Thursday, October 1, 2015

Laman Bonda Saya, Rendang Nismilan, Daging Dendeng, Asam Rong Biji Getah

Assalamualaikum semua. Okay kali ni nak cerita tentang Laman my bonda. Lama dah kan tak buat entry.

Laman bonda saya  tidaklah terlalu besar tetapi cukup untuk bonda bercucuk tanam dari depan, tepi  dan belakang rumah.

Tanaman meriah juga bila saya pulang ke kampung halaman pada cuti AidilAdha baru - baru ini. Apa yang boleh diringkaskan adalah tanaman segar bugar.

Pokok jambu air
Letakknya di sempadan sebelah kiri rumah sedang rancak berbuah. Tetapi dahan dalam kawasan pagar kami tidak lebat kerana baru dipotong bonda kebanyakan rantingnya kerana hampir dengan garaj. Alhamdullah buah - buah di dahan yang masuk kawasan rumah jiran lebat benar. Rezeki mereka. Tak mengapa.

Rambutan Gula Batu
Berdekatan pokok jambu air, ada sepohon rambutan jenis gula batu. Buahnya kecil - kecil tetapi isinya manis benar. Dikala pokok - pokok rambutan lain sudah selesai musim buahnya, pokok ini sedang rancak mengeluarkan bunga - bunga. Mudah - mudahan ada hasil tidak lama lagi.

Kebun sayur bonda
Sayur kailan sedang rancak. Bayam baru disemai. Sawi tidak menjadi kali ini. Tomato renek baru beberapa pokok berbuah. Keledek, alhamdulillah mendatangkan hasil yang banyak juga. Ulam raja melata terus. Begitu juga pegaga yang seakan rumput di laman belakang. Kaduk begitu juga. Sudah tidak termakan.

Kebun pisang
Alhamdulillah. Pisang nangka dua pokok dah selamat dituai dan dibuat kerepek untuk raya. Yang masih belum ada tanda mahu masak adalah pisang tanduk depan rumah dan pisang bunga. Saya sebut kebun pisang tetapi ia tiada kawasan spesifik. Bonda dan along saya menanam pisang hampir berbelas pokok atau lebih. Tak kira di laman depan, di bahagian kiri dan kanan rumah atau di laman belakang. Alhamdulillah pelbagai jenis antaranya pisang tanduk, nangka, lemak manis, emas, raja udang, sematu dan beberapa nama yang sudah lupa.

Kebun kantan
Sekarang musim melawas. Susah benar nak cari walau sekuntum. Yang ini benar ada kawasan kebun yang kami usahakan. Lokasinya di seberang jalan. Ada tanah rizab sungai kami tanam pokok kantan hampir 100 kelompok. Di kebun kantan juga ada pokok - pokok durian, rambutan, limau nipis, mangga lemak dan buluh madu yang kami makan rebungnya. Kawasannya tidaklah besar kerana berkongsi juga dengan jiran - jiran. Alhamdulillah jika musimnya boleh dapat 100 kuntum sekali kutip.

Ubi kayu
Di sepanjang pagar sebelah kanan dan kiri ada bonda tanam pelbagai jenis ubi kayu. Ubi makan daun la, ubi kerinteng la, ubi kayu batik la. Hasilnya memang memuaskan. Kadangkala cabut juga sepokok untuk ambil ubinya buat rencah masak tompoyak. Alhamdulilah.

Okaylah mari tengok gambar


Menarik pula jika zoom bunganya. Saya tidak tahu nama bunga ini. 



Bunga kuning. Cantik di pandangan. Kelihatan juga keledek ditanam bonda.








Lebar - lebar daunnya. Kalau boleh dibuat gulai kan?


Ini satu lagi. Geram je saya nak petik buat sayur. Kemain lebar daunnya. Masa bawak balik dr Cameron Highlands, tidaklah sebegini besar daunnya.




  

Pisang tanduk depan rumah. Kan saya dah kata bonda saya dan along saya tanam pisang ikut dan aje. Ada ruang dorang tanam. Ini pisang tanduk. 8 biji buahnya.  Dalam gambar atas nampak seperti pokok halia kan? Itu bukan halia. Itu kunyit molai. Untuk perubatan. Dan pokok kunyit.

Ini namanya rupiah. Tidak meriah kali ini bunganya


Selasih merimpah ruah. Alhamdulillah



Orked di laman bonda







Jenis Asam Batu.


Mudah biak pokok bunga ini. Emak menaman berpasu - pasu. 



