Monday, January 6, 2014

Balik cuti 6 hari..

Assalamualaikum..

Mari I kisahkan aktiviti balik cuti 6 hari baru - baru nie. 

I balik sampai rumah dalam 5.25 petang setelah menempuh perjalanan selama 2 jam 45 minit. Sampai rumah I lepak sekejap dan dalam pukul 6 lebih dah ke dapur. I memang nak sangat makan pizza jadi I gigih buat. Mengguli doh lepas tu canaikan. Rehatkan pulak. Sambil - sambil tu masak sikit daging hancur. utk jadikan topping. Rupa - rupanya doh td agak banyak juga. Dah la mempizza sampai tiga pan. Hadoi... 

Rupa pizza I? Tengok ni. 


Boleh la. Not that sedap as in pizza hut but okayla.


Hari yang kedua tu keletihan dek mengantar si angah sampai petang baru jejak rumah. Malam tu dinner ala kadar je. 

Hari ketiga, cuti tahun baru. Hari ni I pergi pekan sehari di kampung I yang mana ada setiap Hari Rabu dari pukul 7 sampai pukul 12 tengahari. Jalan - jalan. Tersangkut kat beg anyam. RM 20 je. bolehlah. besar pon besar. Boleh I letak buku - buku. Hari tu juga si angah telefon hendakkan beberapa item seperti gambar passport yang ada tak cukup, kena hantar lagi dan hendakkan tudung untuk dipakai dalam asrama. Along I semua bekalkan tudung labuh je ari tu. Jadi I kan moksu yang rajin, jadi I bekalkan simple oglio spaghetti. Mula - mulanya abang I akan ambil bawa gambar dan ambil angah bawa ke rumahnya tapi tak jadi pula. I masak banyak. Ingatkan boleh kongsi dengan angah i dan family. Tak apalah rezeki budak - budakkan.

Hari ketiga juga  ke rumah kakak I di Lipis. Hari keempat ke bandar beli barang - barang. Dua - dua hari ni on the way back tu singgah makan mee hoon soup near Padang Piol. I really recommend this place. So sape - sape otw ke Taman Negara melalui Padang Piol/ Sg Retang, bolehlah berhenti makan di sini. Gerainya tepi jalan sahaja. 


Sedap sangat nie. Hehehe.


Muka puas hati dapat makan mee hoon soup. 


Malam Khamis tu I buat cookies. Buat cookies ni kira aktiviti wajib la kalau balik kampung. Budak baju pink kat atas tu nak makan German Cookies tapi moksunya kata choc chip banyak kat rumah. Jadi mari kita buat Choc Chip Cookies. Memang banyak stock Choc Chips kat umah. I guna buat cookies ni pon dah letak double dari required tapi memang banyak lagi yang tak diguna. 

Yang ini I buat versi Orange Choc Chip Cookies yang mana I tambah orange zest, orange emulco, And lil bit lemon paste dan I tukar dari letak cornflakes yang diramas dengan badam yang I blend tidak terlalu hancur. Sedap kemain rasanya coz I memang suka rasa citrus nie.

Adunan ni I ambil dari blog Citrawan kalo tak silap I. Memang dah lama I nak buat. Adunan tu tak terlalu lembik tapi I letak juga dalam fridge dalam 1 hour. Kemudian ambil 1 scoop. Bulatkan. Letak atas non stick tray. Jarak - jarakkan sikit. Bakar dalam 14 minutes. 


Tengok tu. Nampak menyelerakan kan? Hahaha. Adunan ni dapat 110 cookies. I kira okay. Tak lah kira satu - satu tapi I kira by tray. I buat 16 satu tray. Dapat 7 tray. Tapi tray yang last tu cukup sampai 14 sahaja. So dapatlah 110 biji saiz penutup botol shaklee. Besar dari duit 50 sen dolu2. 


Hari Jumaat juga I tiba - tiba rajin. Tengok dalam fridge masih ada cream cheese, terus buatkan Green Velvet Cupcakes (GVC). Anak buah I la nak makan RVC tapi I saje - saje try nak tukar warna lain. I pon try la masukkan pewarna biru. Tapi bila dah dicampur serbuk koko jadi warna hijau pula. Layan kan ajer.

I guna resepi Azie Kitchen. Dapat 35 cupcakes saiz M. Ni la rupanya GVC.


I memang tak pandai nak deko2. Guna piping bag pon mcm hapa ntah. Tak kemas kan? hahaha.



Memang hijau abisan. Dapat la dibuat makan dan diberi kepada angah sekeluarga dan angah di asrama. 

I kalau balik kampung memang akan membuat sesuatu. Tak kira la kuih ke, kek ke atau apa -apa makanan lain. I ingat malam pertama I sampai. Anak buah kat sester tu telefon adiknya tentang persiapan si angah nak masuk asrama. Dia siap tanya, malam ni moksu masak kek apa? Sang adik pon balas. Kek buat besok. Malam ni moksu buat pizza. And lepas tu I boleh dengar si alongnya menjerit tak puas hati sebab I buat pizza tapi dia dah balik asrama. 

I memang teringin nak makan donut sebenarnya. Jadi sebelum balik kampung I beli lagi shortening sebab I tak ingat kat rumah kampung ada ke tak. Masa si angah tolong kemaskan barang - barang I (letak dalam kabinet) dia pon jerit bagitahu I campur shortening yang baru I bawa balik ni, ada empat bekas shortening yang masih belum guna. I macam, apakah? Sungguh I tak ingat! Hahaha. Lawakkan?

I memang suka baking. Tapi kan rumah Kuantan tak ada oven. Jadi I memang kena tunggu balik kampung dulu baru try all recipes atau buat mana2 cookies atau kek yang I nak makan. 

Tapi tak pe, I nak try masak guna cara kak Ummu - Aidan - Arissa (UAA). Dah beli dah tungku besi. I nak try guna pemanggang ajaib I tu. Aci tak? Tengok blog Kak UAA ni. Kagum sangat I.

Okaylah I stop dulu. Ada lagi I nak blogkan tapi I ada kerja sikit. Nanti I nak share keadaan bilik anak saudara yang nak exam SPM tahun nie. Macam - macam dia tampal kat dinding. Harap Sabar ye. 


Tada... jumpa lagi...
Enjoy life people.

No comments:

Post a Comment