Thursday, August 21, 2014

Moga dpermudah segala urusan... MH 17

SubhanAllah. Maha Suci Allah. Maha segala perancang dan pemberi nikmat.

Alhamdulillah. Hari ini pulangnya sebahagian mangsa tragedi MH 17 ke tanahair. Sebak dan hiba sekali.

Walaupun mereka pada dasarnya tidak saya kenali langsung tetapi entah kenapa ada sesuatu yang menyebabkan rasa hiba dan sedih ini sukar hendak saya buangkan. Malam tadi, tidur tidak lena. Risau memikirkan segala kemungkinan. Saya fikir, orang lain juga sama halnya dengan saya, bukan?

Teringat kata – kata seorang ustaz. Urusan mereka yang telah pergi itu telahpun selesai. Usah ditangisi pemergian mereka. Benar, tetapi sebak dan hiba saya ini jatuh pada ahli keluarga yang ditinggalkan. Moga mereka semua diberi kekuatan meneruskan hidup. Mereka mereka diberi kekuatan untuk menerima keadaan ini. Merekalah insan – insan tabah. Berkuatlah semua. Urusan kita belum selesai lagi.

Kepulangan telah sebulan tertangguh…

Ya Allah,
Ampunilah dosa – dosa mereka. Tempatkan roh mereka dikalangan roh – roh orang yang beriman. Tabahkan lah hati dan tetapkanlah iman ahli – ahli keluarga mereka. Permudahkanlah urusan mereka. Rahmatilah roh – roh mereka.


SubhanAllah. Sebak berkumpul lagi dalam hati saya. I lost my words. Marilah kita sedekahkan Al – Fatihah buat mereka. May Allah bless.  

Sunday, August 17, 2014

Dah dekat 19 tahun tak jumpa

Assalamualaikum dan Salam sejahtera.
Apa khabar? Moga - moga dalam keadaan yang sihat walafiat dan dirahmati Allah hendaknya.

Al kisahnya, last week hari Rabu, setelah balik dari kelas, I pon meneliti handphone yang  I tinggalkan di pejabat. Sekali terkejut bukan kepalang I bila lihat notification kat Whatsapp dah cecah 100 plus. Terkejut punya pasal, I pon check la siapa yang duk message bebanyak kan? Normally whatsapp groups yang ada tidaklah seagressif mana pon.

Bila terpandang satu whatsapp group baru bernama 6 Bijak, I terkasima sekejap. Tak tahu nak bereaksi. I terkejut dan terharu. I baca dari atas. Satu persatu mesej dengan id masing - masing. Dan I tahu, ini memang sesuatu yang tidak terjangka. I rasa sangat - sangat terharu.

Terharu sebab:

1. 6 Bijak adalah nama kelas I semasa di darjah 6 ketika di Sekolah Rendah.
2. Memang dah lama I berhasrat nak kumpulkan kembali kawan - kawan sekolah rendah ni.
3. Dah terlalu lama tidak berjumpa dengan kawan - kawan 6 Bijak.
4. Ada dikalangan ahli 6 Bijak yang I tak pernah jumpa dah selepas sekolah rendah.
5. Terharu sebab berjaya juga admin cari rakan - rakan kami.

SubhanAllah. Itulah mesej pertama dari I. Sebab I benar - benar terharu dan benarlah ini kuasa Allah yang menggerakkan hati admin dan beberapa rakan - rakan lain untuk kumpulkan hampir ke semua ahli 6 Bijak. iya, kengkawan, dah 19 tahun kami tinggalkan sekolah rendah.

Bila dah bertemu di whatsapp, jadi apalagi, keluarlah cerita zaman tok kaduk kan? Sepanjang hari itu I memang happy betul. Terbayang - bayang kenakalan kami dahulu. Antaranya:

1. Adalah yang duk cari balik scandal zaman sekolah rendah. Mulalah mengusik sahaja.
2. Lepas UPSR, lawan main bola jaring antara lelaki dan perempuan boleh kata hari - hari. Lepas tu ada peristiwa kawan I tergeliat kaki time main bola jaring tu. Menggelabah kami semua.
3. Terbayang - bayang pula waktu kena marah/ kena denda dengan cikgu2.
4. Terbayang - bayang budak - budak  lelaki duk mengenakan budak perempuan time kelas malam.
4. bila dah berjumpa nie, mulalah mengimbau zaman - zaman study time nak UPSR dan lain - lain.