Lupa plak namanya. Purple Shield kot. 



Bunga kailan untuk stok benih

Meriah sangat dorang bermesyuarat kan? 

Okay dah habis tentang laman my bonda. I nak share aktiviti bonda dan along kejap.



Biji getah di jemur. Hendak dibuat asam rong. Gulai asam rong sedap pepaleh weh. Terbayang dah nie... Hahaha. Asam rong getah biasa dibuat oleh orang Jerantut. Kalau asam rong buah perah sedap juga. Tu belah2 Raub dan Lipis punya specialty. 

Entah dari mana bonda dapat stok biji getah nie. Mungkin dari kebun abang ipar agaknya.

Kemudian, kami pergi kenduri kahwen my dua pupu sebelah arwah abah. Dapatlah jumpa sedara mara belah Raub yang mana sebenarnya kalau jumpa tengah jalan, I memang tak cam la. Bila bonda duk cakap ni Atok, Ni mak saudara, Ni dua pupu, Fuh payah nak ingat weh!!!


Bonda dan nieces. Dalam kereta. Ke rumah pengantin


Yang berbaju batik adalah Atuk Saudara I. Adik beradik arwah Atuk belah Arwah Abah I. Tu abang I dan anaknya. 


Ini pula gambar isteri atok saudara I tadi. Wan Ngah I kena panggil. 


Bonda I dan saudara mara

 

Tetiba gambar makanan pulak. Hahaha, ni daging untuk raya. I masak ni you. Tak pandai sangat. Maklumlah I kurang makan daging. Jadi tak pernah teringin nak masak daging sebeum ini tapi sebab raya ni ada along ngan I je yang dewasa selain bonda, along bagi tugas masak daging dendeng ni kat I. Fuh, mencabar habis weh! Lepas tu along siap  cakap lagi, tahun depan you masak lagi. Hamboi!

I kurang makan daging. Sebab I selalu mudah pening lepas makan. Jadi dari kecil I tak makan daging sangat. Bila tak makan sangat, memang I tak teringin nak masak lauk daging. So dah besar panjang ni pon masakan daging I tahu satu dua je. Ari tu kawan pernah mintakkan masak sup daging, puas I belajar dengan google dan youtube. Padahal kacang je kan? Hmm, so kalau tak suka, kena jugak belajar masak. Nanti dibuatnya your husband suruh masak, habislah kan? hehehe.

Dapat daging korban, anak - anak saudara request daging dendeng moksu. Apakah? Sedap eh moksu masak? Hahahaha. Nak resepi ke? Hahaha. Google jelah korang.  




  

Suami kakak I teringin nak makan rendang Negeri Sembilan dengan maman. Merendang lah kami petang hari raya. Dont worry, rendang ni ditapis dulu sebelum diangkat. So minyak tu kita tak makan sekali.

I tak tahu nama betul rendang ni tapi dari kecik panggil rendang Negeri Sembilan sebab kalau pergi raya kat Negeri Sembilan mesti ada rendang ni di tiap - tiap rumah yang kami pergi. Yang mana belum tahu, nenek sebelah bonda asal Juaseh Negeri Sembilan dan ada juga adik bonda di sana. Saudara mara ramai di Bahau, Gemas, dan Seremban pon ada juga, Jadi selalulah kami kesana time raya. Since kecik - kecik naik kereta api sampailah sekarang dah drive kereta masing - masing. 

So apa resepinya? Hahaha. Nak ke? 

Lebih kurang 15 biji cili merah (cili api yang pedas tu, warna merah terang panjang2) di blend dengan 2 inci halia. Bawang2 tak payah ye tuan puan. Lepas tu santan. Ayam kampung atau ayam pencen seekor. Masak seperti rendang biasa. Masak ayam sampai empuk. Sampai santan keluar minyak. lebih kurang sejam jugak. Perasakan siap2.

Then masukkan sayur maman yang dah di potong - potong dan yang dah dibersihkan. Kacau rata sehinggalah warna rendang menjadi sedikit hitam seperti dalam gambar. Kasi mesra la kiranya.

Dah siap!!!


Okaylah dan dekat 1 am da. Esok I nak bangun pagi nak menggoreng kuih keria. Hasil keledek bonda I, I ambik sedikit bawa balik rumah Kuantan dan tadi dah siap di gentel dan dah siap digoreng separa masak. Sok pepagi goreng lagi sekali dan sira gula. Tak sabar weh nak makan kuih keria. Lama dah tak buat..


Okaylah see u kengkawan.

No comments:

Post a Comment