Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Petang ini Insya Allah saya akan pulang ke kampung. Insya Allah, habis sahaja waktu bekerja 4. 30 petang nanti saya akan terus memandu pulang. Mungkin akan singgah di Bandar Jengka sebentar dan terus memandu pulang ke kampung halaman. Dan Insya Allah jika trafik lengang, masih sempat berbuka puasa bersama sanak saudara di kampung.
Dua minggu saya menahan rindu. Yeah, padahal last weekend mak suruh balik, kata nak rehat la. Hehehehe.
Oh ya saya dah belikan sesuatu untuk Mak. Yang dah lama mak inginkan. Apa tu? Jeng jeng jeng...
Mak, I bought you a new oven. So that we can make kuih raya more easily this year....
My big bro did asking the price and I replied: Biarlah rahsia.. huhuhuhu.. Mau kasik hadiah jadi tak payah lah reveal how much you pay for that kan?
Ah, tiba - tiba nak buat pizza!
And thanks to my big bro who really concern about his adik2 regarding "duit raya dah tukar?" Cik Laura pun cakap, I tunggu you call to say about this and yes definitely the thing is still unresolved. Memang setiap tahun pun yang kerja tukar duit dekat raya ni memang angah yang buat so takdelah ku buat sendirik. Nasib la dpt adik ginih.
This year, belum ada plan nak kemana - mana. Tapi if i have options, I nak duduk rumah je. Hari raya ni cukup 5 tahun I kehilangan abah. Jadi, tak mahu berlebih - lebih.. Sedey...
Bercakap pasal sedih, tailor telefon smlm kata baju I kena redesign. I rasa dia dh tersalah potong kain yang I anta. You know what, dari awal I hantar kain dia kata tak cukup 4 meter sebab kain ni berkaki. Kena 4.5 meter. Then I ckp dgn dia I tak sempat beli sbb I kena bertugas di Sukma selama dua minggu. Dia sanggup belikan kain semeter lagi untuk top up. Then semalam dia called bg tahu, kain tu still tak cukup and kena buat baju lain. Apakah? Aduhai, dah la kain tu lawa. Betul sangat lawa. Masa pilih kain sebelum beli, I memang berkenan habis. Sampai kawan2 I pun kata cantik and the tailor pun kata lawanya kain ni. Aku tak tahulah apa yang jadi! (Bila nada marah je ganti nama jd aku ye!)
This is the first and last time I akan hantar kain kat dia. Well, tailor yg selalu hantar kat kampung tu sakit. Kalau dengan makcik (I called the tailor makcik) tu mudah je kerja I. I akan hantar kain and cakap dengan dia, makcik buatlah jenis baju apa pun, janji jadi baju. And sebelum ni I ada je hantar baju berkaki dengan 4 meter, jadi lawa je makcik tu buat. Takdelah pulak nak suruh tambah kain ke apa ke. Aduhaiiiiiii... Ku ketensionan sebenarnya. And dengan makcik ni rege baju dia masih lagi RM 26 dengan tailor baru plak lebih dua kali ganda! apakah?
Huhuhuhu.. sangat sedey... Mau nangis! Macam dah lari tajuk je. Nanti dah siap baju tu i snap gambar! Kita tgk apa hasilnya. I sangat2 harap baju tu nanti lawa!
Lari tajuk dah nie.
Okay, rendu budak2 kat kampung. Rendu mak, rendu along, rendu angah, rendu kak ngah, rendu kakak, rendu abg de, rendu budak2 bertujuh. rendu semuanya!
Esok mak ajak g shopping pulak! Mak, sponsor I ye? Gituh cakap dengan mak? Alahai...
Okay stop menulis, Budak - budak jawab test pun dah macam nak siap. Budak2 aka students: sila jawab lek lok. Mood Miss Zura tak okay!
Sekian. Okbai!
Thursday, August 2, 2012
Tuesday, July 24, 2012
Selamat selamat selamat
Assalamualaikum. Apa khabar. Agak lama tak menulis di blog. Oh ya, Selamat Menyambut Ramadhan. Moga Ramadhan kali ini penuh barakah.
Selamat Ulangtahun Kelahiran Cik Laura. Huhuhu. Sudah tua sudah kamu. Hehe. Apapun, syukur dan Alhamdulillah saya masih lagi diberi peluang untuk hidup di bumi yang penuh berkat ini.
Menyambut Ulangtahun Kelahiran pada bulan puasa? Memang berbeza. Tetapi tidak mengapalah. Saya masih belum berkesempatan kemana - mana kedai buku untuk membeli senaskah hadiah buat diri sendiri. Tetapi saya rasa syukur dikelilingi orang - orang tersayang yang tidak lupa untuk sama - sama meraikan hari Ulangtahun Kelahiran saya walaupun sambutan tidaklah seperti biasa dengan kek ataupun majlis.
Oh ya, saya nak minta pendapat. For the following items, which one will you recommend?
