Thursday, December 12, 2013

Selepas banjir

Assalamualaikum.
May Allah bless us always..

Umum mengetahui Kuantan dilanda banjir yang agak teruk minggu lepas. Bermula hari Isnin. Sekarang semua kawasan sudah surut air banjirnya.

Alhamdulillah, rumah saya tidak terkena air banjir walaupun dua baris rumah depan terkena juga banjir. Keadaan di tempat - tempat seperti Pandan, Sungai Isap, Beserah, Permatang Badak, Cenderawasih memang sangat teruk.

Hari Khamis Jumaat lalu, organisasi saya menubuhkan bilik gerakan banjir bagi mengumpul barang - barang keperluan, pakaian dan derma yang mana pada dasar ingin membantu rakan sekerja mahupun pelajar. Alhamdulillah dengan sedikit hebahan, bilik gerakan kami hingga ke hari ini (Khamis) masih lagi menerima bantuan. Bantuan - bantuan ini akan diagihkan kepada keluarga pelajar - pelajar dan kemudiannya diagihkan kepada mangsa - mangsa secara rumah ke rumah.

Khamis lalu juga, kami membantu beberapa orang rakan sekerja yang menjadi mangsa banjir mencuci rumah. Melihat kesan - kesan air sahaja, hati mahu luruh. Sungguh rupanya rumah mereka ditenggelami air hingga paras bumbung.


Di sini saya bantu membasuh pinggan mangkuk. Barang - barang dalam rumah sudah diikeluarkan. Rakan - rakan dan pelajar membantu membasuh rumah. 



Sebilangan para pelajar sedang mencuci rumah di Beserah.



Ini pula rumah rakan pensyarah di Pandan Damai. Rumah boleh dikatakan totally lost. Sampai bumbung.


Ini antara longgokan sampah yang berjaya kami bawa keluar pada hari pertama.


Boleh lihat, air banjir seakan bertahan dihadapan rumah sang kawan.



Antara gambar bilik gerakan kami. Ini pada hari Ahad yang lalu.


Sedih kan? Moga mereka diberi kekuatan. Benar, jika saya ditempat kalian, tak tergambar perasaannya. Mudah - mudahan gelombang kedua yang dikatakan diramal tidak datang. 



No comments:

Post a Comment