Wednesday, January 24, 2018

Kisah ke Ulu Sungai, Raub

Assalamualaikum

Ni nak share pengalaman ke Ulu Sungai.
Tak pernah pergi pun area Ulu Sungai ni walaupun dia dalam daerah Raub juga. Kalau nak menghala ke Cameron Highland, dari Raub, kita akan lalui simpang nak ke Ulu Sungai ni.

Okay, apa yang best di Ulu Sungai?
1. Sungainya lah. Kawasan air terjun
2. Duriannnnnnn... hehehe

Okay, dalam kawasan Raub baru - baru ini, hanya kawasan sekitar Ulu Sungai yang ada banyak buah durian kampung. Rata - rata penduduk disini ada kebun durian yang banyak. Ada staff kakak I, dusunnya sahaja ada 40 pokok durian yang berbuah lebat. Jadi ke sinilah kami mencari durian.

I sampai petang Jumaat lepas, di rumah kakak, terus makan durian yang kakak beli dari staff dia. Pergh memang sedap. Sekali hadap je 3 biji. Sejak durian dah mahal, I memang dah jarang makan durian. Tapi bila kakak kata, durian Ulu Sungai harga masih mampu milik, I pon datanglah.

Hari sabtu hari tu, kami jelajah pula kampung orang asli. Kampung Satak. Masuk sahaja ke kawasan Satak, kami dah excited sebab nampak buah rambutan sedang merah yang banyak. Terfikir juga, tak kan tak ada orang kait buah rambutan tu. Tak jual? Sebab memang dah merah sangat ia di pokok.

Round - round cari Sempak (durian lah), membuatkan kami ronda seluruh kampung. Besar kampung Satak ni. Jumpa orang tengah kait rambutan, kami berhenti. Mintak beli tapi mereka bagi free sahaja. Agaknya dia pon dah tak termakan.

Akhirnya kami jumpa lah tempat orang jual durian. Nego harga, dia kata dia jual dengan harga RM 6.50 sekilo. Boleh dah tu. Sebab kat kawasan jalan utama Ulu Sungai tu orang jual RM 9.00 sekilo. Ini durian yang sesuai makan. Kalau durian untuk buat tempoyak, harganya lebih murah. Around RM 4.50 sekilo. Tapi abang ipar I kata, kalau pergi hari kerja, boleh dapat harga around RM 4.00 sahaja untuk durian buat makan. I nak ke Raub lagi minggu depan. Ada urusan kerja. Harapnya durian masih ada. Hehehe.

Lepas beli durian dalam 25 kilo, keluarlah kami dari kampung Satak dan perjalanan ke sungai pon dimulakan. Okay, kami menuju ke area Pos Buntu. Nak ke kawasan berkelah Lata Lembik. Tapi air sungai besar. Tak sesuai mandi. Jadi sekadar melihat keindahan alam sahaja.

Okay, sila layan gambar di bawah.


Kucing tido. ditangan montelku


Sebilangan durian di rumah kakak. Yang ni yang kakak beli dari staff nya. Staff kakak tak nak jual tapi kakak bayar juga. Sebab kakak dah kata nak beli.



Jumaat malam tu kakak dan abang ipar kopek durian. Yang mana isi cantik diasingkan untuk makan. I lah tu. Selebihnya masuk bekas dan akan di proses buat tempoyak. Keadaan ini kan buat I lagi terkenang kisah zaman budak - budak dulu. Kalau balik kampung Raub I waktu musim durian, pergi kebun atau kawasan durian sepokok tu, arwah abah akan kupaskan lepastu dapatlah sebesen setiap seorang untuk proses durian jadi tempoyak. Lepas dah siap proses, arwah abah akan masukkan garam kasar dan masukkan tempoyak dalam bekas.

Mengimbau kenangan sungguh.


Hah, ni lagi satu pokok yang dah jadi rare. Pokok koko you! Allah, excited betul I bila nampak pokok ni. Lebih eksited dari nampak durian. Ni pon zaman kanak - kanak riang dulu. Syok betul makan buah koko kat atas pokok koko. Sekitar rumah dulu banyak pokok koko tapi sejak besarkan rumah, pokoknya pon ditebang. 



