Sunday, March 10, 2013

Cameron Highlands Trip 2013 Part 1

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.

Moga semuanya dalam keadaan yang sihat walafiat hendak - Nya. Syukur masih bernafas hari ini.

Saya ke Cameron Highlands 1 - 3 Mac yang lalu. Dah seminggu lebih baru berkesempatan hendak update. Maaf ye, Cik Laura masih lagi sukar hendak menyelesai masalah hati yang kusut memikir tentang keperluan kerja yang mendatang. Masih rumit. Masih sukar hendak di terima.

Apa jua, Trip ringkas 3 hari 2 malam ke Cameron Highlands sedikit sebanyak menyuntik semangat dalam diri saya.

Asalnya ke sana kerana ada Family Day jabatan lain dan saya diundang oleh salah seorang dari jabatan tersebut utk menjadi 'ahli keluarganya' namun Family Day yang dirancang tidak menjadi, akhirnya ia jadi trip jalan - jalan bersama kawan2 shj.

Tema kali ini adalah JJCM. Jadi banyak tempat yang kami singgah, dan banyak juga makanan yang kami cuba. Bermula di Kedai Ais Krim Kow Po di Bentong.



Kak Sara suggest try ice cream di sini. Ice cream buatan sendiri. Kedai ini diusahakan oleh masyarakat cina tetapi ada peniaga melayu menjual kuih muih dihadapan kedainya. Mereka hanya menjual ice cream dan ABC. Jadi kami cuba pelbagai flavours.



Flavours: Peanut, Pandan, and Coffee. 

Marvelous!

Kemudian, kami singgah di Raub untuk ambil Sambal Hitam yang kakak saya bekalkan untuk kami. Alhamdulillah. 

Di Cameron Highland kami bermalam di Hotel Muslim. Hotel Baru. Berdekatan dengan Hotel Century Pines. Di Tanah Rata. Bilik agak sempit. Tetapi sebab nak jadikan bilik sebagai tempat tidur sahaja, maka tak kisahlah kan. Orang dah tolong uruskan bagi pihak kita kan?

A picture to share on Saturday morning before start our day to round the highlands.


I pilih baju kotak - kotak ni. Sebab dah lama tak pakai. Match dengan shawl warna coklat. Pilihan yang tepat sebab material shawl agak berat dan elok sahaja di kepala sampai petang. Konon2 ambil gambar ni, nak kata kami tidur di Century Pines la tu.

First place yang kami pergi pagi itu adalah ke Bee Farm. Tunggu bas sekolah utk naik ke Boh Plantation. Fuh, mula - mula naik bas sekolah tu excited la juga kan tapi bila berselisih dengan kereta atau bas lain di sepanjang perjalanan, fuhhhhhhhh, tahan napas. Sebab takut sangat. Dek kerana ini, ini adalah kali terakhir daku pergi ke situ. Takut!!!!!!!!!!!!!!!!


Ini muka excited semasa menunggu bas sekolah.


Masih lagi excited. Masa ni bas belum bergerak.


Waktu ini dalam berdebar2. 


Kak Niza 







Suasana dalam kilang Teh Boh. Oh ya BOH means Best Of Highlands


Muka dah mula berminyak! Ayak!


Kak Niza dan Kak Sara. Oh ya Kak Sara ni pensyarah saya dahulu semasa saya buat diploma. 


Cuba tengok (kalau nampak lah kan, hehe) batang pokok teh tu memang besar.




Lagi suasana dalam kilang

Selepas jalan - jalan di sini kami pergi ke Teashop bersebelahan kilang. Saya end up beli Teh berperisa Mandarin sahaja. Dan Oh ya, sempat juga menikmati scones yang marcelous! Lihat sini!


Tidak bermaksud nak ambil gambar lelaki2 ini dgn aksinya cuma lensa ku tertangkap gambar mereka. Suka dgn interior di sini.


Scones with cream and strawberry filling. Dah ngap separuh baru teringat nak ambil gambar. Begitulah rupanya. Sedapppppppppp... Recommended!


Okay, stop dulu Part 1. Nantikan Part 2 pula. Kisah saya ke Time Tunnel. Nantikan juga bahagian2 seterusnya. 


Till then, Assalamualaikum...

No comments:

Post a Comment