Monday, January 27, 2014

Yeay!!! Dah berbuah!!!

Assalamualaikum...
May Allah bless us always.
Sihat semuanya?

Hampir 4 bulan pokok lada saya dibeli, akhirnya minggu lepas ia mula mengeluarkan kuntum bunga. Alahai, cantik sangat. Itupun saya tidak perasan bila ia mengeluarkan kuntum bunga. Sejak saya letakkan ia di halaman rumah (tempat asalnya di dalam ruang menjemur di dalam rumah), ia seperti diserang penyakit. Daunnya melecur. Tetapi, tunas - tunas kecil keluar juga. Bayangkan bila saya gunting pangkal daun yang rosak, keesokkan harinya, ia sudah mengeluarkan tunas baru di situ.

Melihat daun yang melecuh, atau seperti terkena sinaran apa hingga separuh daunnya bertukar warna, saya sedih teramat kerana sepanjang ia diletakkan di ruang menjemur, daun - daunnya melebar bagai nak rak. Paling besar daunnya adalah selebar tiga jari saya. Sampaikan ada kawan - kawan yang keliru menyatakan ia tidak seperti pokok lada langsung kerana daunnya sangat lebar dan panjang.

Tetapi saya nekad juga letakkannya di luar rumah (masih dalam pagar). Saya lihat ada ulat - ulat bewarna kuning keorenan di dahan dan batang pokok. Jadi selalulah saya membuangnya setiap kali keluar menjirus atau membaja. Malah daun - daunnya mula bertukar kewarna gelap sedikit dan mengeluarkan rona kebiruan sedikit.

Alhamdulillah, dalam sibuk mengunting daun yang rosak, saya terlihat akan kuntum - kuntum bunga. Gembiranya rasa. Kemudian saya belek satu - satu hujung dahan, dan ku lihat banyak rupanya kuntum - kuntum bunga itu.

Ya Allah, tak tergambar rasa hati. Yelah menunggu sekian lama, kemudian pokok terkena penyakit dek ulat - ulat lagi, tetapi ada kuntum ungu pula. Seronok benar saya. Minggu ini sudah banyak kuntum yang mekar dan ada juga yang sudah mencambah menjadi lada bewarna ungu.

Alhamdulillah, Nak tengok pokok lada saya?

Here:

Ini pokoknya...


Antara dahan yang mengeluarkan kuntum bunga.. Cer cari..


Ni dah keluar menjadi buah. Cantikkan warna ungu itu? SubhanAllah


Belum lagi mencambah jadi putik buah.


Kuntum bunga yang masih kecil


Nampak tak kuntum kecil itu?


Hangar patah buat menyokong dahan.. Hahahaha.. 


Harapnya semua akan mencambah menjadi buah...

Seronok sangat saya... Tetapi mengapa tanaman lain masih belum menjadi. Malah benih ditanam tidak bercambah.. huhuhu...

Kemarin saya menyemai benih bayam bulat dan sawi hongkong. Harapnya dalam banyak - banyak benih ditabur, ia akan bercambah... Doa sama - sama ye?

Tanaman yang ada cuma kangkung sahaja. Itupun tidak berapa segar. Layu juga. Mungkin saya perlu letakkan di luar rumah juga agaknya..

Jom menanam kawan - kawan!

Berhasrat nak menanam kacang panjang dan kacang bendi dalam pasu begini juga!  Hehehehehe...

2 comments:

  1. Salam, cantik warna ungu, saya baru tanam pokok pandan dalam balang jem tadi petang, tak tau la jdi mcmana nnti :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kenal. hehe. Memang cantik warna ungunya. Okay lah tu, mula2 pokok pandan kan, lepas tu macam2 pokok pula.. Nanti share la cerita tentang pokok pandan tu ye..

      Delete