Wednesday, February 29, 2012

Entry menunggu 5.30 petang

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam 1 Malaysia..

Jam baru menunjukkan pukul 4. 40 petang tetapi hatiku sudah sampai di rumah... Rasanya sudah tidak tertahan menunggu pukul 5.30 petang.. Badan kepenatan. Itu sahaja puncanya.

Lima hari outstation. Jumaat - Ahad. Bersambung pula dgn Isnin - Selasa.. Penat di perjalanan. Penat dalam bas lama - lama. Dan Cik Laura sekarang ada 1 masalah yang boleh dikira agak serius. Cik Laura susah tidur. Penat bagaimana pun mesti tak boleh tidur selagi tak pukul 1 atau 2 pagi.. Ku paksa - paksa juga suruh tidur awal namun tak berjaya.


Namun, saya sukakan kerja saya. Letih tapi seronok. Oh ya, nanti saya buat entry ttg tugas saya sebagai fasilitator baru - baru ini. Yang pasti ia memang memenatkan tetapi sangat seronok. Rindu zaman sekolah. Rindu zaman remaja. memang seronok buat aktiviti dengan budak sekolah. Terasa muda sangat. Agaknya sebab saya selalu jadi fasilitator untuk program dengan budak sekolah, jadi orang ingat saya pun belum habis belajar lagi dan orang ingat umur saya baru dalam, lingkungan 24 - 26 tahun sehaja? Mungkin...

Waktu jadi fasilitator, tak boleh serius memanjang. Kita kena create suasana yang harmoni. Mengajar atau mendidik dalam suasana yang seronok. Dah kena pun dengan nama fasilitator iaitu pemudah kan? Biasanya kami buat aktiviti berbentuk permainan minda dan fizikal.

Baru - baru ni terlibat dengan Kem Kepimpinan. Seronok sangat. Seronok sbb kita macam kembali ke alam persekolahan. Bila dengar dorang kena marah dengan cikgu, teringat zaman dulu - dulu. Bila tengok dorang macam takut sampai menjerit - jerit sebab kena kacau, teringat zaman mengacau dolu - dolu. Dan bila tengok ada yang macam suka sama suka, teringat zaman couple diam - diam waktu sekolah dolu - dolu. I noticed two of my group members like having such feeling to each other. Macam memang bercinta pun ada but they keep it secret. I noticed that. I noticed they keep take caring each others. Keep supporting each others. Tapi Adik, bercinta tu boleh tapi belajar mesti diutamakan. Bercintalah agar boleh memberi sokongan kepada diri masing - masing. Jangan terlalu lalai adik. Akak mahu adik dapat melanjutkan pelajaran sebagai mana yang diharapkan pengetua dalam ucapannya. Mesti fikir global. Havard, Cambridge, Massachusetts Institute of Technology, Oxford, Adelaide. Mesti fikir jauh. All the best adik.

Teringat zaman sekolah. Bila sekolah beritahu, anda layak memohon untuk mengikuti pengajian ke Adelaide dibawah tajaan XXXX (don't want to reveal). Huhuhu, hati dah kembang semangkuk tetapi bila dibawa balik borang permohonan itu dan bila emak dan arwah abah tak benarkan, terasa sedih sangat. Tetapi, saya sedar kekangan waktu itu. Walaupun sedih, saya paksa diri untuk redha.

Jadi adik, jangan mudah lalai dengan keseronokan alam remaja. Belajar sungguh - sungguh. Capai yang terbaik.

Okay, dah sampai pukul 5.30 petang... Yeay, boleh balik dah!!!!

No comments:

Post a Comment