1. The Iphone 4S

2. The Galaxy Note
3. The Sony Xperia S

4. The TX 100 Sony Camera
5. The Nokia 808
Terasa nak ada camera baru tapi terasa nak juga ada 1 smartphone gadget shj (phone + camera yang lawa) Huhuhuhuhuhu.
Mahu pilih satu untuk hadiah Hari Ulangtahun Kelahiran...
Geng, please share your opinion regarding this ye!
Saya,
Cik Laura yang terasa sakit perut kala ini.
Selamat Ulangtahun Kelahiran Cik Laura. Huhuhu. Sudah tua sudah kamu. Hehe. Apapun, syukur dan Alhamdulillah saya masih lagi diberi peluang untuk hidup di bumi yang penuh berkat ini.
Menyambut Ulangtahun Kelahiran pada bulan puasa? Memang berbeza. Tetapi tidak mengapalah. Saya masih belum berkesempatan kemana - mana kedai buku untuk membeli senaskah hadiah buat diri sendiri. Tetapi saya rasa syukur dikelilingi orang - orang tersayang yang tidak lupa untuk sama - sama meraikan hari Ulangtahun Kelahiran saya walaupun sambutan tidaklah seperti biasa dengan kek ataupun majlis.
Oh ya, saya nak minta pendapat. For the following items, which one will you recommend?
1. The Iphone 4S

2. The Galaxy Note
3. The Sony Xperia S

4. The TX 100 Sony Camera
5. The Nokia 808
Terasa nak ada camera baru tapi terasa nak juga ada 1 smartphone gadget shj (phone + camera yang lawa) Huhuhuhuhuhu.
Mahu pilih satu untuk hadiah Hari Ulangtahun Kelahiran...
Geng, please share your opinion regarding this ye!
Saya,
Cik Laura yang terasa sakit perut kala ini.
Tuesday, June 26, 2012
Bertabah Cik Laura...
Assalamualaikum...
Semoga semuanya dalam keadaan sihat.
Bertabah Laura, bertabah.
Huhuhuhu...walau apapun ada baiknya begini. Dengan dia begitu, saya rasa sedar diri semula. Rasa berpijak di bumi yang nyata semula. Jika tidak, tentu saya rasa di awang - awangan, senyum sampai telinga hingga tidur, terbayang - bayang dia setiap masa, ternanti - nanti panggilan atau smsnya muncul walaupun jarang sekali dia begitu, atau terasa kami dekat walau jauh sekalipun.
Iya, baik mengalah sekarang.
Baik berhenti sekarang.
Baik sekarang ketika hati dan minda masih mampu berasional.
Baik sekarang ketika 'sakit' itu masih kecil.
Baik sekarang ketika masih boleh berkata, dia bukan tercipta buat saya.
Ayuh, bertabah cik Laura...
Moga - moga ada hikmah...
Semoga semuanya dalam keadaan sihat.
Bertabah Laura, bertabah.
Huhuhuhu...walau apapun ada baiknya begini. Dengan dia begitu, saya rasa sedar diri semula. Rasa berpijak di bumi yang nyata semula. Jika tidak, tentu saya rasa di awang - awangan, senyum sampai telinga hingga tidur, terbayang - bayang dia setiap masa, ternanti - nanti panggilan atau smsnya muncul walaupun jarang sekali dia begitu, atau terasa kami dekat walau jauh sekalipun.
Iya, baik mengalah sekarang.
Baik berhenti sekarang.
Baik sekarang ketika hati dan minda masih mampu berasional.
Baik sekarang ketika 'sakit' itu masih kecil.
Baik sekarang ketika masih boleh berkata, dia bukan tercipta buat saya.
Ayuh, bertabah cik Laura...
Moga - moga ada hikmah...
Tuesday, June 19, 2012
Rumah saya yang hijau...
Assalamualaikum. Moga - moga semua dalam keadaan sihat walafiat. Saya agak kurang sihat. Diserang sakit sebulan sekali itu. Apapun, saya mahu buat entry tentang rumah saya di kampung. Tentang hobi bonda dan semua ahli keluarga saya. Cerita tentang suasana hijau.
Okay sila layan gambar dibawah:
Puding di seberang jalan dan pokok bunga kantan. Dibelakang puding adalah kebun (nak kata ladang saiznya kecil aja) bunga kantan. Juga dikebun tu juga ada kami tanam pokok buah - buahan.
Okay sila layan gambar dibawah:
Nilah rumah saya di kampung.
Sekarang kita mulakan dengan pokok2 yang ada. Entry ni saya letakkan gmbr pokok2 bunga dan sayur dahulu. Nt saya update tentang kebun pula ye.
Pokok Ati - Ati Species 1
Pokok Ati - Ati Species 2
Pokok Ati - Ati Species 3
Pokok Ati - Ati Species 4
Pokok Ati - Ati species 5
Pokok Ati - Ati Species 6
Pokok Ati - Ati Species 7
Pokok Bunga tak tahu nama.. Kalau tak silap bunga lipan namanya.
Pokok Kunyit ( kunyit molai dan kunyit makan) dihadapan pokok jenjarum yang dibuat sebagai pagar antara rumah sebelah.
