Assalamualaikum...
Busy ke you all lately? I mmg agak busy la jugak. Tak terkejar. Banyak sangat ad hoc jobs to be settled.
Ada masa sedikit, I start la belek - belek gambar lama. Rindu pula jadinya. Rindu suasana tersebut dan rindu tempat - tempat tersebut. Mari I tunjuk gambar.
Lokasi wajib bergambar kalau pergi Fraser Hill |
Waktu ni bujang - bujang belaka dan kurus - kurus belaka. |
Rindu dengan suasana ini. Ni gambar lama. Seingat I tahun 2009 agaknya. Kami cuti - cuti Raub waktu ini. Seingat I, kitorang plan cuti ramai - ramai hari Jumaat. Waktu tu turnover sangat tinggi sampaikan the boss risau nak approve kan cuti kitorang. Almaklumlah, kami masih junior waktu ni.
Waktu ni, memang selalu buat aktiviti dgn geng2 bujang. Hinggakan seniors pon bengang je.
Serupa potret keluarga kan? |
Ni kalau tak silap I kat Hotel Seri Malaysia. First Coppa Workshop. Sediakan document Coppa agak mencabar dan boleh memeningkan. Apatah lagi yang pertama kali dibuat. Tahun I tak ingat. Maybe 2010.
Geng opis. Baju tu entah mana dah. tahun 2009/ 2010. X ingat! |
Ni kira Family Day yang pertama la bebudak buat. Baju tu pon dorang tolong pilihkan. Group masa ni pilih sendiri. Havoc. I mmg suka aktiviti mentor - mentee like this.
Ni antara zaman kegemilangan BLC. Masa ni kurus. Ni kat PICC. Rindu kenangan masa nie. |
Lepas seminar, kita jakun jap g bergambo kat tengah2 Putrajaya. |
Projek pertama I dengan BLC was Young Retailer Program. Tahun 2007. Baru masuk kerja then terus involve dengan BLC. BLC more toward organize program to generate income for our company. BLC ajar banyak perkara. Especially event management. Kerja sampai pagi pon pernah tapi tak pernah merungut pon. Seronok. Tengok la senyuman kat gambar tu. Padahal baru lepas event.
Yang ni Program Wacana Pendidikan di PICC. I tak ingat ni event kali keberapa dengan BLC sebab memang I terlibat boleh dikatakan almost all program around year 2007 - 2010.
Ini I ingat. Tahun 2012. |
Ni kem kepimpinan di Raub yang mana kami menawarkan kepakaran fasilitator. Seronok. Dealing with adolescents. I suka kerja dengan team ni.
Paid Vacation. Kerja di seberang laut. Ni baru landed kat Kuantan Airport. |
Ni tahun 2012 juga. Rite lepas I menduduki peperiksaan terakhir MBA. Dapat kerja ke luar negeri. Dapat naik kapal terbang. Seyes, I tak pernah naik kapal terbang prior to this. Untuk paid vacation ni, 5 flights I onboard.
Masa memula tu, Kuantan to KL. Serius berdebar. Dalam hati duk membaca doa - doa sekalian. Tapi bila yang kedua KL - Kuching, dah rasa okay. Cuma flight balik KK - KL tu mmg berdebar lain macam sebab cuaca tak elok. Puas pusing - pusing baru leh landing. But then, ayuh kita teruskan berdoa buat MH370.
Langkawi May 2012. Kali ni naik Airasia plak. |
Ni 'kerja gila' gi bercuti 2 hari 1 malam. Dari/ke Kuantan - KL drive plak. Gilak. N keesokkan harinya masuk kerja. Gilak! Tapi SERONOK. Ni gi ngan geng - geng opis. Bila la boleh g jenjalan ginih lagi geng2 opis ku?
Rasa nak hangkut bawa balik pokok rose nih! |
Ni tahun 2013. April if I am not mistaken. |
Housemates Trip. Merancang setahun, baru lepas. I rindu nak pergi CH ni lagi. Kalaulah CH tu dekatnya macam Pekan - Kuantan kan seronok. Tapi dari Kuantan, memanglah jauh sesangat. Tak mengapa. This year, we all merancang nak ke Cuti - cuti Melaka tetapi tengoklah maybe tahun depan baru boleh direalisasikan. Hadoi...
Tahun bila ni tak ingat. Maybe 2010. |
Ni kira family vacation. Actually kitorang pergi kenduri di Melaka. Meraikan saudara sebelah emak. Masa tu bonda 'paksa' semua anak cucu pergi. Kehkehkeh. Tapi kesian, ada seorang tertinggal sebab weekend tu dia tak dibenarkan pulang dari asrama. Kesian dia.
Lama tak pergi jenjalan begini. Yelah dulu anak - anak buah sekolah rendah lagi jadi senang nak 'pontengkan' dorang. Now, dah besar - besar. Siap ada exam besar lagi. This year ada yang akan sit utk SPM, PPMR, UPSR, dan UPPK (peperiksaan darjah 5, sekolah agama)
Okaylah, nanti I update lagi.
P/s: I menaip entry ni dua hari. Hari pertama sedang I menaip, bonda I telefon. Kami dapat berita yang amat memilukan. Abg sepupu I dikatakan pengsan tiba - tiba dan disahkan meninggal dunia tak lama selepas itu. I termanggu seharian. Jauh I mengenang bagaimanalah isteri dan anak - anaknya yang masih kecil itu menghadapi keadaan ini. Sedih. Memang I sedih. Jadi, mari sedekahkan Al - Fatihah buat arwah abang sepupu I, Abang Ami.
Jumpa lagi.
No comments:
Post a Comment