Moga semua dalam keadaan sihat dan dirahmati Allah hendaknya.
Agak lama tak mengupdate ye. Saya baik - baik sahaja cuma mungkin tertekan sedikit. Yelah, masalah di tempat kerja masih belum selesai.
Despite of that hard moment, Alhamdulillah, saya sempat juga pulang ke kampung halaman walaupun sekejap. Peluang outstation di kampung halaman saya terima dengan baik. Dapatlah saya menggunakan waktu senggang dengan mereka.
Lets the pictures do the talking (or perhaps in this sense writting):
Mari bermula dengan makanan. Housemate saya, Shiela memperkenalkan saya sebuah restoran dekat dengan lampu trafik menghala laluan balik kami dari pejabat. Sebab kedai ini terlalu dekat dengan lampu trafik/ persimpangan, selalu juga saya tak perasan akan kewujudannya. Kedai ni buka sehingga jam 5 petang sahaja. Namanya Crocodeli. Pastri yang best.
Menu istimewa di Crocodeli. Ni shiela yang order.
Menu readymade dari Crocodeli. Ini bahagian saya. Hari itu saya mahu mencuba Nasi beriani tetapi mungkin kami pergi sudah lewat menyebabkan nasi beriani sudah habis. Akhirnya saya cuba mee goreng ini. Walawei, sangat marvelous!
Crocodeli, Lorong Kubang Buaya 82, Kuantan (berdekatan trafic light pantai selamat menuju Alor Akar atau Kubang Buaya)
Satu hari saya ke Kamdar. Jalan - jalan sekadar lihat - lihat. Di Kamdar ada sales rupanya. Jadi teringat kakak di Raub ada minta belikan kain pasang lawa - lawa buat dia. Dia dah bagi sekali dengan duit pun. Kemudian, dapat panggilan dari kampung. Kena marah sebab asyik shopping. Kain - kain sedia ada pun belum hantar ke makcik tailor. Rasa sebak tiba - tiba. Kain kat kampung tu saya beli untuk semua orang di kampung. Dah suruh mereka pilih. Kain - kain tu tak semestinya untuk saya sahaja. Cepat - cepat ajak Shiela keluar dari Kamdar. Masuk kereta, terus kata, nak makan kek carrot.
Sambungan dari atas, Shiela kata dia pun baru kena marah dengan mak dia. Pasal yang sama. Huhuhu. Bertambah sedih la jadinya. Shiela kata dia nak order banana split. Nak makan ice cream. Inilah hasilnya. Makan dengan sedih. Kesian kami hari itu.
Secret Recipe Bandar Kuantan. (berhadapan pusat Dewan Belia, dekat dengan Pejabat Celcom)
Our new CEO melangsungkan perkahwinan anak perempuannya di Karak Setia. Ajak Shiela dan Kak Za naik kereta sama tapi saya bawak jalan - jalan Raub dahulu. Tapi Kak Za tak dapat ikut. Pagi Sabtu, gerak ke Raub tapi terpaksa singgah Jengka dulu.
Kemudian, terus ke Raub. Sampai Raub, lunch d umah kakak. Kemudian ajak Shiela balik kampung kat sana. Excited sebab dah lama tak balik. Bawa Shiela pergi Lata Jarum. Takut juga bila drive sendiri ke Lata Jarum. Yelah, sebijik kereta pun tak berselisih kat atas bukit (or hutan tu).
Gambar air sungai di Lata. Shiela suka. Aku pun suka. Ada plan nanti nak duduk chalet dekat air terjun ni. Mesti bawa Kak Za juga.
Air Terjun Lata Jarum dan Pusat Rekreasi Pulau Chekas, Ulu Dong, Raub
Support adik Bos Shiela dengan beli kek pelangi ni. Dia kata kek ni tak menjadi jadi dia jual separuh harga. Ada 6 tingkat sebenarnya. Kongsi dengan Kak Zimah. Aku beli tiga tingkat, Kak Zimah beli tiga tingkat. Settle. Aku rasa sedap yang amat dah.
