Monday, April 21, 2014

LAMAN BONDA SAYA 2

Assalamualaikum

Last weekend dapat balik kampung di Jerantut. Sampai - sampai sahaja, elok keluar dari kereta, terkejut tengok pokok jambu air tepi garaj kereta. Apakah? Daun tak banyak tapi putik buah kemain banyak. Tengok bawah:

Lebat kan?

Nampak tak orked bonda I pada batang pokok?

SubhanAllah. Alhamdulillah.

I pon pergi la ronda - ronda kawasan rumah. Boleh kata semua pokok - pokok yang bonda tanam dah membesar dengan jayanya dan dah berbuah.

ni gambar awal mac.

Ni gambar baru. Nampak tak sungguh cepat mereka membesar

Dan mengeluarkan hasil dah. Cepat kan? Daun - daun pon besar.

Ada satu lagi yang I tengok sungguh la membesar bagai juara

Ni pon gambar bulan Mac. Ini namanya Sawi Tembakau

kan dah membesar bagai juara ni!

Tinggi kan? Biasanya sawi tembakau ni kami tuai daunnya buat masak.
Nak tengok lagi?

Ni sayur baru. Bonda kata ini namanya sayur meranti. Pucuknya yang dibuat gulai.

Roselle. Pokoknya takde la besar. Sblh tu bendi. Dah selamat digulai.


Mulberi. Dicelah pegaga yang daunnya membesar bagai juara juga.

Kacang Panjang Merah.
Pokok kacang atas ni tumbuh sendiri tepi simen dekat pintu dapur. Bonda tak alihkan. Bonda sendiri tak tahu ia species apa hinggalah ia berbuah. Mulanya kami ingat ia anak kacang panjang renek (species kacang panjang yang tidak memanjat) tetapi bukan. Bonda sengaja tak tuai buahnya sebab nak buat benih.

Okaylah. Tu sahaja entry laman bonda I kali ini. Tunggu I balik cuti Hari Pekerja untuk update terkini laman bonda I lagi ye...

Okay,
Live well people.


2 comments:

  1. Banyak pokok2...rajin...
    Salam ziarah dari bunda...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal Bunda. Bonda saya suka menanam. Memang banyak pokok dirumah...

      Delete