Sunday, July 21, 2013

Perubahan Lalulintas di Bandar Kuantan



Asaalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh...

Salam Ramadhan. Hari ini sudah 13 hari kita berpuasa. Alhamdulillah, hingga ke hari ini, saya masih berpuasa. Moga - moga hingga ke hujungnya.


Last week saya balik ke kampung dan bercuti Hari Isnin dan Selasa. Saya menghantar ibu dan ibu saudara serta suami ibu saudara mengerjakan umrah di Tanah Suci. Mak naik Air Asia X. Jadi kami ke LCCT. Akhirnya hasrat mak nak berpuasa di Tanah Suci termakbul. Alhamdulillah.


Sejak beberapa minggu yang lalu, kami warga Kuantan dah sedia maklum akan perubahan lalulintas yang akan berlangsung. Tetapi baru semalam saya menjengah peta yang dilampirkan untuk meninjau beberapa perjalanan penting iaitu:


a) Perjalanan dari rumah Kubang Buaya untuk keluar dari Bandar Kuantan

b) Perjalanan dari luar Kuantan ke rumah Kubang Buaya

c) Perjalanan rumah Kubang Buaya ke lokasi tumpuan seperti ECM, Megamall dan Kuantan Parade

d) Perjalanan balik dari lokasi tumpuan tadi ke rumah Kubang Buaya.


Bagi perjalanan dari rumah Kubang Buaya untuk keluar dari Bandar Kuantan tiada sebarang perubahan cuma mesti mengekalkan laluan sebelah kiri.


Perjalanan dari luar Kuantan (seperti dr kampung halaman) berlaku sedikit perubahan iaitu perlu melalui Jalan Gambut dan masuk Jalan Beserah. Kemudian barulah masuk ke Jalan Telok Sisek menghala ke Kubang Buaya.


Perjalanan ke lokasi tumpuan:

1) ECM - perlu melalui Jalan Beserah, masuk Jalan Lim Hoe Lek, susur mengikut Petronas depan Apartment Palm Court. Perjalanan Balik boleh ikut Jalan Biasa iaitu masuk Jalan Tun Ismail kemudian Jalan Beserah dan masuk Jalan Telok Sisek.


2) Megamall - boleh ikut jalan ke ECM atau masuk Jalan Besar laluan kanan, susur ke kanan memasuki Jalan Gambut. Perjalanan balik boleh ikut Jalan Gambut atau Jalan Tun Ismail.


3) Kuantan Parade - perjalanan pergi seperti biasa, perjalanan balik sperti perjalanan balik dari luar Kuantan ke rumah Kubang Buaya.



Perubahan laluan/ lalulintas ini adalah bersifat sementara/ percubaan (katanya) bermula hari ini 22 Julai 2013 sehingga 21 Oktober 2013. Laluan yang terlibat hanya sebahagian jalan sahaja iaitu :-

(1) Jalan Penjara

(2) Jalan Tun Ismail

(3) Jalan Beserah
(4) Jalan Teluk Sisek
(5) Jalan Besar
(6) Jalan Gambut
(7) Jalan Merdeka
(8) Jalan Wong Ah Jang

Bagi saya, tiada masalah besar sangat cuma saya mesti berhati - hati apabila mahu mohon laluan atau menukar lane (laluan). Tak mengapalah. Kita cuba dan lihat dulu bagaimana. InsyaAllah dalam waktu terdekat ini akan cuba melalui jalan - jalan yang telah berubah haluan itu.


Mengapa lokasi tumpuan saya semuanya shopping complexes? Aduhai cik kakak cik abang, tentulah mencari perbagai keperluan untuk hari raya. Dalam minggu ini saya mahu ke Bakemake berhadapan Megamall untuk membeli keperluan untuk membuat kuih raya jadi mungkin saya perlu melalui jalan - jalan yang dinyatakan diatas.


Lagipula, selain shopping complexes, mana lagi tumpuan warga Kuantan? Tak begitu?


Ini map perubahan jalan yang saya ambil dari fanpage Kuantan.







Tada... pening sekejap masa lihat peta ini pada mulanya. Yelah I kan pompuan. Women and map have been proven (by academiccally research) to not to be inserted in the same sentence. Kan?


Okaylah. Jujur saya kata saya mengantuk. Jadi saya nak marking tests. See u then, peeps.

No comments:

Post a Comment