Sunday, August 17, 2014

Dah dekat 19 tahun tak jumpa

Assalamualaikum dan Salam sejahtera.
Apa khabar? Moga - moga dalam keadaan yang sihat walafiat dan dirahmati Allah hendaknya.

Al kisahnya, last week hari Rabu, setelah balik dari kelas, I pon meneliti handphone yang  I tinggalkan di pejabat. Sekali terkejut bukan kepalang I bila lihat notification kat Whatsapp dah cecah 100 plus. Terkejut punya pasal, I pon check la siapa yang duk message bebanyak kan? Normally whatsapp groups yang ada tidaklah seagressif mana pon.

Bila terpandang satu whatsapp group baru bernama 6 Bijak, I terkasima sekejap. Tak tahu nak bereaksi. I terkejut dan terharu. I baca dari atas. Satu persatu mesej dengan id masing - masing. Dan I tahu, ini memang sesuatu yang tidak terjangka. I rasa sangat - sangat terharu.

Terharu sebab:

1. 6 Bijak adalah nama kelas I semasa di darjah 6 ketika di Sekolah Rendah.
2. Memang dah lama I berhasrat nak kumpulkan kembali kawan - kawan sekolah rendah ni.
3. Dah terlalu lama tidak berjumpa dengan kawan - kawan 6 Bijak.
4. Ada dikalangan ahli 6 Bijak yang I tak pernah jumpa dah selepas sekolah rendah.
5. Terharu sebab berjaya juga admin cari rakan - rakan kami.

SubhanAllah. Itulah mesej pertama dari I. Sebab I benar - benar terharu dan benarlah ini kuasa Allah yang menggerakkan hati admin dan beberapa rakan - rakan lain untuk kumpulkan hampir ke semua ahli 6 Bijak. iya, kengkawan, dah 19 tahun kami tinggalkan sekolah rendah.

Bila dah bertemu di whatsapp, jadi apalagi, keluarlah cerita zaman tok kaduk kan? Sepanjang hari itu I memang happy betul. Terbayang - bayang kenakalan kami dahulu. Antaranya:

1. Adalah yang duk cari balik scandal zaman sekolah rendah. Mulalah mengusik sahaja.
2. Lepas UPSR, lawan main bola jaring antara lelaki dan perempuan boleh kata hari - hari. Lepas tu ada peristiwa kawan I tergeliat kaki time main bola jaring tu. Menggelabah kami semua.
3. Terbayang - bayang pula waktu kena marah/ kena denda dengan cikgu2.
4. Terbayang - bayang budak - budak  lelaki duk mengenakan budak perempuan time kelas malam.
4. bila dah berjumpa nie, mulalah mengimbau zaman - zaman study time nak UPSR dan lain - lain.

Memang  I tak berenggang aje dengan phone bila ada masa lapang. Asyiklah tersenyum - senyum baca whatsapp messages. Alahai.

Iya, zaman kanak - kanak adalah zaman yang terindah.

Next projects: Reunion dan cari balik cikgu - cikgu kami semua. Moga - moga dipermudahkan.


Inilah gambar kelas 6 Bijak tahun 1995. Tengoklah muka - muka kami dalam ni. Suci murni kan?
 Yang mana 1 I? huhuhu. I berdiri di barisan tengah. Carilah kalau you boleh jumpa. Dan kami sedang dalam proses mencari guru kelas kami nie. Namanya Teacher Hor Suet Fun. Dah google dan terjumpa 1 link. Tapi not sure itu teacher yang di cari atau bukan. 


Yang paling depan tu (yang paling besar dan tinggi) adalah ketua pengawas kami merangkap jiran I. Yang pakai tie merah tu masih belum kami dapat cari no. phonenya. Nama dia Azmi. Seingat I kali terakhir I jumpa dia adalah ketika lepas SPM kot. Sebelum tu, jumpa masa Tingkatan 5 semasa Pesta Pantun Peringkat Negeri Pahang. I wakil daerah Lipis dan dia wakil daerah Jerantut. I dengar dia lepas SPM tu buat Diploma Sains. 


