Monday, December 16, 2013

Lapar kek lagi...

Assalamualaikum dan Salam sejahtera..
May Allah bless us always.

Dolu - dolu masa belajar di UiTM Shah Alam, ramai juga jumpa kawan - kawan dari utara. Budak Utara dalam kelas dulu ada 4 orang. Merekalah geng sekelas paling awal I jumpa. I ingat lagi sehari selepas daftar, I tunggu bas sensorang kat bus stop Seksyen 2. Menurut housemates I, tunggu je bas kat depan nanti dia berhenti naik je. Cakap je nak pergi Pusat Sukan. Memang I tercongok lama jugak la kat bus stop tu sampai ada seorang hamba Allah yang sangat peramah ni tegur I. Rupa - rupanya senasib tapi I tengok dia lebih berani dari I. Dia kata dia dari UiTM Merbok. Dan dia kata dia pun nak pergi Pusat Sukan tapi nak singgah Kolej Mawar dulu. Dia pun ajak I. Katanya nanti kat Mawar dia perkenalkan I dengan kawan - kawan dia yang mana ada dikalangannya bakal satu course dengan I.

So berkawan dengan geng - geng utara ni I belajar banyak perkara la juga. Contohnya kalau kita lapar dan nak makan nasi. Dorang akan sebut lapak nasik. Kalau teringin nak makan kek, dorang akan sebut, lapak kek. Dah la I terikut - ikut.

So hari ini kisahnya duk umah sensorang sebab housemates I semua balik. Sorang balik kampung then ke KL ada kenduri. Seorang lagi balik kampung then balik rumah mak mentua. Jadi bila duk sensorang, I mulalah nak makan macam - macam tapi malas keluar. Pikir punya pikir, akhirnya I decide nak try kek sarang semut kukus. Kek ni kira my favorite la. Kat kampung kalau time raya dolu - dolu along I selalu sangat buat. Tapi along I biasanya akan bakar dengan oven tapi sebab rumah Kuantan takde oven (argh rindu my oven yg dh selamat berkhidmat di kampung), jadi I try kukus sementelahan I ada jumpa resepi yang kukus tapi adunan mesti diperap 4 jam. Iya 4 jam kengkawan. Tapi td I sanggup tunggu 3 jam sahaja.

So, kejadian dari segi rupa, tak berongga sangat. Manakala kejadian dari segi rasa, okay sama. I would say, bolehlah...

Korang jangan gelak ye. Ni I persembahkan my first ever kek sarang semut kukus......


Dah la I letak kukus senget, jadi kek pun senget jugak. Alahai...


Nilah rupanya. Gula tu tak hangus sangat. Tu warnanya tak gelap. Tapi Alhamdulillah, rasanya boleh tahan. Aceh, puji diri sendiri nampak..

Hahahaha.


2 comments:

  1. kalau I buat kek ni biasanya I blend aje semua bahan2 then perapkan selama 1 jam sebelum bakar. in sha Allah berongga nanti sis. tips tu pun I dapat dpd buku.

    ReplyDelete
  2. Umah di Kuantan xde oven. huhuhu. Oh ya, I ada pemanggang ajaib. BTW thanks for tips. I akan cuba nanti..

    ReplyDelete