Memang  I tak berenggang aje dengan phone bila ada masa lapang. Asyiklah tersenyum - senyum baca whatsapp messages. Alahai.

Iya, zaman kanak - kanak adalah zaman yang terindah.

Next projects: Reunion dan cari balik cikgu - cikgu kami semua. Moga - moga dipermudahkan.


Inilah gambar kelas 6 Bijak tahun 1995. Tengoklah muka - muka kami dalam ni. Suci murni kan?
 Yang mana 1 I? huhuhu. I berdiri di barisan tengah. Carilah kalau you boleh jumpa. Dan kami sedang dalam proses mencari guru kelas kami nie. Namanya Teacher Hor Suet Fun. Dah google dan terjumpa 1 link. Tapi not sure itu teacher yang di cari atau bukan. 


Yang paling depan tu (yang paling besar dan tinggi) adalah ketua pengawas kami merangkap jiran I. Yang pakai tie merah tu masih belum kami dapat cari no. phonenya. Nama dia Azmi. Seingat I kali terakhir I jumpa dia adalah ketika lepas SPM kot. Sebelum tu, jumpa masa Tingkatan 5 semasa Pesta Pantun Peringkat Negeri Pahang. I wakil daerah Lipis dan dia wakil daerah Jerantut. I dengar dia lepas SPM tu buat Diploma Sains. 


Ni satu lagi gambar rare. Waktu ni kami darjah 4. 4 Hijau kalau tak silap. Memang muka suci murni comel2 belaka kan? Ni masa kelas Muzik dengan cikgu Zulkarnain. Budak lelaki yang duduk paling kanan namanya Helmi. Dah meninggal dunia ketika kami tingkatan dua. Arwah mengidap kanser tulang.


Ni pulak gegirl kelas 6 Bijak. Humang I, pendeknya tudung waktu nie. Ni kira among my bff la zaman sekolah rendah.



Ni pon gegirl. Dalam gambar ni I cuma kenal empat orang je. Yang berbaju biru dua orang tu, yang berdiri dua dari kanan dan yang duduk paling kanan. Yang lain, serious I tak dapat nak cam lagi,


Inilah sebahagian guru - guru SKSR tahun 1995. Yang berdiri paling kiri di barisan belakang adalah Arwah Cikgu Khaidir. Arwah guru kelas darjah 4 dan darjah 5 kami. Arwah guru matematik paling terbaik I pernah ada. I sampai sekarang implement cara menghafal sifir yang diajarnya. Memang berkesan.

Yang berdiri no 4 barisan belakang dari kanan namanya cikgu Ridzuan. Juga cikgu matematik. Cikgu matematik masa darjah 6. Cikgu matematik yang terbaik juga yang I pernah belajar. Batch kami dulu adalah yang terbaik dalam matematik. Sampai pernah satu ketika adalah seorang pelajar bar masuk sekolah menengah I. Dia dari sekolah di Jerantut yang mana memang ramai la kengkawan I lepas UPSR tu masuk sekolah dia. Dan bila I cakap I dr sksr, terus dia recall, awak mesti terror matematik. I terkejut juga mulanya. Tapi dia bagi tahu kalau kat sekolah lama dia, terutama batch kami memang yang dapat markah matematik paling tinggi adalah dari SKSR. Apa jua, terima kasih kepada guru - guru kami.

Barisan belakang No 5 dari kanan, adalah cikgu paking garang di sekolah. Namanya cikgu Zainuddin.  Guru Bahasa Melayu. Tetapi seingat I Cikgu Zainuddin hanya mengajar kami ketika kelas malam sahaja. Sebab seingat I juga yang mengajar Bahasa Melayu adalah cikgu Khairman. 

Selaim itu guru kelas kami tentulah teacher Hor. Guru Bahasa Inggeris yang sporting habis. Di sebelah kanan teacher Hor adalah guru baru. Sungguh I tak ingat namanya tetapi banyak jasanya dalam membimbing pasukan bola jaring yang mana I salah seorang pemainnya. I dulu main di bahagian sayap. Sama ada WA atau WD.. Tetapi pernah juga jadi GD. I dulu aktif main sukan terutamanya bola jaring nie. Pernahlah wakil sekolah banyak kali. I dah dilatih dek kakak I since darjah 2 sebab kakak I dulu memang pemain sekolah dan pernah wakil Pahang lagi. Jadi nak tak nak, bila nak berlatih dia akan ajak I. Posisi dia GA. Jadi memang dialah yang latih I jadi GK, GD, WA dan WD. Dolu - dolu bila menang je tournament, cikgu nilah yang rajin sangat melayan kehendak kami semua. Selalu sangat cikgu belanja KFC. Kadang - kadang cikgu selalu umpan awal - awal, kalau dapat Johan atau Naib Johan, cikgu akan belanja makan. Seronok sangat rasanya waktu tu.

