Sunday, August 24, 2014

Liltle Updates 12 dan Kebun depan rumah

Assalamualaikum semua.
May Allah bless you always.
May everything you do is in ease.

Life gets tougher lately. Imbalance emotions and lots of works to be done. Nevertheless, things are happen for reasons. So keep on hoping for the best, kan?

So hows life recently, acik Laura?

1. busy tahap gaban
2. dull
3. I miss hometown. Homesick tahap tak terkira.
4. I need vacation

Busy tahap gaban. Sekarang dah tengah semester. Tak terkira banyak juga perkara kena buat. Rushing ke kelas. Somehow tak sempat prepare. Balik kelas ada meeting mengejut. Then kena manage new project. Projek sedia ada pon dah tak terkejar. Kenkadang sesaja buat lari dari boss. Sebab bila boss nampak je, kena panggil. Kalau time tu ada kelas, jawabnya kena reschedule la jawabnya. I know, I nakal sekarang. Nampak bos lari. Bos panggil meeting, kemain pikir macam - macam. Hahaha. Yang sebenarnya, bos sayang tu. Thats y asik cari kan? Yelah bos, SYMP!

Lately rasa kosong sangat. Entahlah. Rasa dull. Sekarang apa yang dibuat semua rutin aje. pergi kerja balik kerja, then masak untuk simple dinner, then mengadap la kejap tv, then masuk bilik, mengadap la kejap buku, then tidur. Esok dan seterusnya perkara yang sama. I think, I miss someone, my ex housemate. Ada dia, ada juga kawan nak share. Lepas tu dia akan gelak je bila I buat lawak ntah apa - apa. Then, dia bg advise. Dia tahu je kalau I not in good mood, then dia akan mengusik I. Then dialah teman ajak berjalan. Sedihkan? Hohoi! Kawan rapat macam ni susah nak dapat.

Pasal group 6 Bijak kat whatsapp. Alhamdulillah, berjaya juga mencari cikgu kelas kitorang itu. Ku gagahi juga la menulis emel kepada teacher Hor Suet Fun. N sungguhlah dia itu cikgu kelas kitorang dulu. SubhanAllah. Dan bila emel tu dibalas, ku rasa nak melompat. Apatah tidak, dia masih ingat akanku. Sekarang, pencarian cikgu lain pula.

Sekarang, rindu sangat dengan hometown. Rindu family. Family I memang jarang sebenarnya nak layan angin rindu - rinduan nie. Contohnya, bila kita kata rindu or need attention, normally we all selalu je kena marah balik. Sebab the elders memang tak mahu kita ni macam budak - budak. N sebab ni I rasa I selalu reserved. I jarang nak share what actually happen in my life dengan family members. Sebab tak biasa. Walaupun begitu, I tahu we care for each other. Cumanya jarang di tunjukkan. Bila on phone with mom pon I jarang nak share banyak perkara. Sebab I tak mahu bebankan my mom. Kenkadang, pernah juga fikir, I ni sensorang, takde orang nak supports, nak give comments tapi I sedar sebenarnya family I bukan jenis expressive. So, kenalah pandai - pandai sendiri kan. Lain keluarga, lain caranya kan.

I rindu my mom, my siblings, my nephews, my nieces, and of course everything relates to hometown. I ingat middle September, I nak cuti panjang dalam 4 - 5 days. Balik kampung dan buat la aktiviti bersama dengan anak - anak buah. Main masak - masak ke? Tengoklah bagaimana nanti.

Okaylah. I nak prepare for class kejap lagi. Sila layan update kebun kecil umah Acik Laura di Kuantan. Ni gambar few days ago.


Pokok baru di laman rumah. Pokok ni mak kawan I tanamkan. Pokok limau kasturi. Sekali dengan pasu - pasu tu diberinya kat I. suka sangat. Thanks ye Atun Firdaus dan maknya.


