Sunday, January 26, 2014

Bila Kuantan di landa Musim Sejuk

Assalamualaikum.
May Allah bless us always.

As you know, Malaysia juga terkena tempias angin sejuk dari Tanah Besar China. Kawasan pantai timur semenanjung juga merasa sejuk dingin.

Setelah tujuh tahun bermastautin di Kuantan, memang musim angin kali ini paling sejuk. Saya panggil musim angin kerana hujan pada ketika ini sudah tidak kerap. Musim angin ini biasanya bermula setelah musim banjir dan menghampiri sehingga beberapa minggu selepas CNY.

Angin kencang dan laut bergelora itu biasa sekarang. Tambahan pula fenomena laut bergelora itu boleh dikatakan hari - hari saya melihatnya. Tahu mengapa? Kerana pejabat saya memang dekat benar dengan laut. Malah, kawasan pakir juga hanya beberapa meter dari pantai. Kalau ke Kuantan, saya kira anda tahu lokasi pejabat saya.

Dalam keadaan yang sejuk begini, dengan suhu minima 21 darjah celcius khususnya awal pagi, memang menyebabkan tahap kelaparan meningkat. Hahaha,. Kan? Kejap - kejap je lapar.

Dek kerana minggu ini kesorangan, masak ala kadar sahaja. Malas nak keluar kerana tiada teman dan keadaan sejuk tambahan pula gaji belum masuk. Masak apa yang ada sahaja di rumah.

Like these:


Sayur campur. Segala sayur yang ada dicampur seperti carrot, brokoli, timun, cili hijau. Masak dengan sos tiram. 


Ni tentu korang tahu kan? Sardin goreng pedas + kentang. Stok kentang agak banyak. Sardinnya dua ketul aje, Jadilah. 


Lunch saya tengahari tadi. Tengok dalam kabinet ada sikit lagi angel hair dan setin tuna flake in water. Bukak peti ais, ada carrot juga. Senang sahaja nie. Resepi: 300g angle hair direbus. Dah lembut toskan. Tumis bawang putih dan bawang besar, letak dua sudu cili kering blender dengan tomato (mmg dh ada dlm fridge). masukkan air sedikit, jatuhkan carrot dan tuna, Reneh sampai masak. Perasakan dengan sos tiram dan serbuk lada hitam. Sudah kering, jatuhkan angel hair. Gaul sebati. Tutup api leh angkat. 


Sebelum entry ini ditulis, saya baru sahaja selesai mendonut. Goreng sedkit untuk minum petang. Selebihnya saya goreng sekejap untuk di frozen kan. Untuk buat bekalan ke pejabat esok hari. Nanti saya kongsikan resepinya. 

Sekarang terasa juga nak makan kek coklat. Tetapi malas keluar kerana stok susu pekat manis dah habis. Terasa juga nak men cookies tapi bimbang tak menjadi kerana nak bereksperimen bersama pemanggang ajaib. Tak mengapalah.  Jumaat nanti dah boleh balik ke rumah kampung sempana cuti CNY.

Okaylah, anda pula bagaimana? Musim sejuk memang kelaparan selalu kan?




No comments:

Post a Comment