Guru besar waktu ni namanya Cikgu Ali. 

Okaylah, I tutup dulu kisah nie. 

Al Fatihah buat rakan - rakan dan guru - guru kita semua. Semoga roh mereka ditempatkan dikalangan roh - roh orang yang beriman. Amin.


Till we meet again dan moga kami bertemu di depan mata dengan rakan - rakan 6 Bijak yang lain. 

Monday, August 11, 2014

LAMAN BONDA SAYA 5 (Versi Pokok Puding)

Assalamualaikum.

Sihat kengkawan?

Me alhamdulillah. Biasalah bila dh balik ke opis semula, adalah rasa tak seronok sikit kan. hehehe. Apapun nt I update tentang raya di kampung ye. Masih belum dapat lagi gambar - gambar dari camera angah I.

So, Alhamdulillah juga benih kacang panjang merah mendapat sambutan. Dah buat pun 1st delivery tadi. In shaa Allah, esok akan buat second delivery dan Rabu buat another delivery. Maaf ye jika ada buat silap atau lambat response maklumlah acik Laura ni baru 1st time nak meniaga online.

Kali ni saya nak share kegemaran bonda aka mak I tentang pokok puding pula. Pokok puding ni kira authentic. Tak lapuk dek zaman. Dan tentulah ia cantik. Di rumah kami di kampung, memang banyak juga pokok puding. Jadi sila jamu mata ye:






















korang tahu tak nama pokok - pokok puding nie? Yang I tahu cuma Puding Mangkuk dan Puding Putus Kasih je. Yang mana satu Puding Mangkuk dan Puding Putus Kasih? Sila teka okay! Hahahaha.

Kalau betul, nanti Acik Laura bagi benih Peria katak okay x?

Jumpa lagi. May Allah bless

Thursday, August 7, 2014

Al Fatihah buat Ayah Wan (Pak Wan)

Assalamualaikum.

Apa khabar semua. Saya sihat - sihat aje.
Kesibukan sedikit sebab minggu ujian sedang berlangsung. Sibuk marking juga.

Hari Selasa lepas kira - kira jam lima petang saya mendapat perkhabaran dari seorang rakan di pejabat yang lagi satu. Whatsapp ringkas menyatakan sebaris ayat. Terkejut dengan perkhabaran saya menarik keluhan panjang. Pelajar - pelajar saya yang sedang menjawab ujian juga pelik. Saya berkira - kira hendak memberitahu mereka atau tidak. Saya juga bimbang konsentrasi mereka terganggu.

Hinggalah hampir 10 minit saya menahan sendu, mereka bertanya dan juga mendapat berita. Riak wajah mereka sungguh sedih. Dalam keadaan emosi, saya menenangkan. Jawab dahulu ujian dan nanti kita jenguk.

Dalam tempoh 10 minit itu, whatsapp saya tak henti bergetar. Ada yang menghantar gambar dan ada yang seperti saya iaitu tidak percaya sama sekali.

Pak Wan yang saya panggil Ayah Wan meninggal dunia apabila terjatuh dari bas yang sedang dipandunya lalu tayar bas menggilisnya. Sedih benar rasanya. Tak tertanggung. Boleh refer artikel ini:

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Lelakihancurkepaladigilistayarbas/m/mArticle

Ayah wan baik sangat. Saya kenali arwah sejak 10 tahun yang lalu. Waktu itu saya belajar lagi hinggalah saya bekerja. Arwah sedikit pendiam. Memandu dengan sangat berhemah. Disenangi para pelajar dan kakitangan.

Saya masih ingat dua kali saya berpindah rumah, dua kali jugalah Ayah Wan membantu saya seperti mengangkut almari, peti ais dengan lori. Dan kemudiannya sama -sama memunggahnya ke dalam rumah. Bla diberi upah, arwah menolaknya berkali - kali.

Ayah Wan memang ibarat ayah bagi kami di kolej ini.

