Assalamualaikum..
Apa khabar ye? Dah tiga hari kita di tahun baru. Macam - macam yang telah kita lalui. Me? seperti biasa. Tugas hakiki ini memang memerlukan commitment yang tidak berbelah bahagi.
Sensitif? Entah. Selama ini boleh aja buat tak endah apa yang dia lakukan atau suarakan. Tapi lately cepat sangat melatah.
Kadang - kadang cepat sahaja naik marah. Kadang - kadang rasa sedih sangat. Kadang - kadang rasa dia sengaja begitu. Atau memang saya yang sensitif tidak tentu pasal?
Biarlah saya pilih sebabnya kerana saya sensitif. Orang bercakap saya rasa tersindir. Orang bercakap saya rasa dia sedang memerli. Jadi sensitif. Jadi sedih. Jadi naik marah juga kadang - kadang. Mungkin memang dia begitu. Dia agaknya sudah tidak tahu bagaimana bercakap dengan saya. Dia agaknya ada tugas perlu diurus segera, jadi dia tak mampu nak melayan saya. Dia agaknya sendiri punya masalah.
Memang saya sensitif. Saya mudah terasa dengan apa yang dilakukan orang. Ini, sukar sekali hendak saya elakkan. Cuma jika tidak mahu menyapa saya dengan ramah, biarlah nada yang keluar dari mulut itu lembut. Jika tidak mahu menyapa saya dengan baik, janganlah bunyinya mengarah bagai awak ketua saya.
Dear awak,
Sapalah saya elok - elok. Rasanya sejak perang 'dingin' antara kita bermula, saya tetap menyapa awak elok - elok. Saya tidak pernah meninggi suara sekalipun. Jadi, kalaupun awak tidak senang perlu berurusan dengan saya, janganlah sampai marah - marah tak tentu pasal.
Memang sukar hendak berdamai. Saya sudah penat dengan semua ini. Penat.
Jadi, saya simpulkan, saya memang sensitif. Lebih sensitif kebelakangan ini. Tetapi jangan dilayan saya seperti orang bawahan. Layanlah saya elok - elok. Bercakaplah kalau terpaksa sekali pun, biarlah dengan nada yang elok.
Sekian.
No comments:
Post a Comment