Tuesday, December 22, 2015

Kampung Kelahiran saya

Assalamualaikum.

Pasal kampung kelahiran pun I nak blog kan? Hahahaha. Pedulik kan.

Okay. I dilahirkan di Raub Pahang ketika musim buah di rumah lama mak saudara I. Parents I sebenarnya balik kampung utk raikan musim buah - buahan tup tup bonda I bersalinkan I. Jadi antara adik beradik I, I lah selalu diingat orang yang mana lahirnya di Empau, Lahirnya kecik sangat2, Dan nyaris2 bidannya arwah abah I.

Disebabkan family I duduk di Jerantut dan tahap ekonomi parents I dulu tak okay sangat, kami jarang2 dapat pulang ke kampung. Sesekali balik, pasti jadi jakun benar dengan kampung. Tetapi walaupun jakun, I paling suka dapat balik ke kampung. Dulu masa I kecil2, I suka berjalan kaki round seluruh kampung sorang2. Dan orang kampung masa tu ramah. Bila I sebut nama arwah abah semua layan I baik - baik. Adalah yang ajak makan, ajak bermain. Ada juga disuruh anak mereka atau cucu mereka jaga I seadanya. Dan arwah abah I akan sentiasa tahu lokasi anak2nya bila balik kampung. 

Pernah arwah abah I mintak kami tunggu durian. Jauh dari rumah yang kami selalu singgah kalau balik kampung. Tetapi lokasinya dekat dengan rumah atok saudara I dan ianya di tepi jalan utama kampung kecil. Agak sunyi juga sebenarnya tetapi pagi - pagi arwah abah lepaskan je kitorang (I dan kakak) jalan kaki ke tempat menunggu durian yg arwah abah dah siapkan. Jauh tetapi i seronok dan rasa selamat sbb yelah budak2 kampung masa tu baik2 dan cepat sahaja identiti kami tersebar dan Alhamdulillah kami dijaga baik dek orang kampung.

Kalau baca entry I terdahulu pernah I masukkan tentang tempat yang I nak pergi bercuti tahun 2016 nanti. Dan salah satunya adalah kampung I di Raub ni. Sebab apa, dah lama sangat I tak balik. Dah lama sangat I rindu nak repeat suasana zaman kecil I tu. Sejak arwah abah meninggal, kalaupun balik ke kampung, kami cuma balik hari sahaja. Tak sempat nak explore lebih - lebih,

Okaylah tulis panjang - panjang tak syok kan.

Baru - baru ni I berkesempatan balik. Tapi again sekejap sahaja. Balik setengah hari sahaja. Terkilan tu tetap ada tetapi I berasional sahaja. 

Balik baru - baru ini sempat la ziarah sebentar keluarga di sana. Dan dapat ke sungai sekejap. Layan la gambar tak seberapa ye.


Hahahha, Dimulai dengan tuan tanah dan cucu bonda si sepet kesembilan. hehehe. Lama tak jumpa anak saudara ni. Si debab. Mula - mula tak nak kat I, tapi lama - lama okay je. 



Cucu bonda si sepet enam, sepet ketujuh, sepet kelapan bersama ayah mereka. Letih nak mengajak balik.  


Yang kecil tu sampai menggigil - gigil tapi tetap la tak mahu naik - naik.






Di rumah saudara jauh kami setelah penat bermandi manda di sungai.



Buah bacang/macang. Besar - besar saiznya.



Kami sempat ke Air Terjun Pulau Chekas sahaja. Di kampung kelahiran I ada beberapa lagi tempat untuk mandi air terjun. Antaranya Lata Jarum. Dan disebabkan popularnya lokasi sungai ini sepanjang Pulau Chekas ke Lata Jarum, terdapat banyak chalets - chalets dan resorts dibina orang kampung mahupun pihak korporat antaranya Tanah Aina Fahad, Sg Chemerkau resorts, Lubuk Semak dan lain - lain. Alur sungainya berbatu - batu besar dan air terjunnya memang cantik. 

Tetapi I yang asal sekitar kampung berhampiran, kami sebenarnya tahu lagi beberapa spot penting terutamanya di empangan lama Empau di kampung Cherlang. Cuma sebab balik setengah hari, Dan tak sempat langsung nak masuk kampung cherlang yakni kampung kelahiran I itu.

In shaa Allah, Nanti I plan cuti lagi. Cuti lama sikit dan cari peluang balik kampung lagi, 

Okaylah geng, got class. See you later.
Assalamualaikum.

2 comments:

  1. seronoknya tgk air2 sungai tu.. tapi now jadi kena hati2kan.. sebab cerita kepala air tu.. sampai ada yg lemas... apa2 pun akak suka dgn kampung..

    Wak, u buat hati akak berdetap tadi.. tgk2 ada nama Fahad.. tetiba teringat arwah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kakak, maaf banyak2 ye. Tak berniat. Kebetulan sama. Kakak... Sorry sgt ye.

      Delete