Yang sedang membesar tu anak pokok delima. Kisahnya panjang. Kat rumah di kampung ada sepokok delima tumbuh tepi dapur. Agaknya sebab makan buah delima, bijinya kumpul lepas tu bonda g tabur kat tepi dapur. Dan ia tunbuh. Makin hari makin besar. Tapi lokasinya tak strategik. Betul - betul tepi pintu dapur. So bonda memangkas. Dan ranting - rantingnya dibuat kayu cucuk dalam polibag. Dulu dalam polibag ni kacang panjang renek. Dah habis buah dan dah selamat I cabotkan pokoknya. Now I semai lagi benih kacang panjang renek. Tengok tu dah tumbuh. Hari ini I tengok, dah naik daun ketiga. Memang kena jarakkan sebab I letak 4 biji benih semua tumbuh.


Yang ni I tak ingat pokok kacang species apa sebab I siram je tanah dlm pasu tu, esok, I tengok kuar pokok. Tapi I agak pokok kacang panjang renek juga. 


Lagi anak kacang panjang renek.


Serai yang kekuningan tu bakal I cabot dan gulaikan.Kunyit tu pula dah tua jugak. Dah berisi. I korek sikit - sikit tanah dia tengok dah ada isi. Nampaknya akan tu cabot juga tak lama lagi. 


Ni pasu bendi ari tu. Bendi pon I dah cabot. Tinggi yang amat dah. Tu lagi benih kacang panjang renek. 


Bakalan di cabot juga. Makin hari makin kuning. Panas ngat kot Kuantan le ni. tapi rajin juga berbuah. 


Tanaman baru tumbuh. Ni anak kacang panjang merah. Ari tu ada lebihan jualan, jadi I semai 4 biji. Alhamdulillah hidup semuanya. In shaa Allah, I akan alihkan nanti. Kasik dia besar sikit. 


Lagi cili kampung. Kurus kan? Tak pe. Takpe. I dah beli da baja. Nanti I sembur.

Rumah Kuantan memang bersimen habis lamannya. Jadi dengan takde bumbung penuh, memang kepanasanlah pokok - pokok musim panas nie. 

Alahai, tetiba rindu pulak laman my bonda. 
hehehe.

I stop dulu. May Allah bless.

3 comments:

  1. We sail in the same ship but different cabin when we talked bout family issue.be strong okey ? :D .bout the ex housemate.yeah true friend mcm nak Cari duit syiling dlm laut.Sgt susah nak dpt true friend kannn.apa apa jeh yg akak buat,Tika doakan akak success key ? Jzzk

    ReplyDelete
  2. Pasal keluarga tu, sama juga dgn keluarga saya... Nampak tak caring, but we know that we very care to each other... Jarang nak call tanya khabar, tapi bila dah jumpa never ending cerita. Bila ada miss called, tahu sgt yg mmg betul2 ada berita penting. Kalau tak, tunggu jumpa lah baru bertanya khabar....

    Bagus juga perancangan vacation tu... Boleh refreshkan minda dan emosi... Kerja mmg tak pernah habis... Sometime I'm wondering... belajar lebih cool dari kerja... Kita buat apa yg kita suka, apa yg kita minat... Hihihi, dah sampai seru utk further study kah itu?

    Sejuk tanya Acik Laura... Saya ada bawa balik anak pokok kesum dari Aberdeen... Harapnya dapat lah tumbuh dgn subur kat Bradford ni... Sebelum ni dah ada kawan bagi, tapi semua dah mati kejung.... huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kakak...
      hehehe. Rupanya family kita sama. hehehe. Memang macam tu tapi saya tahu sebenarnya sayang sangat.

      Sebut pasal vacation, tetiba housemate ajak g Melaka this weekend. Tapi plan tergesa - gesa ginih tak sure la nak pergi ke tak. Ongkos sengkek sebenarnya.

      Ala.. mana ada sejuk tangan. Go go. mula dulu dengan pokok kesum. hehehe..

      Delete