Jadi, jika anda tidak kenal dirinya, jangan menulis atau berkata yang bukan - bukan. Kami masih sedih dan beliau sememangnya pemandu yang sangat berhemah dan akhlaknya sangat baik.

Mari doakan arwah Ayah Wan. Moga rohnya ditempatkan dikalangan roh - roh orang beriman.

Sekian...



Tuesday, July 22, 2014

Dah nak raya....

Assalamualaikum semua.
Harapnya semua dalam keadaan sihat walafiat hendak-Nya. Harapnya juga dipenghujung ramadhan ini kita gigih dan usaha melakukan ibadah diperhebat.


Hari ini 23 Julai. Maksudnya sudah 25 kita berpuasa. Alhamdulillah. Mudah - mudahan Ramadhan kali ini penuh makna.

Sana sini dah sibuk dengan Hari Raya. Di pejabat, sering juga kedengaran lagu - lagu raya berkumandang terutamanya dari bilik sebelah. Macam - macam lagu. Sebab ia dipasang agak kuat, kami dalam bilik enjoy jugalah.

Kemudian, bila kawan - kawan dah mula agihkan kueh raya yang ditempah. Kali ini I tempah 1 jenis sahaja sebab konon - kononnya kan semangat nak buat kueh raya bebanyak seperti dalam list kan. Hadoi! I beli almond slice aje. Jadilah. In shaa Allah, balik bercuti nanti I pulun pagi petang buat kueh raya. Kalau mampu la. Hehehe. Sebab, tentu banyak hal lain bila dah balik rumah. 

In shaa Allah, pagi - pagi Jumaat I akan memandu dengan berhemah ke kampung halaman. Doakan ye?

Hari ini dah 23 Julai. Maknanya apa? Huhuhuhu... 24 Julai itu esok. Dan 24 Julai itu birthday I! Sebenarnyakan, I lagi teruja nak menyambut birthday dari nak menyambut raya. Hmmm...

Last night, Whatsaap dengan siblings. Kemain la abang I nak bagi I cemburu. Hahaha. Memang Ngah, I jealous tau! Mula - mula Abang I si Angah, hantar gambar buah - buahan. N siap cakap tu buah - buahan dari rumah kat kampung. Huhuhu. Jealous sebab I balik ari tu, buah - buahan masih hijau lagik. Yang kedua, Angah I tayang pulak gambar karipap sayur sira pedas yang amatlah susah nak dapat kat Kuantan nie. Hahaha. Terus I mengidam nak karipap tersebut as my birthday meal.

Manggis di rumah dan rambutan jenis keembong/ Cek kembung. Entah I lupa nama sbnrnya.

Inilah rupa Karipap sayur bersira. Okay, dia sama sahaja seperti popia bersira isi sayur tu tapi sebab kulit karipap tu yang buat ia rare.


Kemudian, kakak I kata dia ada mesyuarat kat Kuantan on the 24th. So, I request la nak karipap tersebut. Tapi kakak kata, not sure leh dapatkan atau tak coz dia bertolak sebelum subuh. N maybe by the time karipap sampai ke tangan I, ia sudah tidak elok. Nak nangis you all. Hadoi! hehehe.

This birthday, as usual, In Shaa Allah I nak ke kedai buku. Beli buku untuk menandakan pertambahan umur. Untuk hadiah kepada diri sendiri. Hopefully, kesihatan memberansangkan esok dan I mampu ke bookstore.

Birthday kali ini, adalah kali ketiga I menyambutnya dalam bulan Ramadhan. Alhamdulillah. Tak ada beza pun. Dan tak adalah I mengidam nak makan kek ke hapa. Maybe sebab puasa. Mungkin akan buat small celebration kat rumah during raya sebab esok birthday I dengan anak buah I. We all berkongsi birthday yang sama. Kemudian, pada 29 Julai, ada lagi birthday anak saudara I. So In Shaa Allah, disebabkan semua adik beradik akan beraya di rumah, jadi marilah kita buat makan - makan. Kalau I rajin, nanti I bake birthday cake untuk semua. 

