Wednesday, February 19, 2014

KISAH AWAN

Assalamualaikum semua.

May Allah bless us always. In shaa Allah.

Saya ke Kuala Lumpur baru - baru ini. Bengkel rutin di UTM, Jalan Semarak. Kami pergi dengan menaiki bas yang disediakan oleh organisasi kami.

Saya biasanya jarang tidur dalam bas. Biasanya saya kerap pejam mata sahaja. Kali ini tertidur juga dalam perjalanan balik. Sedar - sedar dah masuk terowong di Genting Sempah. Kemudian terlelap lagi hinggalah menghampiri Lanchang.

Bila terjaga, susah sudah mahu tidur semula. Jadi, pandangan mata saya layarkan pada luar bas. Melihat pokok - pokok getah yang tinggal dahan sahaja dek daun - daun gugur. Atau pokok - pokok getah yang daunnya bewarna kuning. SubhanAllah, cantik benar. Tetapi bila mata memandang ke atas, awan - awan yang terbentuk bagai ada kisah yang tersembunyi. SubhanAllah cantik benar. Lalu saya talakan iphone dan capture gambar awan itu. Sangat mendamaikan saya kira bila memandangnya.










Boleh lihat betapa besarnya awan itu kan?





Bagai ada parade yang mana hidupan seolah berjujuran menuju suatu tempat.












Gumpalan awan - awan besar. Ini saya capture di atas jambatan berdekatan RnR Temerloh. Boleh lihat air Sungai Pahang yang mengering dek musim panas.



Gambar di bawah menghala ke Kuantan. Sudah tidak banyak gumpulan2 awan. 








Dahulu ketika di sekolah rendah, seorang kawan yang memang sangat hebat dalam pelajaran pernah berkongsi satu rahsia dengan saya. Katanya kita kena ajar otak berfikir diluar kotak. Kena jadi creative. Caranya mudah nak melatih otak berfikir secara kreatif. Katanya lihat awan - awan. Cuba kaitkan bentuknya dengan bentuk - bentuk lain. Jadi dulu, kami selalu bersama memerhati bentuk - bentuk awan dan ia ternyata mempengaruhi otak untuk berfikir secara kreatif.

Benar, kawan saya itu hebat. Hari pertama darjah satu waktu itu sekitar tahun 1990, dia sudah pandai membaca buku Bahasa Inggeris sedangkan saya waktu itu hanya kenal abc sahaja. Belum mampu membaca walaupun dalam bahasa melayu. Dalam kelas, jangan ditanya siapa dapat nombor satu. Hanya dia. Tetapi perebutan nombor dua, tiga dan empat tu sangat sengit. Lepas UPSR dia dapat masuk TKC dan sambung belajar di US. Sangat membanggakan kerana kami duduk di kawasan pedalaman. Kampung senang cerita.

Jadi memerhati awan sudah jadi hobi kami pula. Benar, nak jadi creative perlu latihan. Cubalah korang!

No comments:

Post a Comment