Ni adik yang jual buah durian. Ayah berketurunan asli tapi emaknya berketurunan cina. Sangat fasih cakap cina. 


Ada gaya adik - beradik tak? 


Durian yang kami beli lebih kurang banyak beginilah. Tapi ni orang lain punya sebab yang kami punya dah selamat masuk kereta.


Lebatkan? Hahahaha. tak habis - habis


Suasana kampung



Dia lagi. Hahahaha. Yang ni warna merah kulitnya. Berpenyakit ni. 


Now, kita cerita tentang sungai. I sempat posing kat Jambatan Gantung di Pos Buntu. Allah debo weh. Sebab I penakut sikit tapi demi gambar I naik jugak.



Air besar. Jadi tak berani nak mandi.


Sila bertabah tengok aksi I di jambatan gantung


I lagi.


Cuma bergambar ala hipster. Hahahha. Padahal ajust tudung je tuh.



Okay. Itulah sahaja kenangan ke Ulu Sungai. Actually latanya cantik. Lata lembik namanya. Sila google ye kalau nak tengok gambar lain yang berkaitan dengan lata dan air terjunnya.

May Allah bless

Thursday, January 11, 2018

Cerita macam - macam

Assalamualaikum.

Sihat?
Hujan kat luar tu mencurah - curah weh. Risau tak lepas balik rumah jap lagi.

Okay. Ni layanlah cerita bergambar ye.

A. Laman my bonda.
Lama kan tak buat update tentang laman my bonda. Banyak sebab. Sebab utama blog pon jarang update. Lagi satu la ni, sebulan lebih baru balik kampung.


1/8 dari keseluruhan kawasan laman my bonda. Nampak banyak polibeg kan. Siap ada tangki air pula kat situ juga. Keliling tangki air tu tapak semaian/ pembiakan pokok puding. Bonda dapat tempahan dari Ketua GPW. Beratus pokok. Sebab nak ditanam sekeliling kampung.

Nampak pokok rambuatan dan buahnya. Alhamdulilah adalah sedikit hasil. Bersyukur sangat dah. Tahun ini hanya tiga pokok berbuah. Tetapi tidak lebat. Tidak seperti tahun lepas yang mana 11 pokok berbuah lebat. Tapi kami bersyukur sahaja. Rezeki yang sedikit ini sempat dikongsi bersama jiran dan seisi keluarga.

Pokok Pisang? Memang banyak. Dan hasilnya boleh tahanlah.



Anak terung bulat warna putih. Sedang disemai. Belum dipindah.  Nampak pokok keladi tak? Itu keladi lambuk.


Saje suruh bergambar. Malam tu hujan. Boleh tahan lebat. Duduk kat pagar boleh dengar bunyi air sungai depan rumah ni. Tetapi air sungainya jarang melimpah ke jalan. Tetapi di bahagian rumah jiran selang dua buah dari rumah I, kalau hujan lebat, kadang - kadang airnya naik juga ke jalan. Yang depan rumah I ni jauh sikit dari jalan. Lepas tu kawasannya tinggi sikit. Tapi bolehla kalau duduk tepi jalan tu nampak air sungainya. Dari pagar tak berapa nampak.

Dulu - dulu sungai depan rumah nilah tempat bermain. Tempat cari ikan. Tempat mengail. Dapat ikan kecil - kecil like ikan bado, kami goreng ranggup. 

Kalau air paip tak de, sungai tu jugaklah jadi sumber air. Alur yang depan rumah I di kecik. Kalau nak mandi sungai kami biasanya ke alur di hadapan rumah jiran I yang selang dua buah rumah dibahagian atas. Kalau tengok gambar ni yang belakang anak buah I ni. Yang macam nampak pokok sawit tu. Tapi tidaklah sampai masuk dalam ladang sawit tu. 

Alur sungainya dibahagian atas ni lebih besar, lebih jenih dan ada titi. Jadi syok duduk atas titi sambil mandi sungai. hehe. 

Seronok pulak mengenang kampung dengan bercerita tentang sungai ni. 


Bulat betul muka budak sepet ni. Hahaha. Di hadapan pagar depan, bonda tanam serai. Kemain meriah. 


Nampak pokok kekabu tu? musim hujan ni kebat pula keluarkan kapas. Tapi bonda kata belum sempat nak kait. Sebab tinggi dan bonda sakit bahu. Mungkin nanti dibiarkan sahaja. So tak adalah stok bantal kekabu baru.

