Wednesday, March 13, 2013

Sedih Kecewa

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Moga hanya yang baik - baik sahaja akan hadir dalam diri kita semua.

Sedih. Kecewa. Rasa down sangat - sangat. Itu sahaja.

Sungguh air mata saya hendak mengalir semasa menaip ini. Tapi sedaya upaya saya menahan. Sungguh saya kecewa.

Dulu sayalah yang paling lambat dalam batch saya untuk disahkan jawatan. Bila kembali ke Head of HR pada masa itu katanya bidang pengajaran saya tidak kritikal seperti engineering. Bagaimana tidak kritikal? Sedangkan jabatan saya waktu itu kekurangan lecturer. Alasan itu memang buat saya down. Mengapa hanya saya yang tidak disahkan jawatan selepas 6 bulan sedangkan ramai lagi yang sama bidang dengan saya disahkan jawatan selepas tempoh itu.

Tidak menyumbang kepada organisasi? Itu tipu. Saya pernah mahu berhenti tetapi mengenang pelajar yang saya sayang, saya nekad juga meneruskan kerjaya hingga hari ini. Iya, sekarang sudah 6 tahun saya di sini.

Saya masih ingat pertama kali saya memohon untuk menyambung pelajaran bersama VPA lama. Katanya di sini ikut seniority. Baiklah waktu itu saya baru sahaja masuk tahun kedua bekerja. Saya terima. Tetapi mengapa ada juga junior saya yang dapat menyambung pelajaran lebih awal dari saya?

Masuk VPA baru, saya mohon sambung belajar. Waktu itu tiada pula faktor seniority diambil kira. Ada junior saya yang baru setahun bekerja, sudah boleh sambung belajar. Saya sambung belajar tanpa ada sedikitpun pengurangan pada jumlah jam saya mengajar dan tiada pengecualian pun daripada aktiviti kolej.

Akhirnya sama tamat belajar Mei tahun lalu. Dan hingga ke hari ini kenaikan yang saya inginkan masih belum diproses sedangkan junior saya yang tamat belajar bersama - sama saya sudah menerima kenaikan beberapa bulan yang lalu.

Saya pula diberi tugasan baru. Tugasan yang besar. Saya diberi tugas mengetuai program pengajian siswazah dengan hanya tambahan elaun sahaja. Sedangkan junior saya yang hanya kekal sebagai pensyarah biasa sudah dapat kenaikan yang sewajarnya? Bagaimana keadaan ini boleh dihuraikan? Tak cukupkah saya menyumbang kepada organisasi?

SubhanAllah. Saya mahu menangis. Entah, nasihatkan lah saya wahai teman - teman. Nasihatkanlah saya. Nasihatkanlah saya. Nasihatkanlah saya...

2 comments:

  1. 1) x fair!!!! gerammmmmmmmmnyeeee, masih wujudkah sikap begini?
    2) sabarlah laura, mungkin ada hikmah disebalik semua ini, kdg2 kita diuji olehNYA dlm pelbagai cara dan bentuk, kamu kena ingat, hanya org2 yg ALLAH sayang saja yg kena uji, DIA nak tengok sejauh mana sayang kita padaNYA, mohonlah petunjuk, insyaAllah, semoga dipermudahkan, amin

    ReplyDelete
  2. Dear, memang rasa nak nangis.
    Smlm i dpt berita sedih juga. Geng yg sambung master sekali dgn i tu, dh dpt surat tp dukacita sebab dorang x dpt naik gaji. I? entah, i refer back ke HR dorang x note langsung pd nama i dalam usul tu. I sedih juga. Kasihan kan kami. Tp 4 ur info, my cousin dh lama dpt kenaikan tu.. How can ha?

    ReplyDelete