Sunday, December 30, 2012

Hujan dan 2013

Assalamualaikum..

Moga yang baik - baik sahaja akan hadir dalam hidup kita. May Allah bless.

Hari ini 31 Disember 2012. Hari terakhir dalam kalendar masihi 2012. Kisahnya Cik Laura apply cuti hari ini tetapi mengenang hujan yang berleluasa di Bandar Kuantan dan bimbang kalau balik kampung terkandas dimana - mana, akhirnya cuti itu di cancel. Jadilah Cik Laura berada di ofis bersama 4 org lagi yang nyata kental juga menyambung tugas.

Sejak jam 3 pagi tadi, hujan turun dengan lebatnya di bumi Kuantan. Risau pula nak tinggalkan rumah untuk ke ofis. Tetapi risau nak ke ofis berlebih - lebih lagi. Dah tahu sangat, depan ofis tu kalau hujan lebat dalam 2 jam pun boleh banjir apatah lagi sejak pukul 3 pagi belum berhenti. Sampai di ofis, jalan depan ofis dah penuh dengan air. Mulalah Cik Laura pikir macam - macam. Lepas ke tidak balik umah petang nanti? HuHuhuhu.. Suasana diluar bagai pukul 6.45 pagi. Gelap. Padahal sekarang, dah masuk 9.51 pagi.

Hujan masih turun diluar. Harapnya hujan berhenti dengan segera. Huhuhuhuhuhu.

Esok cuti tahun baru. Cik Laura memang tak ada plan nak kemana - mana. Yelah musim hujan kan? Or should I say musim banjir? Huhuhu.. Tak mahu...

Cik Laura cuma plan nak ubah kedudukan dalam bilik. Susun apa yang patut dalam almari dan drawers. Dan harapnya projek tart telur akan berjaya dilakukan esok.

Tahun 2013 ni banyak yang Cik Laura plankan. Contohnya seperti berikut:

1. Cuti - cuti bersama housemates. Paling awal bulan Mac. Sebab tempat nak dituju tu nun jauh di tanah tinggi jadi kena tunggu musim hujan berhenti dulu. Plan ni dah lama bertangguh.

2. Insya Allah, Cik Laura nak berhari raya di tanah suci tahun ini. Doa ye kawan - kawan.

3. Nak tambahkan ilmu dengan pergi kelas - kelas tertentu.

4. Belum terfikir lagi..

Iya, moga - moga ada jalan. Moga - moga Di Izin Allah untuk semua perkara. Moga - moga yang baik - baik sahaja akan hadir. Amin.

3 comments:

  1. Selamat tahun baru cik laura. Moga tercapai impian tahun baru espc no.2. inshaAllah..

    ReplyDelete
  2. insyaaLLah dipermudahkan... amin

    ReplyDelete
  3. Salam kakak2ku: impian no 2 tu terpaksa dipostpone sbb skrg perempuan bawah umur 45 tahun kena pergi dgn mahram yang sah. Dah x boleh tumpang. dan abang saya, x boleh pergi tahun ini. My mum aja yg akan pergi hujung puasa sampai awal raya di sana. Mudah - mudahan insyaAllah, dipermudahkan utk kita semua.

    ReplyDelete