Hari raya is a blast. Tetapi janganlah kita lupa saudara kita di Ghazzah (Biasakan guna ejaan ini untuk Gaza sebab huruf arab tiada G). Jangan kita terlalu seronok. Bersyukurlah. Ini yang paling afdal kita lakukan. 
Tetapi ada juga beberapa keadaan I kurang selesa bila menjelang Hari Raya iaitu:

1. 
Jalan raya jammed. Tetapi perlu juga ditempuh kerana mahu membeli keperluan khususnya barangan basah. Dan jika mengunjungi sanak saudara, sangkut di jalan raya untuk tempoh yang panjang.

2. 
Bunyi mercun, meriam buluh dan bunga api tak kira siang atau malam. Seperti ada pertandingan di kampung. Bertanding, mercun siapa paling kuat. Bertanding meriam buluh siapa boleh menggegarkan. Aduhai. Sakit telinga. Lebih menyakitkan hati ia berpanjangan selama beberapa jam hinggalah ke waktu tengah malam. Lagi menyakitkan, bila dengan rumah kami bergegar dibuatnya. Kadang kala ia menganggu hendak sembahyang dan buat semua anak - anak kecil terjaga. Jiran - jiran bagaikan tidak sensitif. Lebih teruk lagi, meriam/ mercun itu sengaja di bakar dekat dengan pagar rumah kami. Naik marah, kadang - kadang terasa ingin nak sound tetapi biasanya bonda akan cool kan kami. 

Well we are not jealous as you have money to buy those mercuns but please respect people. Oh yeah, maybe they want us to feel how people at Ghazzah face rite now? Heh!

3.  Tak de da. Itu sahaja.

Dikesempatan ini, I nak memohon maaf jika I ada buat salah, menyakitkan hati, memberi tekanan dan apa - apa sahaja hal yang tidak disukai oleh korang semua. I harap kita semua beroleh kejayaan dan sentiasa bersyukur. 

To those driving home this Raya, drive carefully. Biar lambat asal selamat. Ingat pesanan I jangan main mercun.

To my students, please do not forget, rite after you come back to college, we have tests to be done. So, please study hard as my questions are always known to be very hard to answer. 

Again, 
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA. 

seronok sangat I dapat Kad Raya. 

Kita akhiri entry ini dengan gambar stok tempoyak yang di Whatsapp kan Angah I yang mana katanya, ini lebihan yang tak muat dimasukkan dalam peti ais my Bonda. Huhuhu, banyak benor kalau terpaksa my bonda terpaksa pinjam peti ais umah abang I pulak. Stok setahun kot. Apapun, I ucap Alhamdulillah.

Ni tempoyak ye tuan puan!

Okay, see u all. Happy fasting!



Wednesday, July 9, 2014

Menu Raya untuk Raya Tahun Ini

Assalamualaikum...
Apa khabar? May Allah bless.

Wah, puasa baru beberapa hari, kemain dah berangan tentang kueh raya. Hahahaha..
Nway, 15 Julai nanti cuti Nuzul Quran dan disebabkan itu I apply la cuti on Monday. Jadi dapatlah cuti 4 hari bermula Sabtu. In Shaa Allah, petang Jumaat tepat jam 4.30 petang, I akan memandu dengan berhemah ke kampung yang ku cintai.

Jadi cadangnya hendak memulakan pembuatan kueh raya. So angan - angannya begini. Tengoklah yang mana sempat.

Menu kueh raya:

1. Almond London.
Ini permintaan anak - anak saudara yang kemain suka coklat. TAPI, badam belum berbeli. Coklat masakan juga. Senang cerita bahan - bahan nak buat kueh raya ni memang belum dibeli. DAN, belum jumpa resepi coklat yang sedap. Dah banyak tahun buat tapi coklatnya susah keras. Memang kena menunggu lama. Sifu - sifu tolong bagi resepi? Pleaseeeeeeeeeee


2. German Cookies
Ini juga permintaan anak - anak saudara. Yang ni bahan utamanya adalah menggunakan Potato Flour. Yang ini seingat I dirumah memang ada stock. Tapi better check dulu due datenya kan? Ia mudah sangat. Dah tak perlu guna penerap atau sawa. Just bulat - bulatkan. Letak atas tray, tekan sikit dan basahkan sudu lepas tu tekan pada adunan. Then bakar. Siap.


3. Choc Chip Cookies
Sementelahan choc chips masih berlambak kat rumah sebab asyik beli jadi mencookies lah kita. Kira ini my specialty la. Hahaha. Anak - anak buah kemain suka sampaikan kengkawan dorang yang datang pon mesti tanya: Moksu punya coklat chip mana? Ha, begitulah. Best friend anak buah I yang ada seorang tu namanya Lokman, kalau dia datang, sebalang tu dia sorang aje abiskan. Alhamdulillah, I jumpa resepi yang mudah dan sedap. Credits to the recipe owner.


