Sunday, February 9, 2014

Balik kampung

Assalamualaikum...

Ni kisah balik kampung sempena CNY baru - baru ni.

I gerak pagi Jumaat. Beriringan dengan my housemate yang balik ke Raub. Sampai Jengka, stop rumah abang I. Ambil bebudak bawa balik kampung. Abahnya nak berniaga jadi I bawa balik anak abang I yang sulung dengan anak along I yang sulung. Yang ni baru sampai dari Kuala Terengganu tengah malam tu. 

Dua - dua ada big exam this year. Sibuklah updating each other. Yang si abang duk tanya tentang subjek paling digeruni oleh si adik. Sempatlah I dengar dorang bincang few topics nak menyampai ke kampung. 

Sampai - sampai umah, terus dicari sang adik yang baru masuk asrama iaitu si angah. Nak check angah dah kurus ke belum. Hadoi! si kak long tu selalu jugak melawat. Jadi tak heran. Si abang kan dah kira sebulan tak jumpa adik. Kemain la bertanya itu ini. Yang tak tahannya:

Angah: Along, ada kakak senior kirim salam ke aok.
Along: Yeh? sapa nama kakak tu? Cute tak? 
Angah: Boleh lah.
Along: Aok cite mende ke dia? 
Angah: Dia tanya aok ada abang ke? Akak ceritalah. (Akak = angah selalu biasakan diri dengan panggilan ni)
Along: Aok cite along aok hensem kan? kuikuikui
Angah: Buwek! Tak ada nye!

Gitu? Alahai. Nampak tak permainan budak - budak sekolah sekarang? Tak kenal pon siap berkirim - kirim salam. Hamboi!

Balik rumah baru - baru ni, sibuk siapkan menu - menu pilihan budak - budak duduk asrama. Nak makan itulah, nak makan inilah. Permintaan angahlah yang paling banyak.

1. Nak makan cheesekut. I cakap dengan dia, barang ada, sila buat sendiri. Huhuhuhu. Tapi I pantaulah juga. Kemain banyak cheese korang letak. Tapi biskutnya alahai sikit aje. 

2. Nak makan Red velvet. Kat sekolah ada jual tapi tak best. Hohoi! Ni puji moksu ke hapa? Hahahaha. Nak buat RV cupcakes tapi cup nya ada sikit benor. Kesudahannya buat RV cakes aje. My sis pon nak bawa balik juga sudahnya, dua adunan I buat dan ia menghasilkan tiga dulang kek. 

3. Nak makan donut. Nak donut yang bertopping. I kata boleh. Pergi sukat tepung. Dia tak buat, kira tak payah buatlah ye. Bukan apa hari tu, masa I ada gathering kengkawan sekolah kat Jengka, I ada belikan dia donut bertopping kat pasar malam Jengka. So, itulah dia request nak macam tu. Actually, ni tak payah I buat, dia sendiri pandai buat sebenarnya.

4. Nak makan nasi ayam. Yang ni kitorang tunaikan hari Ahad. Dapatlah dia makan dan bawa balik ke asrama sikit. Tapi kesian kat along dia. Tak dapat merasa. Mana taknya seawal jam 6.45 pagi I dah menghantar dia naik bas untuk balik asrama di Kuala Terengganu. 

Oh ya, bonda I dah mulakan projek tanaman dia sekarang. I tengok bonda dah menyemai anak - anak pegaga. Anak terung makan daun (sebab daunnya yang dibuat sayur bukan buahnya), anak - anak sawi. And I request, mintak bonda tanamkan tomota. Nanti dah hidup, I angkut bawa balik Kuantan. Hahaha..


My bonda tengah membuang biji kekabu. Projek bantal. Huhuhu. Memang rumah I ada pokok kekabu. And memang setiap tahun kami buat bantal. Ada juga waktunya yang mana banyak sangat hasilnya, dapat juga buat tilam kekabu. 


Angah dan adik sepupunya yang paling kecik setakat ini. Our lil Muhammad Amien Zuhaily. Kesepetan terserlah kan? Huhuhu. 





Ingatkan Kuantan je dilanda musim sejuk, sekali di kampung halaman pon begitu juga. Ni dalam pukul 9.30 pagi. Masih berkabus. Suhu waktu ini dalam 20 darjah celcius aje. 




Projek tanaman bonda. Dari kiri: anak terung makan daun, nak terung makan daun lagi, dua pasu melimpah itu anak sawi dan dah selamat ku angkut satu daripadanya bawa balik ke Kuantan. Dan dalam pasu yang terakhir itu, anak - anak sawi dan pegaga berkongsi pasu. Actually ada satu lagi pasu penuh dengan anak sawi.


Untuk menjadi rumah kekal anak - anak sawi yang di tanam. Letak kayu kecil tu untuk tak bagi ayam - ayam landing. Dan untuk kenalpasti poly bag mana yang dah dibaja atau belum. 


Lawa kan? Ni saja bonda tanam dekat dengan pintu dapor. Lawakan warna oren nie?


Anak - anak pegaga dah dialihkan dari tapak semaian ke lokasi kekal mereka.




Antara pokok - pokok assam batu yang ada di rumah. Macam - macam species. Sila pilih yang berkenan di hati. Acik Laura jual sepotong RM 5. kehkehkeh.


Manggis sedang berbuah. Sudah besar buahnya. Tak sabar nak tunggu ia masak. Ada dua pokok di rumah. Dua - dua sedang begini buahnya. Dua - dua rendah aja dahannya. Tak payah susah - susah nak memanjat. Boleh capai aje dengan tangan.. Bonda kata, tak lama dah tu nak masak. Hoyeh!


Pokok ni pon kemain berbuah. Ni baru dahan yang kecil I tunjukkan. Sebenarnya setiap dahan ia berbuah. Ni buah mahkota dewa. Buahnya bila masak jadi warna merah. Potongkan halus - halus. Keringkan. Kemudian rebus dalam cerek. Buat minum. Banyak khasiatnya. 





Kek Red Velvet. Tak merah sangat. Tapi rasa tip top okay! Sebab pewarna merah biasa guna tu dah habis rupanya. Ingat nak buat Green Velvet tapi mengenangkan ada permintaan nak ianya warna merah tak mengapalah. Yang ni yang guna dulang 4 segi. Abaikan deko kami yang tak semanggah sebab nak cepat. Yang ni kakak I bawa balik untuk diberikan kepada yang request. 



As usual, mencookies. Coklat chip cookies again as choc chip punya stok memang masih banyak kat umah.


Inilah, permintaan I pada bonda I. I hari tu tak sihat. Patutnya Isnin dah boleh bekerja tetapi Allah nak bagi rehat. MC tiga hari. Now, Alhamdulillah dah berkurangan sakitnya. I request dengan bonda nak makan ikan kukus. Bonda beli ikan talapia besar ni dan masakkan untuk I. Her style. Sedap sangat. Until now teringat - ingat. Kuantan kan susah nak dapat ikan talapia begini melainkan I jenguk pasar tani pagi Ahad tu. 


Inilah kisah balik kampung. Oh ya, riuh rendah rumah bila semua adik beradik balik. Macam - macam nak buat. Macam - macam nak makan.

Alhamdulillah. Syukur pada Allah.

Jumpa lagi. 
Enjoy life people!!!




No comments:

Post a Comment