Satu lagi gambar air sungai. Lepas pergi lata Jarum, mulalah menuruni bukit dan singgah kat Pulau Chekas. Pulai Chekas ni pusat rekreasi juga. Ada air terjun juga tapi kecil. Alir sungai yang sama dengan Lata Jarum. Kat sini meriah. Tak turun pun ke sungai. Lepak minum cendol. Makcik empunya gerai tegur,
Makcik: Gaya macam kas kena aok ni? (gaya seperti saya kenal awak ini?)
Saya: Arwah abah saya orang sini.
Makcik: Aok anok sape? (Awak ni anak siapa?)
Saya: Anak Arwah Pak Njang Teh Sungai Retang.
Makcik: Teh Puthang? (Teh Puthang, ni nama panggilan arwah abah saya di kampung kelahirannya. Saya juga lahir di kampung ni)
Saya: Iya. Betullah tu
.
Makcik: Yassssssss, bukan org lain laaaaa kite nih! Puok belake. (Ohhhhhhh, bukan la orang lain kita ni. Sedara - mara)
Saya sengih. Memang tak tahu siapa dia. Dalam hati fikir nak kata apa ni.
Mak kepada Makcik Kedai: Kena panggil wan la ke kas ni. (Awak kena panggil saya nenek la)
Saya: Minta maaf la wan, saya tak kenal. (wan = nenek).
Mak kepada Makcik Kedai: Tak nyedeh la weh. Nok buak guanenye wok. (Tak ada hal la awak. Nak buat mcm mana)
Dapat cendol, rasa syukur sangat. Sedap perpaleh!
Perpaleh = sangat2/ Yang amat.
Lepas tu adalah orang tua - tua kampung. Makcik gerai pun perkenalkan aku ni kat orang kampung. Oh, meriah la jadinya.
Lupa nak bagitahu, bila baca dialog makcik gerai dan mak kepada makcik gerai, sila baca dengan dengung dan harkat yang betul ye. Tak tahu? Gi praktis dengan orang Ulu Dong, Raub. Sekian!
Ini cerita terbaru. Permulaan cuti sekolah baru - baru ni. Malam Jumaat, 22 Mac 2013. Lepas dinner, moksu punch in jadi cekgu kat rumah. Semua anak buah dikerah buat kerja sekolah. Dorang baru pas exam, jadi memang tak de kerja sekolah. Untung budak - budak zaman sekarang. Anak along tiga orang.
Yang sulung: Tingkatan 4. Budak Sester. Dah sampai dari Terengganu Malam Khamis (21 Mac) jam 12 malam. Dia duk main komputer. Yelah, kat asrama takde. Dia kata dia ada kerja Microsoft Excel. Saya suh dia buat dulu.
Yang kedua (Angah): Tahun 6. Tahun ni UPSR. Saya suruh dia ambil buku matematik. Dia keluarkan buku past year exam. Saya suh dia buat. Yang ni kena tarik duduk sebelah saya. Kalau tak, dia makan atau dia tidur!
Yang ketiga: Tahun 4. Yang ni bongsu jadi suka main - main. Saya suruh dia ambil buku dia, kata jap nak tengok tv.
Jadi tiga per lapar diatas tu siapa punya kerja?
Jawapannya si angah. Aduyai, gelak guling - guling saya dibuatnya. Kesahnya begini:
Dia dah buat sampai soalan 10, dia dah start guling - guling baring sebelah saya. Saya tarik dia, dia buat lagi. Tiba - tiba yang sulung (abang dia) datang. Minta tolong ajar Excel. Sambil mengajar si abang, dia dah bangun. Tak lama lepas tu saya tengok dia makan di meja makan.
