Sunday, November 29, 2015

Adult Coloring Books

Assalamualaikum.

Hari tu I lihat di Instagram seorang pelajar PhD yang sekarang di NZ. Adalah sis ni upload hasil dia mewarna dan waktu itu juga I dah terasa nak cuba hobi begini. Tetapi sebab sibuk sangat, I sampai lupa. Lately, jumpa dalam internet tentang perkara ini dan terasa la pula nak mulakan perkara ni semula.

Buku Mewarna untuk orang dewasa dilukis dengan perspective yang pelbagai dan penuh perincian. Sesuai la dengan umur kan? Dan melalui kajian dikatakan dengan penumpuan mewarna begini boleh mengurangkan tekanan, mengurangkan ketakutan, dan boleh digunakan sebagai alat bantuan bagi yang susah tidur.

I bukanlah berseni orangnya. Tetapi main color2 ni seronok juga kan? Korang dah cuba?


Boleh dapatkan di Kinokuniya dan beberapa outlets lain. Gambar atas ni adalah display di Kinokuniya.






Trend mewarna begini sudah terkenal di luar negara terutamanya UK.

I rasa kita patut cuba. sambil - sambil terbayang zaman kanak - kanak kan? Ataupun for mommies yang ada anak - anak kecil tu, boleh la lakukan aktiviti mewarna ini bersama - sama anak - anak kan?

The Star pon pernah cover issue ni. Boleh klik sini untuk bacaan lanjut.

I nak ke KL. Ada urusan rasmi di UTM Jalan Semara esok dan lusa. Jika ada keberanian dan ada kawan boleh teman, nak juga ke KLCC cari buku mewarna yang dihajati. Jika tiada keberanian, nampak gayanya order online sahaja lah.

Okay, jumpa lagi.

4 comments:

  1. menarik gak kan.. tp akak jenis tak berseni tang yang ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe. saya pun kakak tak berseni. Tapi boleh cuba kan. jom jom

      Delete
  2. Bunda ni masa sekolah dulu bolehlah... tang seni lukis ni boleh katakan dapat A selalu... tapi tu lah ..tak dikembangkan...takat sekerat jalan jer....huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhhh terror lah bunda. Saya tak pandai seni ni. Sekolah rendah dulu selalu tak hantar tugasan. Sekolah menengah tak ambil pula subjek tu tetapi kalau main warna - warna boleh kot. hehehe.

      Delete