Tuesday, November 24, 2015

To Be Rich Seminar

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Semoga kita semua dalam keadaan sihat walafiat sentiasa hendak-Nya.

Alhamdulillah ada masa senggang beberapa hari ini setelah sibuk dari awal tahun dan akan sibuk kembali bermula esok. Huhuhu. Bersabarlah kan. Orang yang sabar kan orang beruntung. Aamiin.

Okaylah cerita sedikit kesibukan sejak dua bulan lalu. Baru sahaja hari Khamis lepas selasai majlisnya. Alhamdulillah peserta dan pihak pengurusan nampaknya berpuas hati dan oleh itu kena plan utk majlis yang serupa tahun depan. (Pitam!!! hahaha)

Anyway, banyak sangat halangan nak buat seminar ni. Dari mencari speaker hinggalah mencari peserta hinggalah ke hari kejadian. Paling rasa teruk adalah, jangankan nampak encik bos, nampak keretanya pon dah rasa nak pergi kampus lain. 

Dua hari sebelum majlis, apa yang difikirkan sejak beberapa minggu menjadi kenyataan. I was like... Apakah? Nak bantah dah tak terbantah. Apakan daya dalam keadaan yang tidak sihat, I terima juga tugas baru itu.

Sebenarnya seminggu sebelum event, I ditugaskan ke UTM Jalan Semarak. Ada tugas rasmi. Dalam tempoh 42 jam dari masa bertolak hinggalah ke masa sampai semula di rumah Kuantan, I hanya sempat tidur plus minus 4 jam sahaja. Penat berganda - ganda. Kan hari tu tanah runtuh di Lentang, kami terpaksa ikut jalan jauh nak balik Kuantan. Mujurlah semuanya selamat. Dan keesokan harinya I diserang demam panas dan batuk - batuk. 

Bila I batuk - batuk, tentulah tugas sebagai Pengacara Majlis yang diberikan kepada I dua hari sebelum seminar amatlah I tak setuju. I bimbang I tak dapat mengacara dengan baik. Batuk - batuk I kali ini memang serius. Do you feel me? sebenarnya sampai sekarang masih belum pulih batuk - batuk I ni.

Sehari sebelum majlis I merajuk dengan my bos. I merajuk sebab bos tak bantu I pon. Bos utamakan orang lain. I mintak dengan bos salutation note, akhirnya I buat sendiri. I mintak bos check my text, bos tak layan. I mintak pairing partner sebab dalam our team tu ada juga another emcee. Emcee convo lagi. Tapi bos tak layan. Itu sebab I terasa hati. Silly me! Tapi nak buat macam mana kan? Akhirnya I tolerate la juga. 

Okaylah, mengacara majlis dalam keadaan batuk amatlah tidak selesa. Berkali - kali I berdeham menahan batuk. Mana nak jaga salutation, mana nak jaga diction, mana nak jaga pronunciation lagi. Skrip omputih you! BUT THEN I must say Alhamdulillah. Ianya dipermudahkan.

So now mai layan gambar

Poster


Secretariat Tag

Dalam bilik operasi. Kawan - kawan gigih print sijil, I bergambar sekejap

Selfie sambil cuba tenangkan diri sebelum majlis bermula

Kengkawan 1 team

Selfie with ex-student yang jadi peserta. Antara pelajar terawal saya. Batch tahun 2007

Bila jadi emcee, kita rebutlah peluang bergambar dgn speaker kan?

Second speaker. Handsome & Awesome. Muda belia lagi ni. 
Sekarang lega la majlis dah selesai. Tahun depan punya event kita jangan fikir lagi. Sekarang nak fikir tentang pendaftaran pelajar baru, pendaftaran pelajar menyambung, proses pendaftaran, ISO preparations, semester baru bermula, kemaskini teaching portfolio dan macam - macam lagi. Tak mahu dah fikir tentang seminar ke conference ke buat sementara waktu. Nak bernafas sikit. Nak fokus tugas hakiki sekejap.

Okaylah geng. Berhenti dulu.

May Allah bless.

4 comments:

  1. Proud of u Zura!! Congrats on your work hard!
    5 stars !!
    and also..
    tumpang bangga foto dengan that great hensem guy! wahhhh smart bangek hik hik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah kakak. Dipermudahkan.

      Which one yang great hensem guy tu kakak? hehehe..

      Delete
  2. I can feel you dear..
    Tapi boss dah tahu anak buah dia ni kuat...
    Alhamdulillah, every thing went well...
    mesti lega sgt2 bila semua dah selesai..

    OMG... ai is jeles tgk you bergambar dgn speaker tu..
    Tak aci...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Biasalah kakak dalam keadaan tak sihat, mudah je emo nak merajuk bagai kan?

      Invite la dia bg talk kat tempat sis. Boleh nanti bergambar. both of them sangat la mesra. Tak kisah pun kita nak bergambar banyak kali. Tetap la senyum lebar.

      Delete