Tuesday, January 5, 2016

Yay Dah Dapat Kalendar Baru

Assalamualaikum.

Selamat Tahun Baru geng. Selamat kembali ke sekolah. Nanti kita cerita tentang anak - anak sekolah ye. Ni nak cerita tentang kalendar opis yang baru dapat hari ini.

Setiap tahun, I mesti tunggu kalendar yang mana ehsan dari parent company. Benda free siapa yang tak suka kan?

Setiap tahun dapat kalendar dengan tema yang berbeza - beza. Secara tak langsung banyak info berguna diperolehi. Tema tahun 2014 ialah Perahu (lebih buat saya suka, ia menggunakan kertas yang telah dikitar semula). Pelbagai jenis perabu dipamerkan dan info berkenaan dinyatakan disetiap muka surat belakang helaian kalendar. Tahun 2015 temanya pula tanaman herba. Pun menarik sangat. Dannnn tahun 2016 ini pula temanya.......

Kita tengok gambar ye:


Inilah temanya. Mengimbau kenangan kan?  Mai kita tengok jenis - jenis permainan yang dipilih.



Menyorok belakang rumah, dalam reban ayam, dalam ladang sawit, dalam semak, bawah rumah semua pernah. lepas tu alter sikit. instead of seorang mencari, ramai menyorok kami tukar jadi, seorang menyorok ramai mencari. oh ya, menyorok dalam rumah kat dapur sambil makan - makan pun pernah. hahaha



Fuh, letih nak melompat 'rumah' orang.




Ni I mengaku I terror. Lawan lak ngan bebudak lelaki. Aduhai...



Tuju guli. lepas tu kalau menang puas nak menjawab dengan bonda n abah sebab dorang nak tahu punca bawa balik guli banyak. Lepas tu kena pulangkan balik kat tuan guli.



Ini permainan budak lelaki. I tak pandai sangat main. Tapi jiran I dulu siap ada mesin buat gasing lagi. Lepas tu boleh tengok pakcik2 main. 



Apa eh lagu game ni. Jan jan jala itik, sapa ... ala tak ingat.



Baling tin dengan selipar.



Ini pun sebenarnya game yang dipelopori oleh budak lelaki tetapi I pandai jugak main ni.



Ini memang game yang keperempuanan. I panggil Nenek - nenek si bongkok tiga



Ini paling best. Dapat yang jenis ganas, kot berbirat badan dek selipar.



Tuju Getah atas para. lepas tu boleh menang semua getah kalau kita tuju semua jatuh. Fuhhhh boleh la jadi taukeh getah gelang jap.

Amacam? Game mana paling korang ingat?

Itulah aja. Thanks to YP yang setiap tahun ingat kat staff anak syarikat YP ni. 
Jumpa lagi geng
Assalamualaikum. Enjoy life, people.

3 comments:

  1. Almost all the games peberet akak masa kecik....
    Main pulak dgn abang2 dan adik lelaki.... so semua game lelaki tu mmg teror laaa.... hahaha
    Tapi yg akak paling suka baling selipar... Lompat getah tak berapa teror sbb masa kecik akak jenis tubuh yg kecik molek... jenuh nak lompat tinggi2....

    ReplyDelete
  2. Mainan dulu2...zaman anak2 bunda kecik2 dulu...sekarang ni jarang dah kot...dok hadap game gadget jerlah..

    ReplyDelete
  3. lompat getah dgn ting - ting. superbbbb..

    ReplyDelete