Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
Semoga semuanya dalam lindungan kasih sayang Allah. Ini berita yang mengejutkan. Kawan saya, rakan sekerja saya, jiran meja saya telah menghembuskan nafas terakhirmya malam tadi. Saya yang baru sahaja mengentahui perihal itu pagi tadi. Sesungguhnya, Allah sahaja yang tahu betapa saya sedih akan kehilangan ini.
Arwah Intan Shuhadah, baru dua semester berpindah di pejabat CT. Tempatnya betul - betul dibelakang saya. Malah sesekali saya sering juga beralih tempat sekejap ke mejanya bila terasa panas dek tempat saya di bawah air cond.
Saya dan kawan - kawan amat maklum keadaan Intan. Namun, kehilangan ini amat terasa. Saya sangkakan Intan sudah di rawat di IJN namun rupanya sudah seminggu beliau dibenarkan pulang sementara menunggu hari ke IJN setelah dua bulan di hospital. Keadaannya agak stabil sebelum ini.
Ya Allah, sedih benar hati saya. Sepanjang perjalanan ke rumahnya fikiran saya sering melayang mengenang sekeping gambar yang dahulu menjadi tawa kami. Sesungguhnya tiada lagi istilah sebelum dan selepas jogging...
Ini gambar yang upload di fb. Entah kenapa saya berani letakkan captionnya sebelum dan selepas. Dan kawan saya komen dengan Zura model sebelum jogging dan Intan model selepas jogging sebab kami ambil gambar di padang belakang office. Ini edisi hari raya Aidilfitri di CT.
Sedih, tetapi keluarga Allahyarhamah tentu lagi bersedih. Arwah anak sulung. Adik - adiknya masih kecil. Dan suaminya tentu sedih benar. Sudahlah kehilangan bayi, kemudian isteri yang dicintai..
Ya Allah, moga kami bertabah dengan kehilangan ini. Moga rohnya dicucuri rahmat...
Al- Fatihah...
No comments:
Post a Comment