Ha, nampak jalan belakang my anak buah tu kan? side situlah yang selalu naik air kalau hujan lebat secara berterusan.



Yang sempat dikait hari tu. Alhamdulillah. Sekarang I rasa dah habis dah buah ni.


B. Cerita budak sekolah
Well biasalah kan awal - awal tahun ni. Tugas I adalah hantar budak - budak mendaftar dan masuk asrama. 


Mari bermula dengan khabar gembira. Ini anak buah I yang nombor tiga. Masa PT3 dulu resultnya tidak memberansangkan. So since early form 4 tu kita pun kasi motivasi dan cabaran. Sebab Form 4 akan menduduki peperiksaan menengah agama (SMA). Memang dah set dek family, kena buktikan kemampuan. Mesti dapat mumtaz. Tak nak jayyid jiddan. Nak mumtaz. Hehehe.

Dan alhamdulillah result SMA keluar hari tu dia dapat mumtaz. Cemerlang. Dia dapat 8 subjek mumtaz dan 2 subjek jayyid jidda. Senang cerita 8A 2B. Bila ikut purata, dia dah dapat kategori mumtaz. Alhamdulillah. Tapi dia sedikit sedih sebab tak dapat mumtaz sufi. Dia target semua subjek dapat mumtaz atau 10 A. But we all kata, tak mengapa. You already did your best. 

This year SPM pulak. I tak mintak banyak. I cakap dengan dia cubalah dapatkan sekurang - kurangnya 6 A. Usaha dari sekarang. I tak nak beri tekanan lebih. Dia bawak 11 subjek untuk SPM kalau tak silap I. Jadi I kata 6 A dah cukup baik.




Ini kejadian menghantar dia balik asrama. Balik awal dua hari. Sebab kakak ni dapat jadi exco. Actually dari tahun lepas lagi dah. I tanya dia, jawatan exco apa yang dia pegang. Dia x nak bagitahu. Tapi adik dia kata, kemungkinan dia akan dilantik jadi ketua aspuri. Allahu. I said to her if you become head of hostel, it means you will be the 5th of the family that appointed to that position. My brother, my sister, her brother and I dulu pun diberi tanggungjawab begitu. Tapi I jenis nakal. Macam - macam kes dulu. Hahaha.

Moga kak ngah belajar rajin - rajin. Jalankan tanggungjawab dengan baik. Tak nakal. Dan tahu seimbangkan tugas dengan belajar. Tak apa, apapun jawatan yang diberi, jalankan baik - baik dan enjoy life. Ini mungkin tahun terakhir kat hostel. So enjoy. Tak bincang lagi nak teruskan dengan STAM atau apa. 


Hari isnin 1 Januari tu, hantar pula adik. Allah, hujan lebat. Kesian basah - basah. Nasiblah payung ada dua dalam kereta. 

Adik ni tahun ni akan PT3. Tingkatan 1 dan 2 dah berjaya kekalkan nombor 1 dalam kelas. Ni ada share dalam entry sebelum ni. This year harapnya dapat kekalkan prestasi. I cakap dengan dia. You must get at least 7A. She said she will try hard. Sebab I cakap U have to beat the record. Last year my anak buah yang sit for PT3, dapat 6A. Saja je nak bagi dia semangat. Tak paksa pun. Tapi I nak dia usaha lebih. Dia dapat naik kelas tahfiz tahun ni. Jadi mungkin nanti kena bahagi masa lebih sikit. Tapi tak apalah bila kita belajar Al - Quran, kemudian mengingatnya in shaa Allah, mudah untuk kita belajar.


C. Kisah students I
Setiap semester I selalu beritahu students yang I akan reward them jika mereka dapat score subjek I. Dan semester lepas yang berjaya dapat A untuk subjek I dalam 22 orang. Tak banyak pun jika nak banding dengan pensyarah lain. Tapi bagi I banyak atau sikit I dah janji jadi I akan beri sesuatu. Lagipula, I tahu nature of my subjects and I know they have to work hard to achieve my standard. So untuk semester lepas ni, seiring dengan tahun baru, I bagi planner. Planner ni I collaborate dengan adik kawan I. I bagi tahu apa yang I nak dalam planner tu dan dia buat design. Alhamdulillah.




