Sunday, January 6, 2013

Mengalah tapi kalah? Terima tapi tiada keyakinan?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua.

Moga hanya yang baik - baik sahaja akan berlaku dalam hidup kita. Iya. Sentiasa perlu berfikiran positif.

Saya, keadaannya seperti gambar di bawah. Buntu dan kusut. Rasa demotivated dan entah apa - apa.


Kisah minggu lalu saya minta diberi tempoh berfikir dan tempoh yang diberikan hanyalah sehari. Puas saya fikir - fikirkan. Ramai pihak saya tanyakan pendapat. Banyak juga wang saya laburkan dek kerana kusut dan ingin mencari sedikit ketenangan dek kononnya shopping itu terapi bagi saya. Dalam masa kurang 1 jam, lebih tiga ratus saya habiskan.

Kusut. Saya sebenarnya terkejut. Dan tak mampu menerima tanggungjawab yang diberi. Saya maklumkan ketidakmampuan saya tetapi seolah - olah saya sudah tiada pilihan lain. Saya diberi tempoh berfikir tetapi saya seakan tidak dibenar menolak tanggungjawab itu.

Kisahnya saya ada rasa sedikit berkecil hati. Tidak puas hati juga. Kalau memang sudah tidak boleh saya tolak, jangan beri saya tempoh berfikir. Kalau memang mereka berkehendakan saya untuk tugas itu, jangan meminta pendapat saya. Mengapa tidak dipaksa sahaja dengan prosedur yang lengkap?

Sungguh. Saya sedih. Saya tidak tahu mahu melakukan apa.

Iya salah saya yang tidak cukup bertegas. Tetapi benar saya tiada keyakinan untuk itu. Saya hargai ada yang mengintai kebolehan saya. Saya hargai ada yang mempercayai saya. Saya hargai ada yang mahu lihat saya lebih maju. Tetapi dengan menawarkan (atau memaksa) saya menerima satu tugas itu, sebenarnya mengheret saya ke lembah (Hamboi ayat!) demotivated tak berpenghujung.

Untuk lima ke enam tahun ini saya akui pelbagai rasa wujud. Tahun pertama dan kedua memang tahun yang penuh dengan semangat. Rasa membuak - buak untuk menyumbang kepada syarikat. Tetapi sejak tahun ketiga hinggalah sekarang, saya rasa demotivated dengan keadaan sendiri. Kadang - kadang saya merasakan mengapa saya disini? Di sini bukan tempat untuk saya. Wallowing myself into self-broken? Yup! That's what I did.

Saya hilang nikmat datang bekerja. Saya hanya mahu melakukan tugas rutin sahaja. Saya rasa apa yang pernah saya berikan pada syarikat tidak mendapat sesuatu yang saya harapkan. I was expecting something more but what actually I get, are more than less. Lebih - lebih lagi bila timbul salah fahan saya dan orang itu. Saya rasa demotivated.

Dan akhirnya saya hilang keyakinan. Semangat saya hilang. Dan disaat yakin dan rasa kebergantungan itu hilang, saya diberi tugas besar.

Ini konfliknya.

Saya tak mampu dan saya tak yakin. Mengapa membebani saya begini? Mengapa tidak memahami saya? Mengapa masih fikir sayalah yang paling layak memangku tugas besar itu? Mengapa masih mahu beri kepercayaan dan tanggungjawab itu?

Dan sejak pertemuan Jumaat lepas, saya sendiri sudah rasa bagai ditimpa tangga. Motivasi yang ada sikit - sikit untuk ke tempat kerja itu semakin kurang. Malah seakan tiada pula sekarang. Memandang orang - orang itu pun saya rasa tiada mood.

Buntu. Saya pujuk - pujuk juga diri untuk terima. Saya pujuk - pujuk juga diri agar tidak sia - siakan kepercayaan yang diberikan. Saya pujuk - pujuk juga diri agar kembali kuat. Saya pujuk - pujuk juga diri agar berfikiran positif. Saya pujuk - pujuk juga diri agar bertabah tetapi akhirnya, saya rasa sedih yang teramat.

Iya, ini kisahnya Cik Laura diberi peluang naik pangkat tetapi Cik Laura rasa sedih dan tidak mahu. Kisahnya diberi peluang, tetapi sekarang sudah jadi dipaksa terima tugas.

Bagaimana cik Laura boleh yakin sepenuhnya? Bantulah saya wahai teman - teman yang budiman.

No comments:

Post a Comment