Sunday, January 12, 2014

Teringin

Assalamualaikum readers.
May Allah bless us always.

Lately kan, I ada juga rasa stress. Mungkin sebab banyak perkara I fikir. Tentang kerja, tentang tanggungjawab pada keluarga dan tentang sebuah perhubungan yang entah bila mahu bercambah. Haiya haiya.

Dan entah kenapa  bila dalam keadaan yang memang tertekan itu, I terasa benar ingin bercuti. Terasa nak pergi satu tempat yang mana orang tak kenal kita. Tidur di chalet yang diperbuat dari kayu. Terasa jika bangun pagi, I buka pintu bilik dah boleh mengadap pemandangan yang indah ciptaan Allah seperti kabus tebal, pokok – pokok kayu atau melihat dari beranda bilik atau chalet air terjun yang mendamaikan. Dan I boleh menikmati hidangan pagi ala barat di anjung/ beranda dan kemudian I boleh focus menulis.

Dan kerana itu, I godek facebook. I jumpa Tanah Aina di Raub – Bentong. Memang cantik sangat suasananya tetapi agak pricey. And lagi sesuai pergi beramai – ramai sebab package berkumpulan yang ditawarkan sangat berbaloi. Puas I cari juga beberapa tempat lain. Homestay juga. I lihat juga few chalets near Lata Jarum di Raub. Tetapi kalau balik Raub, I fikir baik pergi rumah saudara mara sahaja.

I terfikir juga Semuji Resort, Jalan Gambang. Tak terlalu jauh dan harga agak berpatutan. Cuma ia agak sesuai kalau pergi musim buah – buahan. Baru ada attraction.

Entahlah, I tahu I ni pelik sikit. Pelik yang macam – macam. Mungkin banyak sangat baca travel blog agaknya. Dan mungkin benar I dah lama sangat tak balik kampong kat Raub tu?

Rindu agaknya dengan kampong kelahiran I di Raub tu yang mana pagi – pagi keadaannya berkabus tebal, air sangat sejuk sampaikan most of the time I akan tunggu tengahari baru mandi. Lepas tu sekeliling rumah penuh dengan pokok buah – buahan. Dan lagi ada sungai yang jernih berbatu – batu sampai boleh lihat batu – batu yang berwarna – warni dan juga boleh melihat kelibat anak – anak ikan dengan jelas.

I selalu membayangkan yang I akan selalu escape ke suasana begitu jika penat dan letih dengan keadaan tugas dan perihal orang pelbagai ragam. Bangun pagi – pagi dan bersarapan dengan pancake dan teh O di anjung sambil menikmati suasana berkabus. Kemudian, ke tanah, melihat tanam – tanaman yang menghijau. Dan petang – petang juga begitu. Minum petang ala tradisional di anjung sampai mendengar bunyi air sungai yang mengalir.

Hmmm… Berangan memang seronok habisan kan?
Nway, you all ada cadangan mana – mana eco resorts yang berbaloi harganya dan boleh tawarkan I package begini?


No comments:

Post a Comment