Ni satu lagi gambar rare. Waktu ni kami darjah 4. 4 Hijau kalau tak silap. Memang muka suci murni comel2 belaka kan? Ni masa kelas Muzik dengan cikgu Zulkarnain. Budak lelaki yang duduk paling kanan namanya Helmi. Dah meninggal dunia ketika kami tingkatan dua. Arwah mengidap kanser tulang.


Ni pulak gegirl kelas 6 Bijak. Humang I, pendeknya tudung waktu nie. Ni kira among my bff la zaman sekolah rendah.



Ni pon gegirl. Dalam gambar ni I cuma kenal empat orang je. Yang berbaju biru dua orang tu, yang berdiri dua dari kanan dan yang duduk paling kanan. Yang lain, serious I tak dapat nak cam lagi,


Inilah sebahagian guru - guru SKSR tahun 1995. Yang berdiri paling kiri di barisan belakang adalah Arwah Cikgu Khaidir. Arwah guru kelas darjah 4 dan darjah 5 kami. Arwah guru matematik paling terbaik I pernah ada. I sampai sekarang implement cara menghafal sifir yang diajarnya. Memang berkesan.

Yang berdiri no 4 barisan belakang dari kanan namanya cikgu Ridzuan. Juga cikgu matematik. Cikgu matematik masa darjah 6. Cikgu matematik yang terbaik juga yang I pernah belajar. Batch kami dulu adalah yang terbaik dalam matematik. Sampai pernah satu ketika adalah seorang pelajar bar masuk sekolah menengah I. Dia dari sekolah di Jerantut yang mana memang ramai la kengkawan I lepas UPSR tu masuk sekolah dia. Dan bila I cakap I dr sksr, terus dia recall, awak mesti terror matematik. I terkejut juga mulanya. Tapi dia bagi tahu kalau kat sekolah lama dia, terutama batch kami memang yang dapat markah matematik paling tinggi adalah dari SKSR. Apa jua, terima kasih kepada guru - guru kami.

Barisan belakang No 5 dari kanan, adalah cikgu paking garang di sekolah. Namanya cikgu Zainuddin.  Guru Bahasa Melayu. Tetapi seingat I Cikgu Zainuddin hanya mengajar kami ketika kelas malam sahaja. Sebab seingat I juga yang mengajar Bahasa Melayu adalah cikgu Khairman. 

Selaim itu guru kelas kami tentulah teacher Hor. Guru Bahasa Inggeris yang sporting habis. Di sebelah kanan teacher Hor adalah guru baru. Sungguh I tak ingat namanya tetapi banyak jasanya dalam membimbing pasukan bola jaring yang mana I salah seorang pemainnya. I dulu main di bahagian sayap. Sama ada WA atau WD.. Tetapi pernah juga jadi GD. I dulu aktif main sukan terutamanya bola jaring nie. Pernahlah wakil sekolah banyak kali. I dah dilatih dek kakak I since darjah 2 sebab kakak I dulu memang pemain sekolah dan pernah wakil Pahang lagi. Jadi nak tak nak, bila nak berlatih dia akan ajak I. Posisi dia GA. Jadi memang dialah yang latih I jadi GK, GD, WA dan WD. Dolu - dolu bila menang je tournament, cikgu nilah yang rajin sangat melayan kehendak kami semua. Selalu sangat cikgu belanja KFC. Kadang - kadang cikgu selalu umpan awal - awal, kalau dapat Johan atau Naib Johan, cikgu akan belanja makan. Seronok sangat rasanya waktu tu.

Guru besar waktu ni namanya Cikgu Ali. 

Okaylah, I tutup dulu kisah nie. 

Al Fatihah buat rakan - rakan dan guru - guru kita semua. Semoga roh mereka ditempatkan dikalangan roh - roh orang yang beriman. Amin.


Till we meet again dan moga kami bertemu di depan mata dengan rakan - rakan 6 Bijak yang lain. 

2 comments:

  1. seronok mengimbau kenangan zaman sekolah...
    Kalau buat reunion mesti gempak...
    Semoga dipermudahkan urusan mencari cikgu2 yg pernah mengajar :)

    ReplyDelete
  2. Kenangan zaman sekolah, mmg best!! Ni dah dpt kumpulkan org dlm whatsapp group, sure boleh buat reunion... mesti meriah!!!

    ReplyDelete