Yang ni dari kelas management. Students ni sekarang semester dua. Ini program kerjasama UTM yang mana soalan dari pihak UTM dan pemeriksaan juga dibuat pihak UTM. Bila program kerjasama, lagilah I risau. Tapi Alhamdulillah. 

Yang kelas lain, dorang datang seorang - seorang. Jadi tak ada gambar ramai - ramai. 

Lepas tu, kawan - kawan yang tak score A pun tiba - tiba nak juga planner tu. Sudahnya I open order. Dekat 100 tempahan I dapat dalam 2 hari. Allah. Alhamdulillah.

Semoga bermanfaat. Hadiah kecil sahaja dari miss untuk korang. Semester ni usaha lebih lagi ye?


D. Keadaan banjir
Banjir juga di Kuantan minggu lepas.

Dan sejak malam rabu, hujan masih belum berhenti kat kuantan ni. I berdebar sangat. Sebab tahun ni tahun pertama I di rumah baru. Rumah lama hari tu, hujan lebat pun, I ada jalan alternatives jika jalan utama dinaiki air. Tapi dirumah baru, jalan keluar masuk perumahan 1 sahaja dan minggu lepas ia dinaiki air. 


Ni gambar minggu lepas. kejadiaannya di pintu masuk ke kawasan perumahan I. Ni gambar I ambil masa I tengah fikir. Nak redah ke nak patah balik rumah. Masa ni waktu nak pergi kerja. Belah kiri tu bahagian tengahnya air paras lutut. Sudahnya I patah balik rumah. Tunggu reda. Bila air dah surut sikit baru ke pejabat.

Dan hari ini sebab hujan tak berhenti sejak malam rabu, pagi tadi air dah naik atas jalan. I risau ni. Tak tahu petang karang boleh masuk ke rumah atau tak. Sebab ini satu - satunya jalan. Kat luar tu hujan dah reda tapi tak tahulah sekejap lagi.


Okaylah. Inilah saja kisah I yang nan hado. Jumpa lagi.
Enjoy life, dear.


Monday, December 25, 2017

Main Throwback - Throwback

Assalamualaikum

Sihat ke semua.

Actually nak buat entry untuk recap tahun 2017 ni tapi macam tak banyak je keberhasilannya. Jadi, marilah kita main throwback.



Reunion sekolah. SMPGAS = Sekolah Menengah Panglima Garang Abdul Samad. Tahun 2011. Masa ni reunion besar - besaran. Ramai juga yang join. Yelah batch tahun 80an pon ada join. Masa ni I tetiba jadi salah seorang jawatankuasa. Tetiba okay! Tapi seronok juga. I bersekolah kat SMPGAS ni dari form 1 hingga form 5. Walaupun setiap awal tahun I mesti mintak tukar sekolah dengan my parents, tetaplah sekolah sini sampai habis. Dan masa ni jugak, kalau nak menginap di asrama, dibenarkan. So malam tu ramai jugak lah yang mengimbau kenangan duduk kat hostel. Ada tu sanggup berpisah jap dgn pasangan sebab yang perempuan masuk asrama perempuan. Pasangan yang lelaki pula terpaksa tidur kat asrama lelaki. Tapi seronok sangat. Mengimbau zaman nakal kami dulu. 

Entah bilalah boleh berjumpa semula geng sekolah ni? Doa sama - sama okay.


Tahun bila I tak ingat. Tapi ni kat Secret Recipe. Kurus kan akak dulu. 


Tahun 2008. Allah. Kalau boss I tengok gambar ni mahu menangis dia. Sebab dia tu ha, sekeping sangat berdiri sebelah I. Hahahaha. 

Ni di PICC. Event Yayasan. Jadi Secretariat. Zaman ni (sekitar tahun 2007 - 2010) memang banyak terlibat dengan event yayasan. Sekarang dah pencen. hehehe.


First time sampai Fraser Hill. Pergi dengan geng. I think tahun 2009 kot. Pergi ikut Raub. Sungguh mencabar jalannya. Lepas tu balik sesat sampai ke Kuala Kubu Baru. Jadinya balik ikut Genting pulak. Masa ni pergi bercuti ke kampung Raub I. Pergi dengan geng - geng opis. 



