Monday, April 7, 2014

Escape ke kampung

Assalamualaikum.

Apa khabar kawan - kawan?

Baru - baru ini I ambil cuti petang Jumaat dan Isnin untuk melengkapkan cuti keseluruhan adalah 3 hari setengah. Dah lama tak ambil cuti panjang. Sengaja. Memang I ada program hari Ahad tu cuma sengaja nak escape lama sedikit.

I've been very busy lately. 3 weeks of working without weekends. And only this previous weekend yang I tak kena kerja on Saturday or Sunday. This weekend, dah menunggu kerja samalah dengan next weekend. So kurasa bila ada peluang begini, mari kita escape kan diri di kampung.

I tak balik Kampung di Jerantut tapi I balik kampung di Benta, Kuala Lipis. Memang tak ada perancangan rapi pon. Just go there. Bila dah sampai Bentong baru I called my mak angkat. Dia memang terkejut abisan lah.

Long driving. Almost 5 hours from Kuantan. Tapi lama tu sebab banyak berhenti juga sepanjang perjalanan. Pukul 8.30 baru sampai kampung. Unfortunately, I the only one yang balik ke sini sbb adik beradik lain dah balik minggu lepas. Never mind, leh la I bermanja lebih sikit dengan mak angkat kan.

Pagi Sabtu, bangun je, mak I dah siap memasak. Sabarjelah kan dengan anak dara sorang ni. Mak masak pulut tanak. Makan dengan sambal tempoyak ikan bilis dan sambal sardin pedas. Memang best. I yang selalunya menolak nak makan pulut pon boleh bertambah - tambah. Nak tengok rupanya?

Pulut tanak yg asalnya nak buat lemang, makan dgn sambal pedas. Di kenakan pula dengan air kopi. Pergh terangkat wa cakap sama lu...

Zoom gambar sambal bilis masak tempoyak

Zoom pula gambar sambal sardin pedas. I suka tengok pinggan mangkuk rumah mak I ni. Ia mengimbau kenangan pada pinggan mangkuk di kampung lama I.

Lepas dah makan ni, borak - borak. Updating each others. Kemudian, abah I tiba - tiba berkata:

Abah: Nanti makan tengahari kita masak ikan semilang.
Mak: Boleh juga.
Abah: Pergi memancing korang berdua.
I: Mancing? Wah seronoknya...
Abah: hehehe (ketawa) Tapi reti ke memancing?
I: Reti kot. (pastu gelak)
Mak: Jap nak kutip kekatu kat depan. Malam tadi banyak.
I: Nak buat apa Mak? (nampak x kebandarannya? Aceh?)
Abah: Buat umpan kail.
I: Ohhhhhh.

Pergilah I ke bawah bukit. Mengail di tepi kolam. Tapi bukan mengail dalam kolam tersebut. kat tepi kolam ada parit semula jadi yang mana air dari parit itu yang masuk ke kolam.

We all dapat dua ekor ikan sahaja. Tetapi bukan ikan semilang yang dihajati tetapi ikan puyu dan ikan tak tahu nama. Nampak macam semilang tapi bukan. Begitulah. Akhirnya, ikan dalam kolam juga ditangkap dek abah I.

Tengahari itu, kami masak ikan patin masak tempoyak, sambal belimbing dan sayur campur. Tak ada gambar ye. Lupa!

Keesokkan harinya, as usual, I bangun je mak dah siap memasak. Walaupun awal I bangun. Mak masak nasi goreng. Bertambah - tambah I makan. Kemudian I pergi program I kat pekan Benta. Nanti I update pasal program tersebut.

Balik - balik dr program, mak I dah menunggu dengan air kopi + keropok goreng. Makan lagi I. Keropok keping goreng tu, celup dalam air kopi memang sedap. Tak percaya sila buat okeh!

Kekonon tak mahu makan dah, sekali bukak tudung saji, nampak sambal belimbing dan ulam serai kayu (padahal bukan). Mak I kata pergi ambil nasi. Makan.


Nak tahu menu I kali ni. Refer bawah:


Memang menu kampung kan? Ulam tu bukan ulam serai kayu tetapi ulam pucuk grahal. Yang mana mak petik aja tepi pagar rumah. Ulam ni memang sedap. Susah nak jumpa.

Kulat? Ye Kulat. Kulat Tahun. Goreng Pedas. Ye. Tak tahu rupanya? Tgk bawah:

Credit to hasrulhassan.com

Hehehe. Sungguh. Mak I masak Kulat Goreng. Sekali dengan pucuk paku masak lemak yang mak kutip kat tepi parit. Sambal belimbing tu, mak buat mentah. Kalau sambal hitam Pahang, ia adalah sambal belimbing versi goreng. 


Hari ketiga iaitu hari Isnin. Awal pagi kami breakfast dengan cekodok bilis, keropok goreng dan air kopi marvelous. Kemudian, tak lama lepas tu, I masuk rumah kemas barang. Bila I keluar je, I tengok mak dah ambil parang.

I: Mak nak g mana?
Mak: Nak ambil ubi kayu. Boleh buat gulai.

I apatah lagi, cecepat la ikut. Sekali rupanya dah siap mak I mencabot pokok ubi kayu itu. 

Besar kan ubinya. Mak siap tapau kan I bahagian yang besar tu,. Katanya nanti boleh rebus. makan dengan kelapa parut. Tak pon leh parut dan buat kuih. 

Pucuk Grahal dibuat ulam, Pucuk paku lebihan yang dikutip semalam dibuat goreng berkicap dan masak tempoyak ubi kayu dan ikan toman hasil pancingan abah I. Memang lazat.


Escape tiga hari setengah ini memang I seronok. Cuma kalau ada adik - beradik yang lain, tentu double happinesss. Nway, tiga hari setengah itu tidak puas sebenarnya. Tak mengapalah, nanti I try adjust jadual dan escape lagi.

Berada di sini, terkenang I pada suasana kampung lama mak I. Kampung yang sunyi. Kampung yang aman damai dan menjalani kehidupan dengan apa yang ada sahaja. Begitulah, nak makan, memancing, atau kutip sahaja sayuran yang tumbuh segar dan dijadikan makanan lazat. Seronok!

Apa jua, hari ini masuk pejabat, I terasa hatiku tertinggal di kampung. Hehehehe. Semua buat tak kena. Mungkin bila bangun pagi, tidak lagi kedengaran suara kokokan ayam. Dan juga sudah tiada masakan mak. Air di bilik air tidak sesejuk air dari bukit yang abah buat salur masuk ke dalam bilik air. Juga, suasana riuh bandar tidak seperti suasana sunyinya kampung. Dan, sudah hilang bau manis bunga durian yang gugur ke tanah.

Kembali ke kehidupan normal. Ada masa jom, kengkawan kita escape ke kampung!

No comments:

Post a Comment