I ditugaskan ke luar daerah baru - baru ni. Outstation di kampung halaman. Programnya seharian hari Khamis. Dan I apalagi, dapat peluang jadi I apply terus cuti hari Jumaat. Dapatlah balik berkunjung ke kampung halaman kan? Hehehe.
Okay cerita laman my bonda. Okay, ada masa lebih sikit I round laman depan belakang sungguh - sungguh sambil testing my new gadget. I beli action camera baru - baru ni. adi testing la camera kecik tu. Tapi Alhamdulillah gambarnya boleh tahan cantik. Saja suka - suka. Keep in track with the trend la kononnya.
Okay laman my bonda. Laman belakang dah jadi kebun pisang da. Banyak sangat pokok pisang dengan anak - anaknya tumbuh bukan satu, bukan dua tapi tiga dan empat. Rezeki. Alhamdulillah. Okaylah sila tengok gambar ye.
Ini bukan halaman belakang. Ini berhampiran dapur sahaja. Lihatlah pokok pisang pelbagai jenis tu.
Ini laluan ke laman belakang. Boleh nampak dalam gambar pokok ubi kayu, pokok durian belanda dan pokok - pokok mahkota dewa.
Di laman depan. Betik renek sedang berbuah rancak. Masih kelihatan pokok pisang. Hmm
Juga di laman depan. Ada sepokok rambutan sedang asyik mengeluarkan buah. Boleh tahan lebat.
Sayur bayam baru ditanam. My bonda tabur sahaja benihnya.
Keledek, lada kampng, tembaga suasa dan pokok pisang lagi. Bonda I memang tanam pisang ikut suka hati dia je nak letak mana.
Lagi bayam, anak pisang tanduk, kunyit molai, kunyit dan anak mulberi baru ditanam baru - baru ini.
Mengikut bonda, nama pokok bunga ini pokok bunga taugeh.
Landscape berhampiran pitu pagar utama.
Pokok pisang ini rendah sahaja. Bonda kata ini pokok dan buah pisang bunga. Pada peringkat awal dihujung buahnya ada jalur - jalur putih tetapi bila sudah hampir masak ia berubah warna kepada hitam. My anak saudara yang kecil suka lalu sini sambil usik - usik pisang ni. Bukan dorang je rasa kagum ada pisang serendah ini. Maksunya pun sama. Hehehe. Nampak tak 3 pokok anak pisang dalam gambar?
Okaylah iu sahaja perkongsian dari I tentang laman my bonda.
Nanti jika I pulang ke kampung lagi, I kasi update lagi okay. See u.
Cantik kemas dan subur tanaman Bondanyer....sejuk mata memandang kehijauannya...
ReplyDeleteSalam ukhuwah dari BUNDA...
Alhamdulillah. Bunda apa khabar? Lama ye x bersua di alam maya? Heheheh
Deletewahh bestnyer berbudi pd bumi hijauu tuuu ., ;p
ReplyDeleteAlhamdulillah. Bonda, hobinya menanam. Anaknya ni hobinya menuai tanaman bonda
Delete