First time naik flight. Outstation ke Sarawak dan Sabah. Best sangat. Gambar ni diambil masa dah landed kat Kuantan Airport.



First time pergi Cameron Highland. Budak - budak kecil lagi masa ni. Yang depan tu Afnan Muaz. Yang belakang tu Adib Naqiudin. Afnan Muaz masa ni baru pandai berjalan. Sekarang Afnan Muaz dah bersunat dah. Tahun 2018 ni dah masuk Darjah 2. Baju pink tu pun dah tak tahu kat mana dah!Tetiba. Hahaha.



First time kena ambil darah berbotol - botol. Seksa woi! Ni cerita tahun 2009/ 2010.


Lepas tu inilah hasil dari ujian darah berbotol - botol tu. Fitam nak makan ubat. Ni bekalan untuk sebulan. Tak larat nak makan. Nasib after a month, dah dikurangkan jumlah ye kecuali yang diikat dengan getah tu. Yang tu makin bertambah - tambah. Sehari kena makan 8 biji yang itu sahaja. Fuh!!!! 

Now? Alhamdulillah. Tak ada nak kena consume ubat - ubat ni bebanyak.


Lagi gambar di Cameron Highland. 


Ini agak baru. AADK 2. Movie yang ditunggu - tunggu. Dah tengok wayang, download pula. Lepas tu asal bosan je duk rumah, tengok lagi sampai lebam. Hahaha.



First time pergi Bukit Tinggi. I drive this time. Allah mencabar juga ye?
Pergi dengan kakak. Her office buat tounament Bowling kat sini. Lepas tu merayap la berjalan kan. 



Tahun 2012. Event Yayasan lagi. UiTM Puncak Alam. Jadi Fasilitator. Program Puncak Jaya. Yang mana I dah terlibat since 2007 lagi. 2007 - 2014. Lepas tu pencen. I tak ingat tahun 2012 ni ke yang kami rasmikan bangunan kampus UiTM puncak Alam ni atau tahun 2011. Tapi sebab nak juga memuatkan 500 peserta + 100 secretariat dan guru pengiring, itu yang susah nak cari tempat. Masa ni Fasa 2. Setiap tahun ada 3 Fasa Program Puncak Jaya. Untuk pelajar Tingkatan 5 dari daerah - daerah terpilih di Pahang. Kategori Sederhana - Lemah. KPI adalah peratusan yang diterima masuk ke IPTA selepas itu. Program Motivasi. Dan Fasa 2 kita bawa pelajar ke Universiti. 4 hari 3 malam. Bagi can merasai sendiri kehidupan di universiti. Biar timbul minat. Biar mereka mahu berusaha. Dan alhamdulillah program ini berjaya capai KPI yang ditetapkan pihak Yayasan setiap tahun. Alhamdulillah.

okay, nanti sambung. Ada kerja.

Selamat menyambut tahun baru semua.
May Allah bless.




Sunday, December 10, 2017

Resepi Sambal Tempe Jawa

Assalamualaikum

Apa khabar semua? Sihat ye? Okay, ni nak share resepi. Buat simpanan. Kot - kot nanti lupa, boleh tengok semula.

Resepi Sambal Tempe Jawa (Sambal Goreng Jawa). My style.





Bahan - bahan:

A. Bahan kisar

2 biji bawang besar (nak kick guna bawang merah kecil tu dlm 6 biji tapi di rumah Kuantan tiada stok)
1.5 inci halia, 1.5 inci lengkuas
1 batang serai
3 ulas bawang putih.
9 tangkai cili kering (yang ni rebus dulu, kemudian baru kisar sekali. Nak lagi pedas, tambahlah. Tapi sebab Housemate ku jenis tak makan pedas, jadi itulah sahaja. Minggu lepas buat guna 13 cili kering + 3 lada besar, dia kata pedas sangat.)