Adalah dalam sepuluh minit, abang dia pula tiba - tiba kata lapar. Dia pula pergi makan. Kemudian, saya capai la buku matematik tadi. Check la sekejap hasil kerja si Angah. Soalan no 2 dia jawab 3/8. Saya garis perkataan perkataan seperti dalam gambar. Jerit panggil dia.
Bila dia datang dekat saya, saya hulur buku. Suruh dia baca semula soalan. Dia pun bila dah sedar kesilapan, mulalah ambil pensil dan menulis jawapan. Kemudian, terus tutup buku tu dan berlalu ke depan tv.
Bila dah habis ajar si abang dalam sejam kemudian, saya pun buatlah semakan sekali lagi. Apa? Tiga per lapar? Kau lapar lagi Angah?
Dah, jadilah sesi gelak sakan. Abang dia lagi over! Moksu dia terkawal sikit. Hahahahaha.
Ni kak Za bawa dari kampung. Lauk kenduri. Sedap sangat.
Hari sabtu minggu cuti sekolah tu (23 Mac) saya pergi KL. Ikut abang saya ambil stok. I kan giler handbag, kat tempat abang amik stok barang dia kemain banyak handbag. Murah - murah lak tu. Rasa nak beli semua. Hamboi!
Malam tu sebab ramai orang kat rumah, si Angah dan si Adik request minta buatkan lagi donut seperti yang saya buat malam 20 Mac tu (malam saya sampai untuk urusan kerja di kampung. Ye dapat outstation di kampung halaman, gituh).
Okay, saya bancuhkan, dorang mengecop. Buat sama - sama dengan sepupu dorang. Dapatlah dalam 45 biji hari tu. Adunan donut ni tak perlu tunggu lama. Jadi dapat setalam macam ni, saya akan gantikan dengan talam lain untuk dorang dan saya cepat - cepat menggoreng. Goreng jangan sampai hangus sebab nak buat frozen je untuk sarapan pagi.
Tapi dorang jenis tak sabar juga. Akhirnya adalah saya goreng ranggup beberapa ketul bagi dorang yang nak makan terus. Tak mahu tunggu esok.
Oh ya, kena goreng juga untuk nenek saya yang gayanya gemarkan donut buatan cucu dan cicitnya ini walaupun sepanjang saya mengoreng, dia duk tanya, ni rumah sapa, kau ni sapa. Begitulah. Nenek saya dah tua. Ikut IC umur dia 87 tahun tapi dia kata tahun 1926 dia dah besar. Padahal dalam IC tahun itulah dia lahir. Agaknya dah hampir 100 tahun umurnya. Nenek saya sihat lagi. Cuma lupa sahaja. Dia masih ingat solat. Kami bersyukur.
Tengok tv Al - Hijrah dengan Kak Za disuatu malam. Cerita Negeri 5 Menara. Kisah budak - budak kena paksa masuk sekolah. Tengok sampai habis. Menangis bagai. Waduh, emosi!
Baru - baru ni pergi bookstore, Kak Za tunjuk buku ni. Terus ambil dan bayar. Memang kisah yang best. Banyak nasihat. Yelah, cerita sekolah agama kot. Ulang baca hari - hari. Kisah perjuangan, persahabatan dan kenakalan dan Azam. Ada satu lagi buku yang begini. Karya penulis kegemaran saya iaitu Hlovate. Tunas.
Hari tu kami makan di Monrod. Menu kat monrod ni boleh kata saya dah cuma banyak. Hari tu terasa tak nak makan nasi. Jadi ambil Spagetti. Sedap sangat. Monrod, memang kedai kesukaan saya.
Monrod, Jalan Besar, Kuantan.
Okay, tu kisahnya. Nanti saya sambung lagi.
Saya masih menunggu pelajar menghantar assignment. Petang nanti saya nak hantar carrymark. Humang ai! Next week dorang exam.
See u.
Wish me luck.
Assalamulaikum...
saya seronok baca =D
ReplyDelete