Wednesday, January 8, 2014

Kisah Anak Belajar

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh...

Aceli nak update awal da tapi acik Laura MC dua hari. Migrain tahap giga. Sampai tak leh angkat kepala langsung. MC dua hari kejadahnya tidur aje sepanjang hari. Alhamdulillah hari ini boleh la angkat kepala dan bolehlah datang bekerja.

Kisah anak bujang along I yang tahun ni nak SPM. Cuti sekolah baru - baru ni memang I dah warning kat dia suh settlekan ulangkaji pembelajaran tingkatan empat. Bukannya apa, I rasa dia boleh buat cuma banyak sangat terikat/ terikut segala macam aktiviti masa form 4 ari tu sampai resultnya tidak memberansangkan. Dia pun dengan rasa insaf mengulangkaji. Tapi sebab I balik sekali je ari tu time dorang cuti jadi tak tahu sangatlah. Balik cuti baru - baru ni I pon menjengahla ke bilik dia. Bilik ni selalu berkunci sebab tak mahu adik2 masuk katanya. 

I balik rumah Isnin hari tu, dia dah selamat sampai asrama di Kuala Terengganu. Dia berjaya pujuk nenek dia dan pak ngah dia untuk hantar dia balik asrama. Lepas tu pow pulak nenek dia sungguh - sungguh. Untung budak zaman sekarang, kan? Huhuhuhu.

Nway, ni hasil yang I jumpa dalam bilik dia. 


Terkejut okay masuk bilik ni dengan tampalan - tampalan begini. Ya betul, Belajar kerana Allah. Ayat dibawah tu yang mana Bila Kamu Tidak Tahan Lelahnya Belajar, Maka Kamu akan Menanggung Peritnya Kebodohan, ini adalah kata - kata Imam Shafie.


Jadualnya? ye ke nie? hehehe


Another target. 


In Shaa Allah... 



Jadualnya.. Patutlah siang2 ari ko membuto!


Semangat tu dah ada jadi kena pastikan buat sungguh - sungguh. Last two days ada dia beritahu waktu pembelajaran sekolah dia akan bermula jam 3 pagi sampai 4 petang. Mula - mula I terkejut juga tapi I pernah tahu SBPI Kuantan pun lebih kurang sama. Jadual pelajar Tingkatan Lima bermula jam 5 pagi - 4 petang. Selamat la kau bersekolah lama nak oi.


Semalam telefon lagi, Katanya demam pulak. Hmm, pulun study kuat sangat ke? 

Doa ye sama - sama. 

Anyway, to his cousins, Along Jiah and Abang Apis, study hard okeh. Be the best, Beat the rest. Ingat, Belajar kerana Allah..

Ingat juga:

Usaha tanpa Tawakal, itu SOMBONG
Tawakal tanpa Usaha, itu ANGAN - ANGAN KOSONG. 

DAN, 
STOP WISHING,
START DOING!!!

Ikhlas dari Moksu mu...


No comments:

Post a Comment