Meh nak tunjukkan sayur - sayur sawi yang menjadi kerinduan bila pergi outstation. Huhuhuhu.. Dah pandai da nak rindu - rindu sekarang. Rindu dengan pokok sawi? Apakah? APAKAH?
Hahahahaha..
Alkisah, sepasu penuh anak - anak sawi ku bawa balik dari kampung. Tidak ku sangka ku mampu menjaga mereka.
Masih banyak belum dialihkan. Pasu ada tetapi umahku bersimen habis. Belum mampu ke nursery. In Shaa Allah, weekend ini ku cuba.
Mereka memanggil - manggil untuk dibelai? Apakah?
Sebahagian yang dah dialihkan. Tak muat lak dlm satu gambar.
Kangkung tak cukup zat yang ku tanam ketika harga kangkung jatuh baru diumum. Hehehe. Bayam bulat yang kusangka tak hidup rupanya hidup juga dalam bekas kecil itu. Bersama - sama anak kangkung ada dua pokok anak cili padi ungu yang ku semai melalui buahnya yang kering kerana terlalu lama di dalam peti ais. hehehe. Nak dialih, sudah tiada tanah.. Berdoa agar ia kekal cantik disitu.
Dalam simpanan masih ada benih kacang bendi dan benih kacang panjang. Bilakah mampu ku semai...
Huhuhuhhuhuuuu
No comments:
Post a Comment