi, keadaannya masih sama. Harapnya hari ni lepas dah bubuh ubat lebih okay la ye.

Okay, stop dulu. Perut terasa lapar. Kang gastrik pulak. 

Assalamualaikum.
Live the life people!

P/s: Ubatan lain dlm gambar adalah ubat yang memang kena ambil setiap bulan. Okeh!





2 comments:

  1. InsyaAllah, semoga cepat sembuh cik lauraaa a.k.a jgn lupa amik no doc tu hehe, kompem cpt baik

    ReplyDelete
  2. suke akk bile tgok catatan2 ceria zura... takmo la entri2 yg sedih2 lg...

    ReplyDelete