Apa khabar semua? Oh hari ini dah mula semester baru, I masih kelam kelibut lagi. Tak ready sebenarnya. Jangan ingat students je yang susah nak adjust mood ke kuliah, lecturer pun sama sahaja. Lagi kalut I rasa berbanding students sebab the responsibility tu memang la berat kan?
Anyway, Jumaat malam baru - baru ni Miss Housemate (MH) ajak jenjalan ikut our friends yang nak membeli belah di Tangkak keesokkan harinya. I pon memang nak sangat jalan - jalan sebab mood nak mula semester tak datang - datang kan. So bersetujulah I.
Actually jauh juga nak ke Tangkak. Dari Kuantan lebih kurang 3 jam 30 minit lebih. Tapi pedulik hapa kan, janji dapat berjalan. Hahaha. Nampak tak kebosanan disitu? Desperate nak jenjalan!! Hahahaha.
Anyway, Alhamdulillah hari panas sepanjang perjalanan. Laluan tidak terlalu sibuk. Sampai di Tangkak kami layan shopping. Mula - mula ada jugalah terberkenan kain pasang persis corak batik sarawak tetapi bila diamati, ada motif dengan corak tanda yang tidak elok. Tanda huruf t. Faham kan? Jadi tak jadi lah I nak ambil. Kemudian ada corak kain sulam. Cuma padanan warna yang tidak menarik. Bila I minta tukar, tak boleh pula. Jadi sudahnya I tak membeli pon walau sepasang. Kawan - kawan I dapat berpasang - pasang juga. Tak kisahlah kan.
Dalam perjalanan pergi ke Tangkak, my friend kata kalau cuaca baik nanti kita singgah Gunung Ledang. Wow, I dan MH dan menjerit seronok. Bukan apa, dua - dua tak pernah sampai. Tapi expectation kitorang terlalu tinggi. I was expecting boleh sampai di kaki gunung. Dan paling penting boleh ambil gambar berlatar belakangkan gunung. But then, tak ada pun, Maybe kitorang tak tahu tempatnya. Anyway, kami sempat la juga ke lokasi Air Terjun Gunung Ledang dan ke Resort Gunung Ledang. Disitu, aktivitinya tiada lain, bergambar sahaja dan dapatkan info sedikit mengenai resort.
Okay, marilah tengok gambar ye. Ini dari my iphone n tab sahaja. Dari camera berresolusi tinggi, belum dapat gambarnya dari kawan I.
Didahului dengan muka tembam tuan tanah dan MH
Nampak tak tu, Gunung Ledang diliputi kabus
MH memang bergaya kalau bergambar
Chalets
Tuan tanah aka ML sedang mencuba berposing yang menampakkan kurus
Silalah membaca
Lagi aksi MH and our friend.
Mereka lagi.
okaylah. Stop dulu. Nak mengejar kelas ni.
MH dah mula cuti seminggu. Next week dia kerja tiga hari lepas tu cuti lagi sampai awal tahun. Daku bakalan rindu. Daku yang kejelesan. Apatah lagi plan nak jenjalan utara naik kereta api terpaksa ditangguh ke tahun depan.
o my sis, syoknye tgk your kind of holiday. back to nature gitu. :)
ReplyDelete