B. Bahan hiris dan goreng

6 ketul tahu putih (potong  9 atau 12. Nak besar potong 9. Nak kecik sikit potong 12)
2 paket sedang tempe. (Ni je stok yang ada kat TMG. Kalau beli yang lipat dalam daun pisang tu, guna dalam 4 ketul atau 5 ketul)
3 biji kentang (hiris nipis then gorengkan)
(Masukkan juga segenggam ikan bilis. Tapi semalam masak tak letak. Sejenis lupa)


C. Bahan - bahan lain
Fucuk potong 4 segi kecil - kecil lepas tu rendam
Su hoon amik sikit rendam dalam air
1 pek santan kotak saiz kecil
Asam jawa, garam, gula
Kicap pekat manis

Cara Masak:
1. Sediakan bahan - bahan. Yang mana perlu kisar, silalah kisar, Yang mana perlu goreng, silalah goreng dan toskan minyaknya. Yang mana perlu rendam, rendamkan lah.

2. Mula - mula tumis bahan kisar, tumis sampai betul - betul masak. masukkan asam jawa extra tu sesudu kecil. Garam, gula. Sebab stok gula kabung ada dirumah, ku masukkan juga dalamnya sedikit. masukkan kicap.

3. Dah puas hati sambal tadi, masukkan fucuk dan su hoon. Kemudian, bahan - bahan yang dah di goreng tadi. Kacau - kacau. Then masukkan santan. Jangan cuak sebab tengok ia kembali basah dan warna jadi pudar. Teruskan kacau sampai kering. Kalau nampak kurang menarik warnanya, masukkan kicap manis lagi sedikit. Kemudian perasakan. Kacau - kacau sampai kering, sampai puas hati.

4. Okay, dah kering tutup api. Angkat ke mangkuk/ besen dan boleh dimakan.

Dapat sebesen. Alhamdulillah



Memasaknya tak susah tapi renyah. Prosesnya banyak. I semalam buat ni dekat dua jam kat dapur. Mungkin jugak masa banyak digunakan masa hiris dan goreng bahan - bahan. Sejenis tak mahu guna minyak banyak masa menggoreng. Tu yang lambat.

Ni versi tak cukup bahan (xde lengkuas dan santan. Ni yang HM kata pedas sgt ari tu.


Jawa ke? Entah. Ada la kot sikit darah jawa. Arwah Atok I sebelah bonda, orang Segamat Johor. Menurut bonda, arwah Atok I tu Jawa. Nenek pula orang Juasseh, Negeri Sembilan. Selomak Minang. Suku Minang. Sebelah abah, setakat yang pernah diceritakan memang asal Melayu dari Raub, Pahang.

Tapi penegasan: I tak pandai pon cakap jawa. Tak pandai pon masak masakan jawa. Sebab bonda sendiri kurang pandai. Sebab sejak arwah atok dan nenek migrate ke Pahang, memang bonda sendiri pon dah campur dengan orang - orang Pahang. Tak banyak pon masakan jawa yang bonda tahu. Sebab I think dalam kes bonda, pengaruh Negeri Sembilan lebih banyak padanya. She can speak loghat nogori sebab nenek until now masih pekat bercakap nogori. Kemudian, lepas kahwin dengan arwah abah, percakapan dan masakan pahang seakan sebati dalam diri dia.

Jadi dimana I belajar masak sambal tempe jawa ni? Internet. Kemudian cuba - cuba. tempe ni favorite semua. Jangan tak tahu, masak kuah lodeh adalah wajib di rumah kami setiap kali raya. Of course ini pengaruh jawa kan?

I baru sahaja pandai masak Sambal Tempe Jawa ni. Sebelum ni I masak sambal tempe biasa sahaja. Atau makan tempe dengan sambal kicap bawang putih.

Oh ya, masak kuah kacang yang sinonim dengan orang jawa, banjar pon kami baru sahaja sekarang ni tahu masak. Bonda sendiri kata dia tak berapa pandai masak kuah kacang.


Okaylah, jawa atau tidak, silalah cuba resepi ini. Sedap. Dan ia tahan untuk beberapa hari. Sebab ia kan sudah kering.

Jumpa lagi.
Al Fatihah untuk arwah atok dan arwah abah.

Thursday, December 7, 2017

Little updates

Assalamualaikum

Apa khabar semua?

Me Alhamdulillah sihat.

Kesibukkan seperti biasa. Hehehe. Sibuk la sangat ye?

Updates? Okaylah ini I cerita sikit.