Pokok Asam Batu Species 1 dan Pokok Ati - Ati species 8
Tapak semaian 1 hadapan rumah dibawah pokok rambutan gading.
Pokok Bunga tal tahu nama jugak. New species kat rumah
Pokok Ati - Ati Species 9
Pokok Ati - Ati Species 10
Orked, Asam Batu pelbagai jenis, Pokok Puding macam - macam.
Kunyit, serai, Pokok Ati - Ati macam - macam jenis
Tapak semaian 2 berhampiran garaj kereta. Ada pokok kembang sepuluh, kemboja dan lain - lain pokok
Pokok sawi baru naik daun. Ada kucai sikit
Anak pokok bunga matahari sedang disemai ditapak semaian 2
Pegaga sedang disemai berhampiran anak bunga matahari
Anak tomato kecil belum dipindah ke tapak yang sesuai. Ada juga pokok pegaga. Pokok pegaga dah jadi bagai rumput di bahagian sini.
Sejenis terung tetapi buahnya tidak boleh dimakan. Daunnya boleh dibuat sayur goreng yang sedap. Bondaku bagi nama Terung Makan Daun.
Anak sawi yang semakin membesar.
Berhampiran pondok orked, daun kesum tumbuh dengan meriahnya.
Pegaga kerinting sungguh segar berkongsi polybag dengan sawi. Tetapi bakal dipindahkan kerana nanti menganggu pertumbuhan pokok sawi itu.
Pokok peria katak (peria yang bersaiz kecil) sudah mula berbunga.
Pondok orked
Pegaga bercampur jenis
Berhampiran pintu dapur. Ini bukan sebarang keladi. Batangnya boleh dibuat ulam. Namanya keladi lambuk.
Bonda's new project. Lobak merah (carrots) baru dialih dari pasu semaian.
Pegaga penuh dua mangkuk. Hehehehe. Kami diasuh dari kecil makan pegaga (buat ulam) dan minum air pegaga.
Inilah rupa buah tomato yang sudah mengeluarkan hasil. Tinggal dua pokok sahaja yang mengeluarkan hasil. Yang lain - lain masih di tapak semaian 2.
Kailan. Kali ini tak berapa menjadi. Tapi sebelum ini sangat menjadi. Boleh tengok entry sebelum2 ni. Ada saya update tentang hasil tuaian kailan.
Sawi tembakau. Sangat cepat biak.
Anak Terung Makan Daun dan pegaga yang seakan dah jadi rumput semulajadi pulak.
Pegaga tumbuh meliar.
Pegaga dan anak lada yang baru dialihkan dek bonda dari tapak semaian.
Anak Roselle menjadi sempadan dengan kawasan rumah sebelah kiri.
Ini bukan sebarang rumput. Namanya pokok kapal terbang. Dicabut pokoknya dengan akar - akarnya. Dibersihkan. dan masukkan dalam air panas. Bila sudah suam - suam boleh diminum untuk ubat batuk dan luka dalaman.
Roselle yang menunggu masa untuk dituai. Boleh dibuat jem dan pati minuman. Ada lima pokok dan berbuah sungguh lebat. Bonda kata dalam minggu ini akan dituai.
Pasu semaian anak lobak merah a.k.a carrots.
Bunga dahlia
Orked. Ini Species baru kot. Sebelum ni rasanya tak ada.
Orked di sempadan rumah sebelah kiri.
Pokok kacang botol pada dahan kuini yang telah lama ditebang.
Asam batu. Ini kira semaian tambahan untuk membiakkannya.
Alovera yang belum dialih. Tak muat pasu dah tu.
Anak jenjarum. Untuk rumah kakak yang tak lama lagi akan siap dan bakal dihuni.
Kolam depan rumah. Dahulu kami ternak ikan talapia merah, talapia hitam dan patin dalam kolam ni. Sekarang hanya ada ikan toman dan haruan sahaja sejak ada orang datang mengail dimalam hari.
Pokok selayar. Susur daunnya dimasak tempoyak atau digoreng pedas pun sedap.
Pokok tembaga suasa. Daunnya dilayar dengan api dan boleh digunakan untuk mengurangkan bengkak atau barut luka atau pembedahan.
Kunyit molai untuk tujuan perubatan kampung.
Tak dapat dikenalpasti ini pokok apa. Mungkin sejenis pokok teduhan.
Sejenis pokok yang boleh dijadikan ubat. Rasa - rasanya ubat luka dalaman juga.
Yang ni dari dulu ada ditanam. Nanti saya tanya bonda semula.
Pokok Jenjarum besar.
Pokok Ati - Ati dan puding di atas batas kolam
Bunga kantan yang sudah kembang. Yang ni dah tak boleh digunakan dalam masakan.
Okay, cukup sampai sini entry tentang kawasan rumah saya. Yang selalu buat saya jadi rindu. Yang selalu memanggil - manggil saya untuk balik ke kampung.
Okay, saya mahu study. Jumpa lagi.
Subscribe to:
Comments (Atom)

