Sunday, February 9, 2014

Sanah Helwah Cikgu.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Hari ini saya nak bercerita tentang seseorang. Seseorang yang banyak mendorong saya selain keluarga saya sendiri.

Beliau guru saya. Cikgu disiplin disekolah saya. Juga cikgu sejarah tingkatan 2 dan 3 saya. Juga cikgu ekonomi saya. Juga warden asrama saya. Dia ibarat ayahanda saya.

Orangnya terkenal dengan sifat garangnya. Tambahan pula dengan status guru disiplinnya. Jika saya berbuat salah, pasti dirotannya.

Beliau memang banyak mendorong saya. Dalam pelajaran dan juga dalam menjalani kehidupan hingga kini walaupun sudah berbelas tahun saya meninggalkan sekolah. Acap kali beliau jika ditugaskan berkursus di Kuantan, acap kali itulah dia tidak pernah lupa akan saya. Acap kali itulah dia menghubungi dan belanja saya makan.

Setiap kali bertemu, beliau tidak jemu - jemu menasihati saya. Malah, beliau memang sangat peka dengan perkembangan saya. Pernah katanya dia observe FB saya. Dan ketika itulah dia minta saya bercerita tentang masalah yang saya hadapi.

Beliau memang guru sejati. Bagai seorang ayah.

Dan pagi ini saya menerima whatsapp message daripadanya begini:


Lihat ucapannya: Salam. Moga ceria dan bahagia


Beliau berpesan agaknya kerana membaca status saya facebook semalam. Benar saya sangat sedih tetapi bila pagi - pagi sudah menerima mesej begini dari seorang ayahanda, rasa tenang jadinya. 


Hari ini Hari ulangtahun kelahiran beliau. Sanah helwah cikgu. May Allah grant you Jannah. Terlalu banyak jasanya pada saya. Memang tak mampu nak dibalas. Apa jua, doa saya moga syurga abadi itulah tempat pengakhiran bagi cikgu sekeluarga. 

Terima kasih kerana masih ambil berat. Terima kasih kerana masih mahu menasihati. Terima kasih. Moga cikgu sentiasa diberi kesihatan yang baik. Moga cikgu sentiasa diberikan rezeki berlipat ganda. Moga keluarga cikgu sentiasa bahagia. Sanah Helwah Ayahanda. May Allah grant you His Jannah. 

Amin...


No comments:

Post a Comment