1. Semester baru bukak. Fuh, macam biasalah kelam kelibut. Semester ni 22 jam mengajar seminggu.  Ada dua kelas untuk subjek Essentials of Marketing untuk internal diploma program iaitu 8 jam seminggu. Ada 1 kelas untuk (4 jam) untuk subjek Principles of Marketing untuk UTM program. Actually syllabus Essentials of Marketing and Principles of Marketing ni sama sahaja. JAdi 12 jam seminggu akan bercakap perkara yang sama. Hehehe. Bolehlah. Tapi assessment tak sama pula. Tak mengapa, adjustla kan?

Kemudian semester ni juga ada mengajar subjek yang dah lama giler tak mengajar. Hehehe. Ada 1 kelas (4 jam) untuk subjek Marketing Management. Ini untuk internal program. Dan 1 lagi kelas (4 jam) untuk subjek Engineering Management UTM. Dua subjek ni lama sangat dah tak mengajar. Kena usaha berganda - ganda nak refresh.

Lagi 2 jam setiap minggu, ada kelas untuk Halaqah Al - Quran. Sama - samalah memperbaiki bacaan ye. Di sini kalau 22 hours a week tu kira normal.

Bila semester bukak I memang sibuk sedikit. Nak setelkan hal - hal pendaftaran subjek dan lain - lain.

2. Musim hujan.
Di Kuantan kebelakangan ini hujan turun juga. Tetapi tidaklah lebat. Suhu dah mula nyaman gitu. Tidaklah panas berdesing. Apa jua, syukur kan? Tapi I harap students I tak terbabaslah dengan keasyikkan tidur disebabkan hujan dan tidak masuk kelas pagi. Hehehe.


3. Baru - baru ni I attend wedding. Kawan sekelas zaman degree. Kawan sama - sama tingtong. Kawan sama - sama study. Ada satu kenangan antara I dan dia ni sebenarnya. Allah, tak tahu nak kata ia kelakar atau pun tak bermoral, I pon tak tahu. Nak tahu ke?

Okaylah cerita jelah ye.

It was in Semester 3. Actually baru semester 1 tapi sebab masuk degree dengan diploma dan dapat banyak credit exemption, tu yang terus lompat ke semester 3. Ada satu paper yang rasanya sedikit azab. Allah susahnya. Lepas tu masa exam, kitorang duk sebelah menyebelah. Tapi memang blur habis. Mulalah dia mintak jawapan dan I bagi jawapan. I mintak jawapan dia pulak bagi jawapan. Tapi I nak cakap. I tak pernah buat kerja macam ni tau sebelum ni. Perasaan tu macam nak pengsan. Takut punya pasal. Tapi satu je, I mengaku, I tak mudah percaya jawapan orang. Bila I dapat the points, I tengok dulu kesesuaian points tu dengan soalan. And I akan biasanya akan cari mula mengarang guna points yang I rasa bersesuaian dengan points yang diberi. Kengkonon just to get some ideas. Tapi yet it still ada cubaan meniru kan?

Allah... terdesak sangat kot. Entah. Tapi lepas tu simpanlah segala cerita pasal ni sampailah nak grad. Sungguh tak tahu nak bereaksi. Kelakar la agaknya. Boleh terasa nak try2 meniru dalam exam. Lepas tu gabra entah apa - apa. Dan inilah satu - satunya subjek yang I pernah buat aktiviti begini. Selebihnya I tak buat dah. Serik dengan perasaan nak pengsan, tkut gabra semua tu. Menyesal gitu. Result kitorang masa tu? Just dapat B. Syukurlah. Sungguh - sungguh nak cuba, sekali tak dapat juga A. Subjek yang kita usaha sendiri, percaya pada kemampuan sendiri dapat A. Inilah berkat namanya kan?

Tapi, bila ingat balik, rupanya Best students like her, pon ada perasaan nak meniru. Hehehe. Memang terasa kelakar.

Dan dia kahwin baru - baru ni. Dia kerja dengan Khazanah sekarang. Rumah parents nya di Kuantan ini sahaja tetapi tetaplah payah sangat nak berjumpa. Tak sama nature of works.

Dear Suhailah, yang sama - sama berdebar dalam exam paper 'Tutttttt', congrats yang. I am truly happy for you. Congrats on your Wedding. May Allah bless you and Family always.


Lepas kenduri Suhailah, I ke KL. Ada Bengkel di UTM, KL. Tapi masuk ofis dulu. Tetiba my kakak tegur. Katanya apasal baju I lebih kurang sama dengan baju kakak seorang lagi. Lepas tu I pon jenguk my kakak yang seorang lagi tu dalam bilik dia. Sekali terus tergelak. Sama. Cuma bezanya baju I ada dua line merah. Hers only has one. Jadi my shirt lebih nampak warna merah. Baju dia lebih nampak warna biru gelap. Lepas tu kakak seorang lagi pon, nak cari baju yang lebih kurang sama. Hehehe. Yelah nak sama - sama. Sampai kat hotel di KL, kitorang pon bergambar kenangan. 


Ni pulak menu hari kelmarin. Balik kerja je terus berasa lapar yang amat sangat. Teruslah godek - godek cari bahan nak masak. Jumpa sardin, jumpa tomato, jumpa kentang, jumpa setengah batang carrot dan jumpa sepaket bendi. Okeh, mari memasak. 

I jenis yang akan sediakan bahan - bahan masak dulu. potong segala sayur siap - siap dan barulah mula masak. Kalau nak masak dua jenis masakan begini, I akan masak guna dua kuali terus. Masak pakai dua dapur. Serentak. Sekali gus. 

Tapi sesetengah orang, dia akan masak satu - satu masakan dulu kan? Macam my along. Dia jenis yang masak lambat sebab dia akan siapkan satu - satu menu dahulu, then baru siapkan bahan - bahan dan memasak menu seterusnya. Hehehe. Along kata dia tak pandai nak fokus masak dua benda serentak. Kalau I balik, I akan tolong along masak dengan sediakan menu seterusnya. Supanya dua - dua dapur tu boleh digunakan serentak dan masa memasak jadi cepat. 

Along I tu lain sikit. Dia jenis perfectionist. OCD. Masak mesti teliti. Kemas semua dulu baru masak. Pinggan mangkuk tepi - tepi singki kena basuh dulu. Dah bersih dapur, baru dia mula masak. Lepas tu dia mengemas lagi.  

Kalau I, masak semua dulu. Lepas tu in between nak tunggu gulai mereneh ke baru I basuh pinggan mangkuk. Multi tasking eh? ke pemalas? hahaha. Kalau kat rumah kampung along selalu bebel. Cakap kalau i masuk dapur, dapur macam tongkang pecah. Tapi I selalu back up, lepas masak, I kemaslah dapur. Tapi dia jenis tak boleh begitu. Sambil I masak, sambil tu dengar dia bebel dan dia mengemas. Hehehe. Lawakkan? 

Korang macam mana?


Sardin tumis dan goreng bendi. 

Bila I selalu upload gambar masakan tak seberapa I kat insta, ada kawan I dm. Tanya kat mana beli mangkuk dan pinggan warna putih begini. Dia kata masakan tu nampak lebih menyelerakan sebab letak dalam mangkuk atau pinggan putih begini. Ye ke?

I beli pinggan dan mangkuk putih ni kat Langkawi. Tahun 2012. Masa pergi UUM untuk konvo master dulu. Tapi tulah menyesal jugak tak beli banyak. I beli 3 pinggan dan 3 mangkuk sahaja. Bukan beli set pon. Sekarang ni, entah bilalah boleh pergi Langkawi lagi kan? Hehehe. Tak pe, I believe kat Kedai dua ringgit pon ada tapi kualiti biasa - biasa jelah kan. Tak apa yang penting warnanya putih. Suci murni.  



FM ni hasil pau students. Hahaha. Sabo jelah kan dengan I. Student tu dapat pergi bercuti, parent company ayah dia bagi. Company ayah dia ni macam subsidiary kepada that parent company atau pun main subcontractor. Gitulah. Tak jelas pulak dia menerang kat I ari tu. 

I sesaja mintak FM bila dia buat story kat instagram pasal percutian ni. Hehehe. Akhirnya dapat.
Thank you tau. Miss suka sangat. Miss doakan result sem ni naik lagi. Usaha ye. 



Hah, itulah saja update dari Miss Laura. Nanti kalau ada masa dan cerita, In shaa Allah akan update lagi.


Jumpa lagi.
May Allah bless