Sunday, November 15, 2015

Musim Konvokesyen

Assalamualaikum.

Hujung tahun begini memang selalu diadakan Istiadat atau Majlis Konvokesyen.

Dan sejak bekerja sejak tahun 2007, saya kira saya sudah 8 Majlis konvokesyen yang diadakan oleh institusi tempat saya bekerja. Di tambah pula dengan majlis konvokesyen saya sendiri yang melibatkan 5 kali Majlis Konvokesyen. Di congak - congak ianya mencecah belasan kali bagi saya.

Alhamdulillah. Sungguhpun begitu saya dan rakan - rakan excited juga. Setiap tahun kami tetap menanti Majlis konvokesyen. Setiap tahun kami akan rasa bangga melihat anak - anak didik berjaya menggenggam segulung diploma mahupun ijazah. Tetap excited walaupun setiap tahun mesti terlibat sebagai salah seorang ahli jawatankuasa majlis konvokesyen. Seronok juga kerana setiap tahun masuk perarakan akademik. Perasaan tu happy sahaja walaupun sebenarnya letih dengan persiapan atau menunggu VVIP.

Okay, saya share sikit gambar Majlis Konvokesyen tahun ini dan tahun - tahun lalu. Kira throwback sikit la.


Kami, Pensyarah Fakulti Pengurusan Perniagaan. Ber hood biru tahun ini. 


Selpie sampai penat

Selfie lagi. Yang ber hood kuning adalah pensyarah Sains Komputer. Jubah diia warna biru gelap sikit sebab dia mewakili dekannya. Dan dia nanti masuk perarakan utama dan tempatnya atas pentas.



Mana satu graduan mana satu pensyarah? hehehe. Ini graduan Diploma Pengurusan Teknologi (Perakaunan)

 Lagi peminat nak bergambar kan?





Now kita throwback sikit beberapa konvokesyen lalu.

 Oh ini konvokesyen master saya di UUM dan ini geng study saya.  Kawan semeja ni. Buat master part time, kelasnya pula on weekends, fuh serik rasa nak ingat zaman susah tu. Tapi Alhamdulillah dalam tempoh kurang dua tahun, berjaya juga ku habiskan pengajian master ini.

Bonda saya. 

Ini pula bila program Master yang saya ikuti dijalankan di institusi saya. Jadi dalam majlis konvokesyen institusi, kami diraikan sekali lagi. Jadi bila kita jadi graduan yang akan berkonvo, kita mabillah gambar dengan geng2 yang akan masuk perarakan akademik. Hood merah itu menandakan kami mengajar program usahasama Universiti Teknologi Malaysia. 

Ini pula konvokesyen Sarjana Muda. Tahun 2006. UiTM Shah Alam. Tak banyak gambar masa ini. Alhamdulillah dapat selempang songket. 


Ini Konvokesyen institusi saya tahun 2010. Sakan bergambar tahun ni sebab ada photographer rasmi lagi untuk pensyarah. hehehe.


Comel lahai... Hahahaha


Ini konvokesyen tahun 2013. Tahun 2014 saya bertugas sebagai pegawai protokol. Jadi tidak masuk perarakan akademik.


Ini konvokesyen diploma di UiTM Shah Alam. With arwah Abah. Ini konvokesyen kali ke dua bagi saya,


Bersama kakak kembar. DI UiTM Shah Alam. Konvo diploma.


Bersama kembar lagi. dengan ibu bapa kembar saya. Ini konvokesyen kali pertama bagi kami. Peringkat diploma. Diraikan oleh kolej kami dahulu. Saya buat diploma secara francais. Buat di kolej. Alhamdulillah dapat sambung di UiTM selepas itu.


Konvokesyen kali pertama dan kami batch graduan pertama yang diraikan dalam majlis konvokesyen kolej ketika itu. Ketika ini baru sahaja dapat result terakhir. Dua minggu kemudian, terus diraikan dalam majlis konvokesyen.


Jangan pelik bila saya kata saya telah berkonvo lima kali. Ia disebabkan oleh beberapa perkara. 

1. Untuk diploma - dua kali berkonvo. 1 kali diraikan oleh pihak kolej dimana saya mengikuti pengajian di sana selama 3 tahun. 1 kali lagi di UiTM kerana saya pelajar program francais UiTM

2. Untuk degree - yang ini saya belajar di UiTM Shah Alam. Jadi konvokesyennya sekali sahaja.

3. Untuk Master - institusi saya adalah pusat pengajian bagi program separuh masa MBA UUM. Jadi dalam sesi konvokesyen peringkat institusi kami diraikan juga, Jadi saya berkonvo dua kali untuk peringkat master iaitu 1 kali di UUM dan 1 kali lagi di institusi saya.

Saya terfikir hendak buat second master dalam bidang strategic management. Cumanya belum dapat keberanian. Lagipula sekarang di pejabat sibuk bermacam - macam. 

PhD? nanti dulu lahhhh... hehehe...


Okay, selamat berkonvo kepada semua graduan. Semoga anda dapat menyumbang kemahiran dan kepakaran dalam perkara yang berfaedah. Aamiin.




4 comments:

  1. Best kan dapat raikan pelajar2 di hari bahagia mereka...
    Dapat tgk muka gembira dan bahagia mak ayah...
    Saya pun suka join perarakan akademik walau ada yg kata membosankan...
    Tapi tahun ni saya tak dapat join sebab jubah dah habis...

    Mau tak ramai peminat, mesti lecturer yg sporting ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang seronok dapat raikan pelajar kita. Lepas tu asyik la mengimbau zaman dorang baru - baru masuk kolej dulu. Saya pula memang mengajar sem 1 - 3. Jadi bila skrg tengok dorang dah matured, rasa bahagia je pulak.

      Delete
  2. Kenangan mengusik jiwa ye.. Penat pun x pe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kakak. Penat pun tak apa. Rasa berbaloi dpt raikan students

      Delete