4. Kuih Kacang Mazola.
Ini pon antara biskut yang senang hendak dibuat. And I believe kat umah kampung, bahan - bahannya ada. Kot - kot xde, boleh je pergi kedai kat kampung tu.


5. Biskut Samperit aka Kuih Bintang
Ini resepi my mom. Bukan samperit susu ye. Yang ni resepi samperit turun temurun. Dan kami biasanya guna penerap bintang. Letak ceri sikit. Sebab itu anak - anak buah panggil kuih bintang. Yang ini favorite semua orang kat rumah. Dan kawan - kawan I kalo datang pon, suka biskut ni. Dan memang kena buat beberapa adunan. Sebab, kena simpankan siap - siap untuk rumah Kuantan, rumah abang I, rumah kakak I dan untuk simpanan selepas raya di rumah bonda I.


6. Kuih Lidah Buaya.
Yang ni senang sangat. Gulung - gulung bila dah letak adunan tepung + minyak. Potong kecik - kecik. Gelek. Panaskan minyak dan goreng . 


7. Eh sampai tujuh da. hahahaha...
Maybe I repeat Samperit Susu.
Sejak percubaan pertama yang katanya memang cair di mulut, jadi I rasa In shaa Allah I akan buat untuk raya. Yang buat ari tu memang dah habis ye tuan - puan. In Shaa Allah, I nak pinjam acuan samperit kakak ipar I. Nak juga buat bentuk bunga banyak kelopak tuh. Hahaha.


8. Biskut Kelapa.
Yang ini along I punya specialty. Dia memang rajin buat biskut nie. 


9. Teringin nak try rainbow cookies
Hahahaha. Terpengaruh jugak dengan FB Resepi Ringkas tu. Hadoi. Jadi meh kita try jadi ke tidak.


10. Dah sepuluh? Hadoi. Maybe I nak buat Kuih Gunting.
Sebabnya dah lama tak makan. N my kuih gunting is without udang kering coz I akan allergik segala jenis udang nie.

Okay, itu untuk Kuih Raya.


Now Menu di pagi raya pulak:

1. Kuah Lontong + Nasi Impit
Ini kira menu wajib la kat rumah. Favorite my bonda. N disebabkan ini we all selalulah kengkonon mengaku jawa. Memang ada la sikit berdarah jawa dari arwah datuk tetapi takdelah jawa mana pon kitorang nie. My bonda suka letak terung. N tempe.

Nasi impit biasanya beli yang segera aje.

2. Lemang + Rendang Ayam + Rendang Daging + Rendang rusa
Disebabkan tahun ini keluarga abang dan kakak akan beraya di rumah Bonda jadi I rasa kebarangkalian untuk masak lemang itu sangat besar. Dan rendang tu pula, kalaupun tiada lemang ia tetap akan dibuat. Dan untuk ini I rasa I akan dapat kembali watak picisan yang mana hanya jadi tukang hiris bawang, blender lada ataupun mesin kelapa sebab kan ramai orang kat rumah. Last year, disebabkan keluarga kakak dan abang beraya di rumah mentua, I dinaikkan pangkat oleh along menjadi watak utama buat rendang. Memang buku resepi tak lari dari sebelah I! hahahaa.

3. Laksa @ Mee Kari.
Ini mungkin menu sampingan yang ada.

4. Kuah Kacang.
Dah kata jawa kan? hahahaha.

Okay, untuk kek, I ingat nak bake Kek Gula Hangus dan Kek Orange aje. RV maybe tak sebab my mom particular jugak dengan cream cheese yang hendak digunapakai. 

Jadi inilah aje. Ia wishlist ye. Belum tentu dibuat.

Nway, korang bagaimana?  


BTW, mari doakan saudara kita di Gaza. Ya Allah, bebaskan mereka. Berilah kemenangan kepada mereka.

Gambar tak de. Sebab dibimbangi boleh menyababkan tuan blog kelaparan. Kang gastrik lagi. Susah. Yes, I ni ada gastrik. Dah dua hari berturut - turut rasa sakit melampau. Sampai nak bangun pun tak larat bila ia menyerang.

Jumpa lagi. Thanks for reading.