Thursday, August 7, 2014

Al Fatihah buat Ayah Wan (Pak Wan)

Assalamualaikum.

Apa khabar semua. Saya sihat - sihat aje.
Kesibukan sedikit sebab minggu ujian sedang berlangsung. Sibuk marking juga.

Hari Selasa lepas kira - kira jam lima petang saya mendapat perkhabaran dari seorang rakan di pejabat yang lagi satu. Whatsapp ringkas menyatakan sebaris ayat. Terkejut dengan perkhabaran saya menarik keluhan panjang. Pelajar - pelajar saya yang sedang menjawab ujian juga pelik. Saya berkira - kira hendak memberitahu mereka atau tidak. Saya juga bimbang konsentrasi mereka terganggu.

Hinggalah hampir 10 minit saya menahan sendu, mereka bertanya dan juga mendapat berita. Riak wajah mereka sungguh sedih. Dalam keadaan emosi, saya menenangkan. Jawab dahulu ujian dan nanti kita jenguk.

Dalam tempoh 10 minit itu, whatsapp saya tak henti bergetar. Ada yang menghantar gambar dan ada yang seperti saya iaitu tidak percaya sama sekali.

Pak Wan yang saya panggil Ayah Wan meninggal dunia apabila terjatuh dari bas yang sedang dipandunya lalu tayar bas menggilisnya. Sedih benar rasanya. Tak tertanggung. Boleh refer artikel ini:

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Lelakihancurkepaladigilistayarbas/m/mArticle

Ayah wan baik sangat. Saya kenali arwah sejak 10 tahun yang lalu. Waktu itu saya belajar lagi hinggalah saya bekerja. Arwah sedikit pendiam. Memandu dengan sangat berhemah. Disenangi para pelajar dan kakitangan.

Saya masih ingat dua kali saya berpindah rumah, dua kali jugalah Ayah Wan membantu saya seperti mengangkut almari, peti ais dengan lori. Dan kemudiannya sama -sama memunggahnya ke dalam rumah. Bla diberi upah, arwah menolaknya berkali - kali.

Ayah Wan memang ibarat ayah bagi kami di kolej ini.

Jadi, jika anda tidak kenal dirinya, jangan menulis atau berkata yang bukan - bukan. Kami masih sedih dan beliau sememangnya pemandu yang sangat berhemah dan akhlaknya sangat baik.

Mari doakan arwah Ayah Wan. Moga rohnya ditempatkan dikalangan roh - roh orang beriman.

Sekian...



1 comment: