Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.
Semoga hanya yang baik - baik sahaja akan hadir dalam hidup kita semua.
Hari ini 14 Februari. Saya tidak mahu bercakap the Valentine Day. Sebagai Muslim, ianya sudah ternyata haram. Dan Alhamdulillah sejak dari kecil, saya memang tak pernah terfikir untuk menyambutnya. Dulu dgn si dia, kami selalu anggap semua hari adalah hari berkasih sayang. Dan, alhamdulillah, saya memang sudah tahu bahawa itu adalah satu perayaan kerana kejatuhan Islam pada waktu dahulu.
Sebenarnya saya hendak menulis tentang kisah yang terjadi lima tahun sudah. Hari ini saya dirumah, hatinya sangat gembira. Tak sabar sungguh menunggu sang abang yang akan tamat bekerja hari itu. Hari ini di rumah, barang - barang sudah saya kemas baik - baik. Malah, sudah terbayang - bayang kisahnya saya masuk ke bilik kuliah buat pertama kali. Iya, alangkah gembiranya saya kerana cita - cita yang selama ini diangan - angankan sudah menjadi kenyataan.
Saya masih ingat pagi hari 14 Februari 2007 apabila saya menerima satu panggilan telefon. Dan sebaik sahaja talian itu diputuskan, saya terkasima buat seketika. Finally, I got a job! Tetapi, memikirkan esok adalah hari melapor diri, saya rasa sungguh gelisah. Mujurlah ada bekas pensyarah saya yang menawarkan tempat tinggal sementara saya dapat menguruskannya sendiri.
Dan, waktu itu juga berita gembira ini saya kongsikan dengan seorang kakak yang paling rapat ketika di universiti. Saya kata, ini hadiah hari ulangtahun kelhiran buatnya yang bakal menyambutnya keesokkan harinya, 15 Februari 2007.
Sedar tak sedar, walaupun selalu saya rasa tertekan, walaupun juga sering saya mahu lari, akhirnya khidmat saya di kolej ini sudah mencecah 5 tahun. Baru baru saya kira walaupun bagi kebanyakan orang tempoh lima tahun, adalah satu tempoh yang lama.
Saya memang pernah terfikir untuk melepaskan jawatan. Bukan sekali dua tetapi berkali - kali. Dan rasa itu, bagaikan masih ada sekarang. Namun, saya akan cuba bertahan lagi. Walaupun, hasrat dalam hati ingin mencari kerja yang boleh saya berulang alik dari rumah di kampung halaman.
Huhu. Serius sudah jadinya entry ini.
Tak mengapalah, just wanna say: Congrats Laura Azura for your great 5 years in IKIP. Never give up. Amanah bangsa mana mungkin boleh diabaikan.
Okay, chow dulu.
Take care, all.
No comments:
Post a Comment