Monday, October 26, 2015

Resepi Choc Chips Cookies

Assalamualaikum. Apa khabar geng. Lama kan tak update. Tiada cerita sebenarnya. Balik - balik cerita kebizian sahaja kan? hehehe.

Anyway masih busy skrg. Kepala pusing sahaja. Dah begitu mulalah mengidam macam - macam kan?

Okaylah just nak share resepi choc chips cookies yang I buat baru - baru ini. Actually main redah aja. Plan tiba - tiba kan. Nasib la ada juga barang - barang asasnya kat rumah.



Resepi asalnya ambil dari internet. Sumber dah tak tahu. Tapi I alter sikit.


Bahan - Bahan

Bahan kering:
- 3 cawan tepung ros 
- 1 cwn tepung gandum
- 1/3 cawan tepung jagung
- 1 sudu kecil cream of tartar
- 1 sudu kecil soda bikarbonat
- 1 sudu kecil baking powder
- 3 paket 3 in 1 Quaker Oats Drinks perisa coklat


Bahan basah:
- 250 g buttercup
- 1 cawan gula perang
- 1/2 cawan gula pasir
- 1 biji telur saiz A
- 1 biji kuning telur
- 1 sudu besar susu segar
- 1 sudu kecil esen vanilla

Bahan tambahan
- 1 cawan choc chips

Cara - Caranya:

1. Ayak bahan kering hingga puas hati. Hahaha.
2. Dalam bekas lain, pukul buttercup dan gula perang dan gula pasir hingga sebati. Kemudian masukkan telur dan kuning telur. Pukul lagi hingga sebati. Masukkan susu segar dan esen vanila. pukul hingga creamy.
3. Masukkan bahan kering dalam bekas adunan bahan basah. Kaub balik dahulu kemudian barulah pukul rata. Masukkan sedikit - sedikit ye. 
4. Masukkan choc chips. Kaub balik sampai puas hati.
5. Adunan siap. Adunan agak lembik tetapi ianya tidak melekat ditangan. 
6. Bakar dengan suhu 160 darjah celcius dalam 10 minit. 
7. Bila sudah masak, angkat letak atas relai dahulu. dah sejuk masukkan dalam bekas.

Tips:
1. Boleh tambah almond yang dah di sangai, walnut atau peanut. Ikut kesukaan anda.
2. Nak rasa wangi sedikit, boleh masukkan satu sudu besar pati sunquick dan lemon zest. Wangi dan berbau oren lagi. Sedap.
3. Boleh juga letak conflakes yang sudah diramas,
4. Bila angkat, cookies sedikit lembut. Jangan gabra. Nanti ia akan mengeras.
5. Masak ikut hati. Too much rules pon tak jadi juga, Kena yakin.

Okaylah. Itu sahaja. I selalu buat chop chips cookies ni. Macam - macam versions. Dan kekacang tu I taram je nak letak apa. Dan I suka - suka substitutes barang. Contohnya resepi asal mintak letak conflakes hancur. Tapi sebab kat rumah tak ada I letak la 3 in 1 Quaker Oats drinks tu. Atau kadang - kadang I blend kacang tanah atau almond atau kacang gajus yang dah disangai. Alhamdulillah cookies ni mudah jadi.

Korang punya resepi macam mana pula. Meh share dengan I...

No comments:

Post a Comment