Sunday, January 26, 2014

Resepi Donut Sedap, Gebu dan Mudah

Assalamualaikum.

Meh I kongsikan sementara ingat.

Dalam banyak - banyak resepi donut yang pernah ku try, Inilah resepi paling mudah dan menjadi.

Resepi asal dari Azie Kitchen. 

500gm tepung berprotein tinggi atau tepung gandum
1 paket yis (11gm)
50 gram (1 sb membukit) marjerin
2 sb shortening aka lemak sayur
2 sb gula halus
2 sb susu pekat manis (td ku guna susu cair sebab umah kehabisan susu pekat)
1 bj telur dikocak bersama sedikit garam
200 ml air suam.

Cara - cara
1. Air suam dimasukkan dalam bekas besar.
2. Masukkan yis, shortening, marjerin, gula, susu dalam bekas air suam. Kacau sedikit dan tutup bekas tersebut selama lebih kurang 10 minit. Pastikan selepas 10 minit, bahan tersebut berbuih (bubble) yang tinggi. Jika tidak berbuih, sila ulang langkah 1 dan 2. Itu maksudnya yis sudah tidak elok.


Berbuih begini ye!

3. Masukkan separuh dari tepung dalam bekas yis. Kacau rata dengan sudu dulu. 
4. Masukkan pula bancuhan telur. Kacau rata.
5. Masukkan lebihan tepung sedikit demi sedikit. Kadang kala tidak habis.
6. Uli hingga tidak melekat di tangan. Sekejap sahaja. Lebih kurang lima minit.
7. Selepas uli, panaskan minyak dengan api perlahan.
8. Canai kan doh. tekap dengan acuan donut. Boleh terus digoreng kerana adunan sudah tidak perlu direhatkan. Tapi jika hendak rehatkan dulu doh pon boleh. rehatkan dalam 5 minit. Canaikan dan tekap. kemudian rehatkan lagi dalam 5 minit. Baru goreng. 


Gebu kan? Dalam kuali nanti, dia akan mengembang lagi. Kerana itu tidak perlu direhatkan.


Ini untuk di frozen kan. Goreng sekejap sahaja nie. Kembang semangkuk kan donut I?


Yang ni digoreng hingga masak. Buat minum petang. Gebu kan. Di luarnya ranggup. Bahangian dalam seperti sponge. 

Kredit kepada Azie Kitchen sbb menjadikan membuat donut sesuatu yang mudah. Dan menghasilkan lebih kurang 33 biji donut saiz besar begini. Hoyeh! 

Sudah banyak kali saya membuat donut menghasilkan resepi ini. Memang mudah sekali. Yang penting, ia bukan sahaja mudah tetapi gebu dan cepat dihasilkan.

Cubalah korang!!!






2 comments:

  1. Replies
    1. Hi salam kenal. Hehehe. Sorry br perasan. Susu masuk sekali dgn marjerin. Step no 2.

      Delete